Anwar Ibrahim harus bersumpah - Dr Asri

on Monday, May 2, 2011 by Pejuang Bangsa
 - No Comments



KUALA LUMPUR 1 Mei – Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar bersumpah kerana langkah itu boleh menghilangkan sangkaan buruk serta perbalahan di kalangan rakyat selepas salah seorang anggota trio ‘Datuk T’, Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat, kelmarin.

Bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak perlu risau untuk melakukan sumpah itu sekiranya Ketua Pembangkang tersebut tidak bersalah.



‘‘Ya bukan satu paksaan atau satu kewajipan tetapi cara ini boleh menghilangkan sangkaan. Sumpah seperti ini boleh menghilangkan perbalahan.

‘‘Sebagai contoh jika isteri minta suami bersumpah bahawa dia tidak curang, adakah itu berdosa. Adakah Allah akan menghukum jika suaminya itu tidak melakukannya dan sememangnya dia tidak melakukannya?’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya langkah yang perlu dilakukan oleh Anwar bagi membersihkan dirinya setelah dituduh oleh trio ‘Datuk T’ sebagai pelaku di dalam rakaman video seks melibatkan seorang pelacur dipercayai dari negara China.

Tuduhan itu diperkuatkan lagi dengan sumpah laknat bekas rakan karib Anwar, Shazryl Eskay di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, di sini Jumaat lalu bagi membuktikan pembabitan Anwar sebagai pelaku di dalam rakaman video seks berkenaan.

Mengulas lanjut, Mohd. Asri berkata, sumpah yang perlu dilakukan oleh Anwar bagi menafikan penglibatannya di dalam video seks tersebut tidak semestinya di masjid mahupun di mahkamah.

‘Untuk pengetahuan umum cukup jika beliau menyebut di dalam ceramah atau ucapannya ‘Wallahi, Wa Billahi, Wa Tallahi, bahawa video ini satu pembohongan dan fitnah semata,’’ katanya.


Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps