KERAJAAN DAP P.PINANG JAGUH DALAM TAK BINA RUMAH KOS RENDAH UNTUK RAKYAT !

on Wednesday, May 4, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment








Ini lah akibatnya kalau selalu dok bohong dan menipu yang akhirnya kantoi juga.  Sampai dalam Sidang Dewan yang sepatutnya mereka tidak boleh menipu pun hendak juga tipu !

Kali ini orang kanan Guan Eng iaitu Exco DAP Wong Hon Wai yang cuba menipu Dewan termasuk Speaker .

Ia dilakukan semasa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah mencelah  di dalam sidang DUN dan bertanya kepada  Exco DAP  yang ada menyebut agensi Kerajaan Negeri iaitu PDN ada membina rumah kos rendah dan sederhana rendah . 

Beliau  memaklumkan kepada Dewan bahawa tiada dana Kerajaan Negeri digunakan untuk pembinaan rumah kos rendah dan kos sederhana rendah pada  jawapan bertulis Exco DAP ini di   persidangan tahun lalu

Kesalahan Exco DAP ini cukup serius kerana cuba menipu Dewan yang mulia dan dihormati .  Bohong dan putar belit sudah menjadi kebiasaan mulut2 pemimpin DAP ini sehingga dalam Dewan pun nak bohong juga.

Syabas Datuk Arif Shah kerana berjaya  " trap " pembohongan kerajaan DAP . Kalau orang kanannya pun penipu , yang ketuanya iaitu Ketua Menteri lagi lah RAJA PENIPU !

Apa yang pasti , rakyat Pulau Pinang kini  sudah tahu akan fakta bahawa :

1 ) KERAJAAN DAP PULAU PINANG TIDAK MEMBINA SATU UNIT RUMAH KOS RENDAH PUN /SEDERHANA RENDAH UNTUK KEPERLUAN RAKYAT .

2 ) KERAJAAN DAP PULAU PINANG ADALAH KERAJAAN PENIPU RAKYAT KERANA GAH BERCAKAP BAHAWA MEREKA BERJIWA RAKYAT TETAPI TIDAK BINA PUN SATU UNIT RUMAH  UNTUK RAKYAT .

3)  KERAJAAN DAP PULAU PINANG TIDAK PRO KEPADA RAKYAT BERPENDAPATAN RENDAH DAN SEDERHANA DENGAN TIADA PERANCANGAN MEMBINA RUMAH KOS RENDAH UNTUK GOLONGAN INI .

4) KERAJAAN DAP PULAU PINANG HANYA MEMENTINGKAN GOLONGAN KAYA DAN ELIT UNTUK MEMILIKI RUMAH KEDIAMAN DENGAN MELULUSKAN BERBAGAI PROJEK BARU RUMAH RATUSAN RIBU HARGANYA  YANG TIDAK MAMPU DIBELI RAKYAT MARHAEN .



“Saya hanya ingin mendapat kepastian daripadanya sama ada setuju bahawa tiada dana daripada Kerajaan Negeri digunakan untuk membina rumah kos rendah dan sederhana rendah.

“Apabila Exco itu cuba mengelak menjawab pertanyaan saya, saya mengemukakan jawapannya pada persidangan lalu. Dia nampak panik apabila saya menyebut jawapan yang lalu itu. Akhirnya dia kantoi dengan jawapannya sendiri,” katanya ketika ditemui media di luar dewan semalam.

Menurutnya, Ahli Exco tidak wajar memutarbelitkan fakta ketika memberi jawapan di dalam dewan kerana ia adalah tempat yang mulia dan paling dihormati sebagai institusi penggubal undang-undang peringkat negeri.

“Dia tidak boleh pinda fakta sesuka hati sahaja. Dah lah buat silap tetapi tidak mahu mengaku kesilapannya. Sepatutnya Hong Wai meminta maaf atas kesilapan itu,” katanya.

Arif Shah berkata, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat sebenarnya tidak pernah membina walaupun seunit rumah kos rendah selama mengambil alih pentadbiran Pulau Pinang.

“Mungkin ada rumah yang dibina pada waktu ini tetapi perancangan atau kelulusannya dilakukan pada masa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya 

SINAR HARIAN 


One Response

  1. Anonymous says:

    mcm2 diorang n. . dlm dewan pn nk menipu. . tegakkan kebenaran. .

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.