Ahli PAS akar umbi tak puas hati kemenangan Erdogan kuasai parti

on Saturday, June 4, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Tidak sampai 24 jam selepas barisan baru kepemimpin PAS yang memenangi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden dibentuk - sudah mula kedengan suara-suara sumbang yang gelisah dan sukar menerima keputusan daripada para perwakilan tersebut.

 Kegelisahan ini ada rasionalnya - hakikat yang sebenarnya ialah Mat Sabu memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS adalah berpunca daripada perpecahan golongan ulama dalam parti tersebut. Sekiranya salah seorang daripada calon ulama untuk jawatan Timbalan Presiden PAS, sama ada Nasharudin mahu pun Tuan Ibrahim menarik diri, InsyaAllah kepimpinan ulama masih boleh dipertahankan.

Realitinya, perwakilan masih menginginkan kepimpinan ulama. Seandainya jumlah undi yang diterima oleh Nasharudin dan Tuan Ibrahim dicampur, maka aspirasi perwakilan PAS masih mahu mengekalkan ulama bagi mengisi jawatan nombor dua tersebut. Tetapi - malangnya, keinginan untuk mengejar kuasa dan pengaruh mula menyelubungi kepimpinan ulama sejak beberapa tahun yang lalu, sehingga jawatan tidak lagi dilihat sebagai beban yang akan digalas di akhirat nanti, sebaliknya jawatan dalam parti sudah mula digambarkan sebagai satu bentuk keistimewaan dan jalan pintas untuk menjadi calon pilihan raya yang akan datang!

Rata-rata ahli PAS akhir umbi sudah mula menunjukkan rasa tidak puas hati atas kemenangan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS - menurut mereka, jumlah undi yang diterima oleh Mat Sabu membuktikan bahawa majoriti perwakilan masih menolak beliau. Dengan kata mudah - Mat Sabu sebenarnya tidak mendapat sokongan penuh daripada perwakilan PAS, sekali gus menyukarkan beliau untuk melakukan gerak kerja parti. KLIK DI SINI SELANJUTNYA 


2 Responses

  1. Anonymous says:

    bagus sangat erdogan menang bila dah jadi pemimpin dana yahudi mula masuk hancurkan idelisme PAS itu sendiri.....heran papa khalwat dan menutuh bini ahli PAS yang gelar anwar ibrahim aljuburi berjaya diliwat semula oleh puak anwar...

  2. Anonymous says:

    Alhamdulillah. Tahniah kepada barisan “Dai’e Rijalullah”- pucuk pimpinan PAS yang baru!

    Tahniah. Abang Mat Sabu - TP PAS = “Amirul Jihad PAS” @ "Panglima Jihad Gempur Firaun UMNO" yang baru.- TP PAS perlu tegas, istiqamah, gigih & agresif sebagai “dai’e ilallah” yang mesra rakyat, jangan lembab dan lembik lagi ....... terutama berdepan politik kotor, rasuah, jijik, lucah & ganas UMNO.

    Lawan tetap lawan - Peperangan alam maya terhadap para penjilat tegar UMNO yang pelahat habuan "subsidi" dan “rasuah" duit panas Umno/BN. Lawan ahli munkar dan ahli fasik UMNO adalah jihad fisabilillah.

    Jangan ada seorang pun dari pucuk pimpinan baru PAS selepas ini yang "belot" mengkhianati amanah rakyat dengan “U-turn” menjilat UMNO sekadar terpesona dengan tawaran manis "asobiyyah jahiliyyah UMNO" dan hajat duniawi peribadi!.

    Kita semua – sama ada ulamak, professional, korporat, pegawai awam, pekerja swasta, hartawan, rakyat marhein - adalah “Dai’e/ Aktivis Islami” masakini hendaklah langsaikan "hutang" lama para pejuang terdahulu untuk lenyapkan kebongkakan & kedurjanaan UMNO dibumi Malaysia ini!

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps