Selepas Kg Buah Pala sudah lenyap ditelah projek untuk bina rumah mewah ,kini Kg Binjai Bayan Lepas pulak bakal menerima nasib yang sama di bawah pemerintahan Kerajaan regim DAP diketuai Guan Eng !
Kepala ketua regim DAP ini sedang berada di Sarawak sekarang berkempen dan menipu rakyat di sana bahawa negeri P.Pinang ditadbirnya cukup baik dan No 1 dalam segala macam . Malah semua rakyat hidup aman dan menikmati kemakmuran di bawah kerajaan Pakatan . hahaha...
Syok betul Khalifah kesayangan PAS ini membelit rakyat Sarawak di sana yang tidak tahu apa dan mereka tak tahu negeri ini merupakan negeri No 1 terkenal dengan kerja roboh kampung Melayu dan gerai-gerai peniaga Melayu .
Isu di Kg Binjai ini semakin menyulitkan dan merisaukan penduduk kampung di situ apabila didatangi pemaju yang menawarkan dan memujuk penduduk supaya keluar . Mereka menawarkan wang RM 10,000 - 20,000 mengikut keluasan rumah supaya keluar dari kampung itu .
Kalau setakat dapat duit sebanyak nak beli rumah apa kejadahnya ?? Sepatutnya mereka diberi rumah baru bagi menggantikan rumah asal mereka .
Kerajaan negeri DAP yang dikatakan berjiwa rakyat mana pergi ??? sepatutnya merekalah kena bantu desak pemaju cekik darah ini beri rumah kepada penduduk bukannya bagi duit sikit , lepas itu halau mereka keluar.
PETALING JAYA: Sebuah lagi perkampungan Melayu di Pulau Pinang bakal dirobohkan untuk memberi laluan kepada projek pembangunan.
Kampung Binjai di daerah Bayan Lepas yang diduduki sekian lama akan mengiukut jejak Kampung Buah Pala dan Kampung Genting.
Sebuah syarikat swasta dikatakan sedang memujuk penduduk Kampung Binjai bagi mengosongkan tenah mereka bagi memberi laluan kepada projek pembangunan.
Syarikat berkenaan memujuk dengan pelbagai cara seperti pampasan berbentuk wang ringgit, kata seorang penduduk Omar Salleh.
“Kami berada dalam kegelisahan dan tidak tahu ke mana hendak pergi jika rumah-rumah ini dirobohkan.
“Pampasan yang ditawarkan pemaju kepada kami cuma antara RM10, 000 dan RM20, 000 bergantung keluasan sesebuah rumah.
“Memang benar, tanah ini bukan milik kami tetapi fikirlah nasib kami jika rumah ini dirobohkan,” katanya seperti dilaporkan oleh Suara Perkasa keluaran terbaru.
Omar juga mendakwa, pemaju tidak menawarkan rumah baru menggantikan rumah awal penduduk.
Beliau berharap, NGO Melayu datang membantu penduduk kampung tersebut.FMT













Padahnya kalau duduk di tanah orang, kena halau adatla..padan muka, dulu-dulu tak nak usaha beli tanah sendiri.
inilah yang menjadi masalah apabila dah tinggal lama kat tanah tu lama tapi penduduk tak pernah diberi peluang untuk memiliki tanah tersebut olih pehak pemerintah bn dulu, saya rasa mungkin penduduk ada membuat permohonan tapi si koh su kun xbagi barangkali.inilah malang yang akan menimpa orang kita sekiranya mereka diberi peluang berkuasa, takde bezanya si koh tu ke atau si lim sekarang ni.olih itu marilah kita bangkit mempertahankan bangsa dan hak kita.kpd pemerintah negeri2 bn sekiranya ada permohonan tanah yang telah diduduki lama tu timbang-timbangkanlan permohonan mereka sebelum terjadi macam di p pinang tu.
mna dia Din Binjai.....sharpshooter PKR tue....x bela ka kampung halaman sendiri