Bila hendak bicara tentang prinsip perjuangan parti , PB ingin kongsikan satu cerita di mana pernah PB mendengar ucapan seorang pemimpin di mana beliau bercakap " jika sesebuah parti itu mengadai prinsip perjuangan utama partinya demi untuk tujuan lain , maka parti telah kalah dan penyokongnya akan mula tinggalkan perjuangan mereka "
Itu yang akan dan telah terjadi kepada PAS selepas berselingkuh dengan PKR & DAP dalam perjuangan Pakatan Rakyat. Yang telah terjadi di mana PAS telah kalah di beberapa PRK sebelum ini serta ramai ahli mereka sendiri telah meninggalkan parti .
Terbaru di muktamar PAS , mereka telah isytiharkan bahawa tiada lagi perjuangan asal mereka menegakkan sebuah negara Islam sebaliknya menukarkan kepada negara kebajikan ala DAP -PKR .
PAS berbuat demikian hanya kerana mahu mengejar kuasa bersama sekutunya PKR dan DAP bagi menawan Putrajaya .
Ia berbeza sekali dengan UMNO iaitu parti terbesar bangsa Melayu di mana ia terus konsisten mempejuangkan prinsip perjuangan utamanya iaitu agama , bangsa dan negara. Walaupun Presiden bertukar nama , tetapi prinsip perjuangan parti UMNO ini tetap utuh dan kekal .
Bila mana PAS gadai terus perjuangan membentuk sebuah negara Islam yang dipejuangkan presiden2 PAS terdahulu , maka dapat disimpulkan PAS sebenarnya telah kalah dan juga menipu !
a) Mengapa PAS sudah gadai prinsip pejuangan menegakkan negara Islam ? Kalau tiada dalam Al Quran seperti Hadi cakap , mengapa PAS selalu cakap di ceramah2 mereka tentang pejuangan negara Islam ...
Mereka sudah tentu tak boleh jawab punya ...hahaha...





