PKR negeri Kedah nak buat solat Hajat serentak bersama 5,000 orang ahli bagi memohon kepada Allah tunjukkan kebenaran disebalik segala fitnah yang dilemparkan kepada Anwar Ibrahim . Ini berikutan pendedahan terbaru video seks Anwar Ibrahim
Fitnah ..Fitnah ..Fitnah itulah laungan yang diputarkan oleh PKR dan PAS bagi mempertahankan Anwar yang terlibat sebagai pelakon lelaki dalam video seks dengan seorang amoi Cina.
Main dengan puak-puak kaki putar belit dan pembohong ini ... Kebenaran pun dikatakan Fitnah !
Teori fitnah yang diusung oleh PKR , PAS dan DAP sudah lama sebenarnya . Guan Eng di P.Pinang sendiri begitu hebat guna istilah fitnah menuduh UMNO . Sebenarnya ini semua tidak lebih adalah retorik politik untuk mencuit persepsi masyarakat dan penyokong semata-mata.
Cuma di sini , PB melihat disebalik solat hajat yang sudah beberapa kali diadakan oleh mereka sejak kes liwat Saiful , agak pelik juga kenapa tak habis-habis Anwar saja ditimpa bala .
Adakah kerana hasil solat hajat yang tidak putus-putus dilakukan oleh pengikut taksubnya ?
Jika apa yang dihajat masa kita minta dalam solat hajat itu boleh membawa kebaikan , ia termakbul lah ..
Manakala jika ditunjukkan keburukan kepada orang yang berhajat itu.... maka sudah tentu la ada suatu tidak kena . Adakah apa yang berlaku kepada Anwar sekarang hasil daripada solat itu ?
Itu kita berserah sahaja kepada Allah kerana Hanya Allah Taala sahaja yang Maha Mengetahui.
Meminjam kata-kata Blogger GAP ...
Tapi kalau Anwar dah terkantoi,
janganlah keputusan solat hajat dan qada dan qada itu dianggap Konspirasi Tuhan pulak !
Selain itu , disebalik pendedahan video panas ini yang menimpa Anwar itu, rakyat sebenarnya berhak mengetahui kebenaran dan rakyat sama sekali tidak boleh dihalang daripada mendapatkan kebenaran. PKR - PAS - DAP sekarang ini dilihat cuba menghalang kebenaran daripada diketahui rakyat dengan menolak cadangan menubuhkan Suruhanjaya Diraja .
Memetik Firman Allah dalam surah Al-Isra’ ayat 81 yang berbunyi:
Dan katakanlah: “Kebenaran telah datang dan yang bathil telah lenyap. Sesungguhnya yang bathil itu pasti lenyap.”
Kecualilah, jika: “Dan Kami jadikan hati mereka tertutup, dan telinga mereka tersumbat, agar mereka tidak dapat memahaminya.” (Al-Isra’: 46)
Adakah hati dan telinga penyokong PAS dan PKR tersumbat daripada melihat kebenaran ??
Fikir-fikirkan lah .....












kita telah melihat bala bencana yang menimpa anwar akibat doa orang teraniaya, saiful. benarlah kata seorang ulamak sufi, hai pendosa mampukah kamu tidur lena pada waktu malam, sedang orang yang kamu aniyai tiap malam bangun bersolat memohon keadilan dari rab kamu atas penganiayaan kamu. saya tidak heran mereka (pas) sanggup mengadakan solat hajat kerana kepentingan politik. mereka tidak akan melihat bahawa bala bencana yang menimpa anwar adalah kerana sumpah laknat dan doa saiful yang tidak pernah putus-putus. bagaimana mereka mau melihatnya, mereka tidak mempercayai bahawa saiful adalah orang teraniaya. mereka percaya anwar adalah orang teraniaya. hati mereka telah ditutup melihat kebenaran. bahkan mereka menghina saiful, mengeji perbuatannya. adakah saiful turut mendoakan agar orang yang menghina dan mengejinya itu turut menerima balasan dari allah. kalaulah benar, maka pas ternyata telah menerima tempias doa saiful. saiful sanggup ke mekah, menunaikan umrah, pastinya dan pasti dia akan berdoa agar keadilan dan kebenaran ditunjukan dan kebatilan dimusnahkan. saya yakin dengan situasi sekarang ini doa saiful dan doa mereka sendiri akan menghancurkan pas. kalaau mereka sanggup berdoa sebegitu, saya cadangkan agar mereka membuat satu amalan yang ampuh dan amat berkesan iaitu membaca yasin 44 malam dengan 44 jemaah pada setiap majlis bacaan. mereka yakin pelakun itu bukan anwar, bahkan orang yang diupah olih umco, apa kata kita minta agar mereka mendoakan orang yang melakunkan watak anwar itu menerima bencana yang amat dahsyat. dan tunggulah kesan doa anda.