60 lawatan kerajaan DAP P.Pinang ke luar negara , makan angin ke ?

on Friday, May 6, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Isu  terlampau banyak lawatan ke luar negara oleh kerajaan DAP Pulau Pinang  pada tahun 2010  merupakan  isu panas yang pasti hendak  diketahui oleh rakyat P.Pinang .  Semasa sidang DUN berkenaan , jawapan bertulis oleh Guan Eng ialah

" Bagi tahun 2010 sebanyak RM 559,767.1 telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri untuk 60 lawatan ke luar negara. Antara tujuan tersebut  ialah lawatan kerja , misi pelaburan , penyertaan program atau persidangan , lawatan rasmi dan misi penggalakan pelancongan oleh semua Exco dan ADUN . 


Antara negara-negara yang dilawati adalah Taiwan , Korea Selatan , Hong Kong , Indonesia , Jerman , Australia , China , Rusia , Thailand ,  Kenya , Mexico , Filipina , Macau , Pakistan , UAE , Eropah , Switzerland , India dan Cambodia   " 


Fuyooo ! ... sampai 60 buah negara diserbu Guan Eng dan konco-konconya  dengan guna duit rakyat iaitu lebih RM 1/2 juta ringgit .


Bila Adun BN Sungai Dua Dato Jasmin Mohamed bertanya apa hasilnya dapat daripada lawatan-lawatan ini  ,  konco-konco Guan Eng  cuba mencelah dan seperti dijangka akan menjawab hasilnya   negeri PP telah dapat pelaburan tertinggi di iaitu RM 12 Billion pada 2010  .

Begitu dangkal sekali jawapan puak-puak ultra kiasu ini  dan mudah ditempelak oleh Dato Jasmin  yang berkata takkan baru buat lawatan terus masuk pelaburan dengan cepat pada tahun itu juga. Lebih bangang lagi bila tak boleh jawab ada yang pertikai pulak lawatan Rosmah ke Turki sekarang ini .

Persoalannya , kalau benar mereka berjaya tarik pelaburan pada lawatan itu  .. agak hairan juga tiada pun negara US  dalam destinasi mereka . Negeri PP seperti yang kita semua tahu adalah negeri elektronik  sehingga digelarkan Lembah Silikon Asia  kerana banyak  kilang -kilang gergasi komputer dan cip  dari US seperti DELL , AMD , Intel dan lain - lain melabur di sini .

Melihat kepada senarai destinasi Ketua Menteri pun pada 2010 ,  negara China merupakan destinasi paling kerap dilawati beliau . Antara tempat terbabit ialah Shenzen , Hong Kong  , dan Xiamen . Negara lain yang dilawati adalah Korea Selatan , Taiwan , Singapura , Jerman dan Australia .

Hairan juga mengapa Ketua Menteri berminat mencari pelaburan di China ? .... Mungkin boleh  balik tanah Tongsan kot jumpa adik beradik LIM di sana ..haha


One Response

  1. zm.azami says:

    izinkan saya siarkan kat blog saya untuk catatan dan rujukan..

    terima kasih

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps