Kerajaan regim DAP P.Pinang lulus bina sekolah antarabangsa , anaktirikan sekolah kerajaan !

on Thursday, May 5, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment






PULAU PINANG 4 Mei – Kerajaan DAP Pulau Pinang diminta menyediakan tanah bagi menggantikan tapak yang dicadangkan untuk Sekolah Rendah dan Menengah St. George di Balik Pulau yang telah diambil alih oleh sebuah sekolah antarabangsa.

Pemangku Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya (BN-Teluk Bahang) berkata, tindakan tersebut perlu kerana The Titular Roman Catholic Bishop Of Penang selaku pemilik tanah itu telah meminta sekolah berkenaan dikosongkan pada atau sebelum 2016 seperti dalam surat yang dihantar kepada Kementerian Pelajaran pada 24 November 2010.

Bagaimanapun, kerajaan DAP Pulau Pinang telah bertindak memberi kelulusan pembinaan sekolah Prince Of Wales International School walaupun mengetahui tentang kegunaan sebenar tanah itu.





“Kami tidak mahu mengetahui sama ada wujud penyelewengan atau kesalahan yang dilakukan mana-mana pihak, sebaliknya kami hanya mahu kerajaan negeri menyediakan satu tapak ganti yang sesuai supaya sekolah itu dapat dibina.

“Tanah itu dulunya telah diberikan secara percuma kepada Kementerian Pelajaran untuk tujuan pembinaan sekolah kerajaan dan tidak sepatutnya ia diubah sedemikian rupa tanpa mengambil kira keperluan penduduk setempat,” katanya pada sidang akhbar di Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.

Sementara itu, Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) menjelaskan, tanah di Lot 726 itu adalah sebahagian daripada 120 hektar tanah yang diluluskan untuk kerajaan negeri terdahulu bagi projek pembangunan bercampur iaitu taman perumahan dan hab pendidikan.


Komen PB :  

Orang bina sekolah antarabangsa di bandar , tetapi ini kerajaan DAP nak buat  sekolah itu di kawasan luar bandar yang lebih perlukan sekolah rendah dan menengah kerajaan ....  ternyata DAP mempunyai agenda lulus pembinaan sekolah ini


One Response

  1. Mae says:

    Tapak sekarang dijadikan sekolah antarabangsa. Cuba fikir siapa untung untung ?

    Roman catholic Bishop akan minta tanah ganti. Rasanya akan dapat. Cuba fikir siapa untung ?

    Melayu apa dapat ?

    Tanah ganti tu akan diambil dari siapa ? Rasanya tanah orang Melayulah yang akan kena !

    Melayu hanya jadi bidak catur.

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps