Bila timbul isu harga minyak nak naik dan kerajaan nak mengurangkan subsidi , Anwar Ibrahim dan konco-konco mula menuduh kerajaan zalim dan tidak adil kerana masih lagi memberi subsidi gas dan minyak kepada IPP .
IPP ini diluluskan oleh siapa ketika menjadi Menteri Kewangan ?? Bukan Pak Lah Badawi atau Najib Razak tetapi ialah Anwar Ibrahim sendiri . Bila harga minyak semakin melambung tinggi bukan seperti zaman Anwar menjadi Menteri Kewangan , pentadbiran Najib telah umumkan akan mengkaji semula pemberian subsidi kepada IPP ini .
sumber : angin perubahan
Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang menyalahkan kerajaan bila bercakap tentang isu subsidi kepada IPP (Independent Power Producers). Mengikut senarai IPP dalam Suruhanjaya Tenaga, terdapat 14 IPP yang diluluskan ketika Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri. Apakah Anwar Ibrahim kini sedang menghentam tindakan tindakan silap yang dilakukannya dulu dalam kerajaan? Anwar menjadi Menteri Kewangan pada 1991 dan menjadi TPM pada tahun 1993. Projek IPP yang pertama adalah pada 7 April 1993.





