Mansor Othman pulak meroyan bila PM buat walkabout di P.Pinang

on Monday, April 4, 2011 by Pejuang Bangsa
 - No Comments




Lim Man Chor a.k.a  Mansor Othman  ini sudah meroyan nampaknya bila lawatan sehari  PM ke P.Pinang  baru-baru ini mendapat sambutan cukup menggalakan rakyat  di sebelah pulau  . Itu yang kalut keluar statement hari demi pertahankan bosnya Guan Eng yang berang la kehadiran ramai rakyat ke 10 tempat program yang  dihadiri PM .

Woi  Mansor , hang jangan hanya dok temberang la pasal jumlah yang hadir di program jamuan rakyat di Masjid Kg Prmtg Pasir .  Siapa yang pergi situ dan tengok sendiri di TV memang cukup ramai sekali rakyat hadir sampai semua makanan habis licin .

15 ,000 orang hadiri program Najib  sampai penuh khemah dan kerusi  tetapi Mansor anggap lucu dan hanya letak 2000 saja itu pun angkut dengan bas .

Kalau Mansor nak cakap tentang datang dengan  bas ini, apakah  Kerajaan Negeri PP tak pernah buat  kerja ini  semasa konsert Ning Baizura di PISA baru - baru ini yang tak dapat sambutan langsung ?? Kerusi lebih banyak dari orang ...kerana target sampai 9000 orang !..hahaha

Selain itu , PB hendak tanya  adakah Mansor hanya  merujuk  1 program Najib sahaja tanpa melihat sendiri kehadiran ramai rakyat di  Pasar Taman Tun Sardon ,  Rumah Pangsa Kg Melayu , program bersama  kaum  India di PISA  ??


Lebih parah lagi , ahli PKR negeri P.Pinang sendiri yang semuanya dari kaum India seramai 3226 orang telah keluar parti dan menyertai BN . Confirm la pakai demam la bosnya Guan Eng melihat situasi ini .hahaha

Jadi , untuk bodek dan sedapkan hati bos kesayangannya , kena la bohong rakyat tentang sambutan rakyat hadir menyambut kehadiran PM .



Kenyataan Perdana Menteri bahawa sambutan masyarakat di Pulau Mutiara itu begitu memberangsangkan terhadapnya, begitu melucukan.

Ini kerana kata Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman, kehadiran Najib seringkali disambut hambar penduduk walaupun acara sambutannya meriah.

“2,000 orang yang datang tapi tumbangkan kerbau lembu 10 ekor, ayam beratus-ratus ekor... itu pun bawa budak MRSM, politeknik, penuntut USM datang dengan bas. Penduduk tempatan tak sampai banyak itu.. orang-orang yang datang ini adakah dengan kehadiran seorang Perdana Menteri?

“Dan yang keduanya orang yang hadir itu adalah orang yang dibawa.. bukan orang yang duduk di situ. Kalau begitu, ia adalah sambutan yang tidak seberapa seperti yang didakwa oleh BN,” kata Mansor kepada Tv Selangor.


Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps