Demi rakyat PKR tiru kempen BN " Rakyat Didahulukan "

on Wednesday, June 22, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



GPB sudah melihat kempen terbaru PKR menipu orang muda dengan melancarkan propaganda DEMI RAKYAT . Tujuan mereka mudah selepas gagal menarik sokongan anak muda yang sekarang ini berdasarkan kepada  analisis mereka selepas beberapa PRK  , ia banyak telah  memihak kepada BN .

Selain itu , gagasan 1 Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan juga  banyak menarik perhatian rakyat  di akar umbi dan ini menenggelamkan pembangkang yang lebih banyak berpolitik dari menyelesaikan masalah rakyat .

DEMI RAKYAT 

-   pejuangkan golongan pengundi muda kelas pekerja

-    isu membeli rumah di kawasan bandar

-    isu peluang pekerjaan dan ekonomi



Tetapi  sebenarnya  apa yang hendak dibuat Demi Rakyat  sudah dipejuangkan oleh kerajaan BN  . Demi Rakyat ciptaan  pemikir PKR seperti Rafizi Ramli hanya ketengahkan masalah tetapi tiada cara pun hendak selesaikan . Ia berbeza dengan kerajaan BN yang ketengahkan jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah .

- Kerajaaan BN perkenalkan skim rumah pertamaku untuk bantu golongan muda membeli rumah

- Kerajaan BN melalui  SPNB akan membina lebih banyak rumah mampu milik di kawasan bandar

-  Pemuda  BN perkenalkan  Karnival Kerjaya untuk bantu golongan muda lepasan  IPTA/IPTS  mencari peluang pekerjaan

- Hari ini kerajaan BN perkenalkan Kedai Rakyat 1 Malaysia untuk bantu rakyat di bandar bagi membeli barang keperluan harian dengan harga mampu milik . Kedai ini lebih murah 30 % - 50 % dari harga pasaran .

Jadi , demi rakyat PKR itu sebenarnya hanya janji kosong saja untuk tarik undi bukannya untuk bantu rakyat seperti yang dilaungkan . Tak percaya lihat sendiri janji-janji yang masih tidak ditunaikan di negeri2 Pakatan ..



KUALA LUMPUR, 22 Jun — Kempen terbaru Demi Rakyat dilancarkan PKR meletakkan sasaran untuk memikat penduduk kawasan bandar dan separa bandar, merangkumi 60 peratus pengundi di kerusi-kerusi ditandinginya — yang mengharapkan persekitaran kuasa beli yang tinggi dan kehidupan selesa.

Sementara upah sebenar tidak mengalami perubahan sejak kebelakangan ini, kerajaan Barisan Nasional (BN) juga ada mengakui bahawa ia perlu menangani “perangkap pendapatan pertengahan” dan sedang berusaha untuk mengatasi kadar inflasi, direkodkan paling tinggi dalam dua tahun ini pada Mac lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan melancarkan Kedai Rakyat di Kelana Rakyat petang ini untuk menggambarkan ciri-ciri korporat Malaysia dan pentadbirannya prihatin dengan kepentingan rakyat.

Bagaimanapun Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli (gambar) berkata, kempen Demi Rakyat akan menyasarkan golongan yang menggunakan Internet dan mereka yang berusia 25 hingga 45 tahun dengan pendapatan RM3,000 sebulan ataupun kurang.

“Golongan ini pesimistik mengenai ekonomi. Mereka tidak percaya bahawa akan berupaya untuk membeli sebuah rumah sebagaimana dilakukan oleh ibu bapa mereka.

“Dari Perlis hingga Johor, mesej daripada golongan pekerja adalah sama, tidak kira kaum — mereka mahukan peluang-peluang ekonomi dan mobiliti sosial,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

PKR percaya bahawa usaha terbaru mereka itu boleh memikat komuniti ‘online’ yang semakin meningkat khususnya di kawasan-kawasan bandar dan separa bandar di mana hampir 79 kerusi yang ditandinginya terletak.

Sementara harga komputer peribadi menurun dan keterdapatan telefon pintar pula semakin meningkat, halangan akses kepada Internet mengecil dan celik komputer mengalami peningkatan — keadaan yang dapat disaksikan dengan kewujudan 9.5 juta akaun Facebook di kalangan rakyat Malaysia.

“Kami mahu berada di peringkat ada kelebihan itu. Sebab itu, sekarang Demi Rakyat menggunakan YouTube untuk menunjukkan video,” kata Rafizi sambil menekankan bahawa kumpulan-kumpulan ini merupakan pembentuk fikiran.

Tambah beliau, partinya perlu bergerak melangkaui imej reformasi yang dibawa sejak lebih satu dekad lalu.

“Mereka tahu bahawa situasi sudah semakin buruk tetapi mereka bertanya sama ada PKR ada jawapan kepada soalan itu,” kata Rafizi.


One Response

  1. Wake UP! says:

    Salam. Mana ada? Dalam PKR, peliwat didahulukan.

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps