PB semalam mendapat call daripada rakan Pemuda UMNO Tanjung bahawa ada sebuah rumah orang Melayu di Jelutong nak dihalau . Ingatkan pemaju perumahan ka yang buat kerja -kerja zalim tetapi rupa-rupanya balaci kesayangan Guan Eng iaitu khawarij PAS melalui Kariah masjid yangi dipegang oleh mereka .
PAS yang angkuh dengan jawatan kariah masjid ini nampaknya sudah ikut jejak langkah Khalifah Guan Eng bagi menghalau habis orang Melayu di P.Pinang . Tetapi kelompok yang menjadi target utama PAS atau KPI mereka ialah rumah ahli parti keris iaitu UMNO kerana inilah parti yang menjadi musuh utama parti itu untuk menarik sokongan orang Melayu .
Di tambah lagi tuan rumah terbabit adalah Ketua Pemuda UMNO Cawangan , lagi lah mereka gila nak roboh kerana sekarang ini Pemuda UMNO PP selalu menghentam kerajaan bos besar mereka iaitu Guan Eng.
Tak sangka juga Kariah masjid yang sepatutnya menjaga kebajikan anak kariah sudah menjadi seperti gestapo kerajaan regim Guan Eng . Tetapi mereka ini lebih advance lagi dari pihak PBT dengan pergi roboh tanpa ada sebarang notis atau surat bertulis pun .
Menariknya , puak2 Isle PAS siap dengan tolong bawa lori lagi bagi angkut semua barang . Zalim betul puak-puak balaci Guan Eng ini hingga nak halau orang macam halau lembu !
Zarolnizam Talib,36 adalah Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kebun Lama,Bahagian Jelutong yang tinggal bersebelahan masjid kebun lama menerima panggilan sehari sebelum rumahnya bakal dirobohkan atas arahan kariah masjid berkenaan,untuk makluman rumah tersebut adalah rumah pusaka milik keluarganya lebih 50 tahun,Pada kesokan harinya beliau mendapati lori yang diupah oleh kariah untuk memunggah barang dari rumahnya sebelum dirobohkan.
Berikutan kejadian yang menghayat hati tersebut beliau telah membuat laporan polis dibalai Datok Keramat.Menurutnya "jika mereka ambil tanah turun temurun yang pun telah diwakafkan ini pasti hidup saya bersama isteri dan juga 4anaknya tidak tahu masa depan mereka".KLIK DI SINI SELANJUTNYA
Adakah parti seperti ini nak diharapkan nak bela orang Melayu Pulau Pinang !! Bagi PB ..puak-puak ini tak layak nak bela orang Melayu ...
Mereka ini lah sebenarnya barua kepada DAP kafir ! Kalau mereka cakap PAS ganti UMNO ...sebenarnya yang sepatutnya PAS GANTI DAP HALAU ORANG MELAYU !!





