Papa Gomo disoal siasat polis lebih 3 JAM !!

on Thursday, April 7, 2011 by Pejuang Bangsa
 - No Comments


Blogger yang terkenal dengan blog papagomo.com disiasat polis selama lebih tiga jam di Kuching hari ini berkaitan dengan video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Papagomo, polis mula mengambil kenyataan dari jam 6.00 petang hingga 8.30 malam di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching pada Rabu.

Beliau menjelaskan,soal-siasat itu berkisar bagaimana beliau memperolehi sebahagian daripada video seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim.

Papagomo yang ditemui Agendadaily di luar IPD Kuching memberitahu antara soalan yang ditanya adalah satu artikel yang disiarkan diblog beliau membabitkan gambar dua orang gadis Cina bersama bloggers Topeng Perak dalam blognya.

“Saya hanya keluarkan gambar itu untuk mempersoalkan apakah wanita Cina itu yang dilanggani oleh Anwar Ibrahim.”katanya beliau.

Dalam soalsiasat itu sebuah komputer riba milik beliau telah dirampas bagi membantu siasatan.-6/4/2011 Agenda Daily


Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps