Kerajaan rasis chauvinis DAP yang paling celaka dalam sejarah negeri ini terus berbohong di dalam Sidang DUN Pulau Pinang hari ini apabila menyatakan masih belum menerima sesen pun duit hasil pemulangan wang oleh golongan warga emas .
Ini dimulakan oleh Adun DAP Sg Puyu Phee Boon Poh yang berkata bahawa kerajaan negeri masih belum terima duit pemulangan dari warga .
Tetapi pembohongan DAP ini dibidas oleh Adun BN iaitu Datuk Seri Dr Hilmi Yahya di dalam sidang media di luar dewan bahawa sebanyak RM23,700 yang dipulangkan oleh warga emas telah dikreditkan ke akaun Bendahari Kerajaan Negeri pada 22 Disember lalu.
Jelas sekali , kerajaan regim chauvinis DAP telah kantoi dengan pembohongan ciptaan mereka . Tujuan mereka mudah iaitu mahu memburukkan UMNO kononnya merompak duit warga emas tetapi gagal sama sekali .
Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Kesihatan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh, berkata kerajaan negeri masih belum menerima sebarang pemulangan wang itu daripada golongan warga emas.
Katanya, setiap warga emas yang ingin memulangkan wang dan menarik diri daripada program itu perlu mengisi Borang Pemulangan Sumbangan Warga Emas RM100 (Borang 1).
"Sehingga 14 April tahun ini, kerajaan negeri masih belum menerima sebarang pemulangan atau permohonan untuk menarik diri daripada mana-mana kawasan Dewan Undangan Negeri," katanya menjawab soalan lisan Tan Cheong Heng (DAP-Padang Lalang).
Tan ingin tahu jumlah warga emas yang menarik diri daripada program itu seperti yang didakwa pembangkang dan jumlah yang menarik diri mengikut DUN.Phee berkata, hanya pemulangan wang melalui saluran rasmi iaitu menggunakan Borang 1 akan diterima kerajaan negeri.
Beliau berkata, sehingga 1 September tahun lalu, jumlah pendaftaran warga emas yang direkodkan adalah 107,668 orang manakala daripada Januari hingga 7 April tahun ini, jumlah pendaftaran warga emas adalah 114,665 orang.
Sementara itu, ADUN Teluk Bahang, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, pada sidang media di luar dewan berkata, wang sebanyak RM23,700 yang dipulangkan oleh warga emas telah dikreditkan ke akaun Bendahari Kerajaan Negeri pada 22 Disember lalu.
"Kutipan itu adalah usaha daripada badan bukan kerajaan dan bukannya UMNO. NGO kemudiannya menyerahkan wang itu kepada UMNO untuk dipulangkan kepada kerajaan negeri," katanya.
Beliau turut mempertikaikan tindakan kerajaan negeri yang hanya memberikan sumbangan RM100 kepada warga emas yang berdaftar sebagai pengundi. - BERNAMA













panass baru dilancarkan, undi di sini http://mari-mengundi.blogspot.com/