Guan Eng akan bubar DUN sebelum PRU 13 ?

on Monday, June 6, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


 oleh : rbf

Cakap-cakap di sebelah pihak Pas, PKR dan DAP sekarang ini mengatakan PRU 13 akan diadakan pada bulan Julai dan ada yang kata pada bulan September. Baru-baru ini Lim Guan Eng berkata jika PM bubarkan parlimen pada tahun ini , mereka tidak akan turut serta bubarkan Dun. Khalid Ibrahim juga pernah berkata begitu. Anwar Ibrahim juga berkali-kali keluar kenyataan termasuk dalam tempoh terdekat menyatakan keyakinannya bahawa p/raya akan diadakan dalam masa terdekat.

Kenapa Mat Sabu memilih bulan Julai untuk mengadakan demo BERSIH ? . Pada saya itu semua adalah perangkap. Nanti saya terangkan di bawah.Harus diingat Mat Sabu dan Guan Eng bagai isi dengan kuku

Bagaimana puak-puak sebelah sana boleh mengetahui PRU 13 akan diadakan pada bulan Julai atau September sedangkan PM tidak pernah beri isyarat seperti itu. Adakah mereka menghantar sejenis makhluk yang boleh membaca hati PM ?

Kedudukan hari ini ramai di antara pemimpin-pemimpin atau penyokong-penyokong BN beranggapan negeri-negeri yang diperintah oleh PKR , Pas dan DAP akan membubarkan Dun mereka selepas BN membubarkan parlimen dan Dun negeri-negeri yang diperintah BN dan selepas p/raya berkenaan selesai. Senang cerita, orang-orang BN jangka mereka akan bubarkan Dun lambat lagi, tiba-tiba mereka yang bubarkan dulu.

Dengan beberapa perkembangan muktahir ini dan kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan mereka saya merasakan negeri-negeri yang diperintah oleh mereka akan membubarkan Dun sebelum PM membubarkan parlimen. Jika ini benar-benar berlaku, maka sudah pasti ianya satu kejutan yang besar kepada BN. Saya yakin dan saya pasti BN benar-benar tidak bersedia lagi pada waktu itu.

Saya jangkakan ada dua kemungkinan.

Pertama, mereka akan bubarkan serentak DUN Kelantan, Selangor, P.Pinang dan Kedah.

Kedua, mereka akan bubarkan secara berasingan dan akan bermula di P.Pinang.

Saya lebih merasakan mereka akan guna cara kedua.

Jika cara kedua digunakan, saya jangkakan mereka akan bubarkan DUN P.Pinang terlebih dahulu kerana mereka yakin dapat mengekalkan P.Pinang. Mereka akan gunakan cara sebagaimana mereka buat gelombang dalam PRN Sarawak baru-baru ini. Semua jentera dari seluruh negara akan dikerahkan ke P.Pinang untuk memastikan kemenangan bergaya.

Selepas P.Pinang mereka akan bubarkan DUN Kelantan pula. Cuba bayangkan apa yang akan terjadi jika DUN Kelantan dibubarkan disaat-saat Tok Pa sedang sibuk dengan lawatan ke luar negara dan di saat-saat pasukan gelombang merah mereka masih terkial-kial mencari rentak. Jawabnya terlepas lagilah Kelantan.

Semangat kemenangan bergaya di P.Pinang akan dibawa ke Kelantan. Semangat kemenangan Kelantan pula akan dibawa ke Selangor dan seterusnya ke Kedah. Mereka bentuk gelombang-gelombang di negeri-negeri berkenaan terlebih dahulu, supaya keadaan mereka menjadi kuat, dan apabila PM bubarkan parlimen dan p/raya diadakan sudah pasti gelombang-gelombang dari negeri-negeri berkenaan akan membadai BN di seluruh negara dalam PRU berkenaan.

Apabila melihat kemenangan demi kemenangan yang mereka dapat kemudian mereka bakar pula semangat rakyat dengan berkobar-kobar untuk menumbangkan BN, maka tidak mustahil negara ini akan terlepas kepada mereka dalam PRU akan datang jika BN tidak bersiap sedia dengan segera.

Mereka akan mulakan dulu dengan perhimpunan BERSIH untuk membakar semangat kemarahan orang ramai. Selepas itu barulah mereka akan adakan p/raya di negeri-negeri mereka.

Adakah BN telah bersedia sekarang , sekiranya tiba-tiba bulan depan Lim Guan Eng bubar Dun P.Pinang atau Khalid Ibrahim bubar Dun Selangor ? Saya yakin tidak...

Ini kerana mereka beranggapan negeri-negeri berkenaan akan bubarkan Dun selepas PRU 13 selesai atau pun mereka beranggapan Dun-Dun negeri berkenaan akan dibubarkan serentak dengan BN.

Ingat kepada kata-kata Guan Eng minggu lepas yang mereka tidak akan membubarkan Dun sekiranya BN membubarkan parlimen tahun ini. Itu semua perangkap. Dia cuba gambarkan yang dia akan bubarkan Dun selepas PRU 13. Dia hendak selesakan BN, tiba-tiba dia umum bubarkan Dun, terkejut BN dibuatnya.


Semasa PRU lepas, Guan Eng berkata DAP tidak boleh lawan BN untuk tawan P.Pinang, mereka hanya sekadar hendak mengurangkan majoriti BN. Maka pemimpin-pemimpin BN P.Pinang pun selesa dengan kata-kata itu. Keluar keputusan, terduduk Tsu Koon dan Pak Lah ditolak DAP.

Begitu juga dengan kata-kata Anwar Ibrahim yang sudah beberapa kali diungkapkannya bahawa p/raya akan diadakan pada tahun ini. Kalau tidak ada udang di sebalik batu dia tidak akan berkata begitu. Orang BN buat endah tak endah sahaja dengan kata-kata itu kerana bagi mereka kata-kata Datuk Seri Najib lebih penting.

Bagi orang-orang mereka pula, mereka mengambil berat apa yang dikatakan Anwar. Anwar tak boleh dan tak mampu nak beritahu seorang demi seorang pengikut-pengikutnya apa rancangannya kerana bimbang muslihat mereka diketahui musuh. Maka dia beritahu secara umum dan dia gambarkan seolah-olah Datuk Seri Najib akan adakan p/raya dalam tahun ini. Tiba-tiba mereka yang bubarkan Dun negeri-negeri mereka terlebih dahulu. SETERUSNYA.........


One Response

  1. bayan says:

    Salam Boss,teori mana yg boss pakai?.Boss tahu kalau boleh PKR ini tak mahu adakan pilihan raya.Rakyat dah bosanlah dgn cerita2 kalut malut tu,sedapkan telinga aje dengar.

    Selepas menaruji 4 negeri apa pembangunan yg boleh dibanggakan.Jawapannya harpak aje.Menipu rakyat aje macam orang jual ubat dikaki lima aje.

    TAHU TAK APA!!!!!!

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps