Bangsa " Anak Malaysia" , Ezam cabar DAP supaya pejuangkan sekolah Malaysia !

on Friday, June 10, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Hipokrit besar...Itu komen Senator Ezam Mohd Nor mengulas hu ha ADUN DAP Subang Jaya, Selangor Hannah Yeoh yang buat bising kerana Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak benarkan beliau daftarkan bangsa anak perempuannya yang baru lahir sebagai Anak Malaysia.

Hannah yang berkahwin dengan seorang lelaki India buat bising di media pembangkang selepas permohonannya ditoak JPN.

Menurut Ezam, jika alasan kononya semangat 1Malaysia yang diberikan oleh Hannah, beliau dan seluruh kepimpinan DAP perlu memperjuangkan dahulu dasar pendidikan satu aliran, atau Sekolah Malaysia.

"Mengapa tidak perjuangkan sekolah Malaysia? mengapa pertahankan sekolah Cina? Saya cabar pemimpin-pemimpin DAP perjuangkan sekolah Malaysia" katanya dalam satu kenyataan kepada Agendadaily.

DAP sebelum ini menentang rancangan kerajaan untuk memperkenalkan dasar satu sekolah untuk semua, bagi memudahkan proses integrasi di kalangan rakyat Malaysia.

Jika dasar tersebut dilaksanakan, semua pelajar dari aliran Cina dan Tamil akan hanya menerima pendidikan menggunakan bahasa kebangsaan di dalam satu sekolah yang bercampur semua kaum.

Berbeza dengan keadaan sekarang di mana, sekolah aliran Cina dan Tamil menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengajaran.

Bagaimanapun menurut Ezam, DAP tidak akan berani menyahut cabarannya kerana parti itu tidak akan berganjak daripada perjuangan mempertahan dan memperkasa sekolah Cina kerana itu asas penubuhannya.

"DAP bukan seperti PAS, yang prinsip perjuangan berubah-ubah dan kini PAS berganjak dari asas penubuhan parti daripada Islam kepada kebajikan," kata beliau.

Sementara itu, JPN dalam satu kenyataan Rabu menegaskan bahawa 'Anak Malaysia' tidak boleh diterima sebagai satu etnik dan penentuan bangsa seseorang anak adalah ditentukan berdasarkan bangsa ibu bapa mereka.

"Jabatan ini ingin memaklumkan bahawa, penentuan keturunan bagi kanak-kanak adalah berdasarkan kepada keturunan ibu atau bapa kanak-kanak sahaja.

"Jabatan ini tidak dapat mendaftarkan sesuatu keturunan selain daripada keturunan ibu atau bapa kanak-kanak tersebut,"

Seperti dijangka dalam usaha untuk bikin riuh hal ini Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang telah membuat kenyataan Khamis akan backing habis ‘ perjuangan’ Hannah Yeoh untuk daftar anaknya sebagai anak Malaysia menerusi mahkamah.

Di kalangan pemerhati politik pula mereka menilai isu ini secara tersirat dibangkitkan untuk memperlekehkan 1Malaysia.

Ini juga menjadi usaha berterusan DAP untuk korek apa juga isu sekalipun kecil untuk membuat orang bukan Melayu terus menerus geram terhadap kerajaan.

Ia dinilai sebagai salah satu strategi parti untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13


2 Responses

  1. Anonymous says:

    dia tak sanggup menghadapi kenyataan bahawa anaknya sepatutnya diletakkan sebagai bangsa india...kenapa jadi begitu ...adakah suaminya yg berbangsa india tidak layak meletakkan bangsa si anak sebagai bangsa india...hinakah bangsa si suami yg berbangsa india itu...peraturan yg dah sedia ada sengaja tidak digunakan...adakah dia mengandungkan anak si suaminya itu merupakan konspirasi kerajaan bn...akai ada ka....beranak pandai...nak letakkan bangsa si anak...tak pandai lah pulak nak hormati si suami...memang sah otak komeneh...tiok tiok tiok

  2. Anonymous says:

    YB cibai/ pantat Busuk lobang besar tu.. cakap aja.. Bangsa Malaysia.. Kat Indon/ Thailand/ Filipin x ada sekolah pelbagai bangsa..nama pun semua pakai ikut negara mereka...Faham Tak YB Bebal mcm pak lah.. jugak cina sekor ni...

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps