Macam gampang sekali jawapan over confident Nik Nazmi yang pertahankan bagi bosnya yang bertuhankan Nafsu ini .
Nik Nazmi cakap bila di tengok video itu dan beliau terus yakin seperti kaki pembohongan Johari Abdul bahawa lelaki dalam video seks itu bukan Anwar Ibrahim kerana pengalamannya bekerja selamat 2 tahun sebagai S/U Sulit Anwar . Beliau berhujah bahawa sosok badan dan lenggok orang dalam video itu bukan Anwar.
PB nak tanya la budak pencacai PKR ini ... Bagaimana hang tahu bentuk badan dan perut Anwar ? Adakah hang pernah tengok Anwar telanjang atau tidak memakai baju ??
Setakat 2 tahun bekerja dengan Anwar ...tak payah la hang dok cerita kononnya kerja dah lama dan tahu serba serbi . Orang yang lebih arif dan tahu lenggok badan Anwar sepatutnya ditanya kepada isteri Anwar sendiri iaitu Wan Azizah serta keluarganya bukan Nik Nazmi .
Lawak betul jawapan Nik Nazmi ini ...boleh baca di bawah ini
Lawak betul jawapan Nik Nazmi ini ...boleh baca di bawah ini
Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sewaktu “Datuk T” mula-mula menayangkan video skandal seks yang kononnya melibatkan pemimpin pembangkang di hotel Carcosa Seri Negara, beliau telah menegaskan bahawa video tersebut palsu, “tukang sorak-tukang sorak Umno bertanya bagaimana saya yakin bahawa video tersebut bukan melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila saya belum menontonnya.”
“Hari ini, saya terpaksa menonton sedutan video tersebut. Selepas menonton video tersebut, kenyataan awal saya terbukti benar memandangkan sosok dan lenggok badan watak utama termasuk perut yang menonjol jelas sekali bukan sosok badan Anwar,” kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan segera dikeluarkan lewat petang ini.
Nik Nazmi menambah, hakikat ini mungkin tidak jelas bagi mereka yang tidak mengenali Anwar secara dekat, tetapi sebagai bekas Setiausaha Sulit beliau selama dua tahun, “saya tahu bahawa itu bukan Anwar.”
“Apatah lagi saya mengenali keperibadiannya sebagai seorang Muslim dan pemimpin keluarga yang baik,” katanya.






