Keretapi Bukit Bendera kelolaan kerajaan DAP jadi mimpi ngeri buat pelancong

on Tuesday, May 3, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Cakap tak serupa bikin !  Itulah  al kisah hari pertama pembukaan keretapi baru Bukit Bendera yang diuruskan Perbadanan Bukit Bendera bawah kerajaan regim DAP rupa-rupanya indah khabar dari rupa . 


Sudah lah tambang keretapi pun naik dari RM 4 ke RM 8 , tetapi nak beratur amik tike kena berjam-jam lagi.  Ini adil ka ???   Selain itu , naik atas pulak tidak ada apa-apa perubahan pun dan baru hanyalah keretapi . 
Nampak jelas Perbadanan Bukit Bendera yang ditubuhkan oleh kerajaan regim DAP gagal berfungsi dengan baik menguruskan perkhidmatan keretapi Bkt Bendera ini .  Sepatutnya mereka kena buat kaunter banyak bagi memudahkan pembelian . 


Selain itu, pelancong juga merungut tiada apa-apa yang menarik dan perubahan dilakuakn di atas Bukit Bendera . Nak buat perubahan apa macamana... kerajaan regim DAP ini kedekut dan tidak buat pembangunan apa  pun di atas sana untuk dijadikan tempat tarikan pelancong  . Semua di atas itu hasil tinggalan pembangunan yang dibuat kerajaan BN . 


 KPI Perbadanan Bkt Bendera ciptaan DAP hari ini FAILED  !! 






Hari ini merupakan hari pertama Bukit Bendera di sini dibuka semula kepada orang ramai selepas setahun ditutup berikutan kerja-kerja menaik taraf perkhidmatan kereta api ke puncak bukit tersebut.Sepatutnya ia memberikan kegembiraan kepada pengunjung ke kawasan yang menjadi salah satu ikon pelancongan bagi negeri ini.

Namun, ramai yang pulang dengan hampa kerana apa yang disajikan seolah-olah tidak berbaloi dengan wang ringgit dan keringat mereka.Tinjauan Utusan Malaysia mendapati pengunjung terpaksa berbaris panjang sejauh 100 meter dan menunggu kira-kira dua jam untuk membeli tiket serta menaiki kereta api.

Malah, untuk sampai ke pusat pelancongan itu dari pusat bandar, penulis terperangkap hampir dua jam dalam kesesakan lalu-lintas berikutan tempat letak kereta tidak mencukupi.Seorang pengunjung dari Perak, Amirjit Singh berkata, pada mulanya dia begitu teruja untuk datang ke situ untuk menikmati udara nyaman di samping mencuba kereta api baru.

"Malangnya semua itu hanya imaginasi manis sahaja kerana saya terpaksa beratur berjam-jam bagi mendapatkan tiket.


"Bila sampai di atas pula, tiada apa yang baru. Yang baru cuma kereta api," ujarnya kepada Utusan Malaysia.

Perbadanan Bukit Bendera (PHC) hari ini membuka semula kawasan pelancongan tersebut kepada orang ramai selepas Kementerian Pelancongan menyerahkan projek naik taraf Bukit Bendera kepada anak syarikat kerajaan DAP Pulau Pinang itu pada 19 Mac lalu.

PHC mengenakan tambang baru sekali ganda iaitu RM8 bagi dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak.

Sebelum ini, tambang yang dikenakan adalah RM4 bagi dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.Pelancong asing pula dikenakan tambang RM30 bagi dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak.Menurut Amirjit lagi, pihak pengurusan Bukit Bendera sepatutnya mengambil serius perkara ini dan bukan hanya mengutamakan hasil pendapatan semata-mata.

"Pengunjung mahu menjadikan lawatan ke sini sebagai nostalgia, tapi satu kenangan manis pun saya tak dapat," jelasnya.

Kakitangan awam, Saiful Lizan Ibrahim, 38, pula berkata, dia kecewa kerana banyak kemudahan awam yang sepatutnya disediakan oleh PHC belum disiapkan.Sebagai contoh, menurutnya, kedai cenderahati juga belum disiapkan dan ia sudah tentu mengecewakan pelancong khususnya dari luar negara yang mahu mengabdikan kenangan mereka ke situ.

"Sepatutnya mereka perlu tunggu kesemuanya siap dengan lengkap, kemudian barulah buka kepada orang ramai.


"Tempat letak kereta pun tak cukup hinggakan saya sekeluarga terpaksa tunggu dua jam untuk mendapatkan tiket," katanya dalam nada kecewa.

Sementara itu, pelancong dari India yang hanya mahu dikenali sebagai Himanshu pula memberitahu, dia terkejut dengan kadar tambang baru berkenaan.

"Saya pernah ke sini beberapa tahun dulu, dulu tiketnya tidak semahal ini malah kereta api juga bergerak perlahan dan saya dapat menyaksikan keindahan alam sekitar dari kaki bukit hingga ke puncak bukit," katanya.


"Tapi kereta api baru ini terlalu laju sehingga saya tidak dapat menikmati apa yang saya pernah nikmati dulu," ujarnya.

Pelancong dari Amerika Syarikat, Gautam Kanwar pula menjelaskan, hasrat untuk membawa rakannya mungkin terpaksa dipendamkan kerana tiketnya yang mahal selain tiada daya tarikan di situ.

"Saya sendiri rasa malu untuk membawa rakan saya ke sini.


"Sepatutnya kawasan ini menjadi tempat paling menarik untuk dikunjungi," jelasnya.


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Inilah rakyat Malaysia sikit sikit komplen cuba pergi negara lain contoh pergi Hong kong kena beratur sampai 3 jam nak naik permainan di Disneyland HK.Atau pergi London cuba beratur di bus stand..Walaupun awak datang awal dan sudah beratur di depan awak terpaksa di suruh beratur di belakang jika ada orang yg lebih tua datang kemudian dan kebarangkalian ketinggalan bas adalah tinggi apabila ramai orang yg lebih tua ada di situ...tapi tak ada sorang pun yg merunggut....Itu mentaliti orang bukan Islam ia itu mereka sabar serta menitikberatkan orang lain dari diri sendiri.Pikir pikirkan lah.

  2. Saya anak jati Penang,sudah 35 thn saya tinggal d sini. Bkt Bendera ni dah byk kali saya pergi tp yg tren baru ni baru kali pertama saya jejakkan kaki, itupun disebabkan megikuti rombongan pengantin anak sedara saya pada 25hb Dis yg lalu iaitu semasa hari krismas.semasa naik tiada masalah walaupun pengunjung tersangat ramai sebab tiket sudah dibeli tetapi semasa hendak turun ke bawah ,kami semua terpaksa beratur selama hampir 2 jam berasak2,berhimpit2 dgn sesaknya.Saya terpaksa melindungi anak kecil saya berusia 4 dan 7 thn dari berasa lemas dan sesak nafas akibat dihimpit oleh orang ramai. Sepatutnya pihak berkuasa buatkan 2 laluan menunggu, satu laluan khas untuk wanita dan kanak2, dan satu laluan lagi untuk lelaki.Kalau begitu lah caranya tidaklah wanita dan kanak2 tersepit dan sesak nafas ditolak dan dihimpit oleh sesetengah kaum lelaki yang tidak ada sifat timbang rasa dan tolak ansur.Dalam keadaan sebegini tidak mustahil jika ada sesiapa yang sesak nafas atau jatuh dan dipijak.Saya harap sangat pihak berkuasa ambik tindakan dan meneliti semula apa yang saya luahkan ini sebelum apa2 perkara buruk berlaku.Sebagai anak jati penang, saya tak mau apa2 perkara buruk berlaku yang akan mengaibkan negeri kelahiran saya ni.

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps