BERSIH 2.0 cabar undang-undang , cekup saja penyangak ini semua !

on Thursday, June 9, 2011 by Pejuang Bangsa
 - No Comments


BERSIH 2.0  pada 9.7.2011 di KL merupakan satu lagi ancaman  Pakatan kepada keselamatan negara  yang mahu meniupkan sentimen dan hasut  rakyat supaya menentang kerajaan  yang dipilih oleh rakyat .


Kita semua maklum bahawa perhimpuan haram BERSIH ini semua akan dihadiri penjilat-penjilat tegar HAMpas dan Parti Pandi Kutty  dari seluruh negara. PB mendapat maklumat AMK P.Pinang dijangka akan hantar 1000 orang ahli mereka  ke sana bagi membantu menghuru-harakan  ibukota pada hari berkenaa. 


Jalanraya pada hari berkenaan sudah tentu akan dikawal oleh mereka  hingga halang laluan kenderaan dan pihak polis pulak terpaksa dikerahkan bagi menyuraikan rusuhan ini . 



Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan, di seluruh dunia kini gegaran untuk mengukuhkan demokrasi sedang berlaku, justeru pihak berkuasa wajar menghormati suara tersebut.

Menurut beliau, sehubungan itu, pihak berkuasa atau pihak polis di negara ini tidak sewajarnya menghalang perhimpunan rakyat kerana ia bertujuan untuk menyuarakan pandangan kepada pihak pemerintah.



Demokrasi apa kejadahnya lagi ..tidak cukup lagi ka sehingga Pakatan sudah memerintah beberapa buah negeri .  Sebenarnya  semua pemimpin2 pembangkang  dalam BERSIH ini hendak  create satu gelombang  rakyat  menentang kerajaan sepertimana di Mesir  dan ditunjukkan kepada dunia bahawa negara ini tidak stabil . 


Inilah matlamat sebenar mereka bukannya nak pilihanraya bersih dan adil . PB harap pihak polis dapat menangkap pemimpin-pemimpin yang menjadi dalang dalam perhimpunan haram ini dan bukannya mengikut telunjuk mereka ini. Rakyat dan keselamatan  harus jadi keutamaan bukannya segelintir penghasut ini. 


Rakyat mahukan keamanan bukan rusuhan bodoh  yang mempunyai agenda tertentu hingga  mengugat  ketenteraman awam dan negara. Harap ramai lagi pihak tampil  membuat laporan polis terhadap penganjur dan penghasut untuk hadir ke perhimpunan BERSIH ini 




RAKYAT MALAYSIA MENENTANG  BERSIH 2.0 



Satu laporan polis dibuat sebentar tadi oleh Pertubuhan Perpaduan dan Kebajikan Islam Pulau Pinang.Pengerusinya saudara Abdul Rahman bin Makthun mendakwa bahawa beliau telah membaca kandungan blog Harakah Daily serta Malaysian Today telah memaparkan kenyataan menghasut rakyat berhimpun pada 9/7/2011 di  kuala Lumpur bagi membantah dasar Kerajaan Malaysia.

Perhimpunan tersebut yang dinamakan Perhimpunan Bersih 2.0 dengan kehadiran ahli atau penyokong yang ramai akan menyebabkan kesesakan lalulintas serta mengganggu ketenteraman awam.Beliau mendesak pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia mengambil tindakan tegas dan mendakwa mereka yang terlibat. sumber : Mat Kilau Penang









Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps