Isu agama yang dibangkitkan tidak diterima rakyat, hubungan dengan DAP yang mencurigakan, serta Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu liabiliti adalah antara faktor yang dinilai oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai punca kekalahan PAS dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Merlimau dan Kerdau.
“Saya nampak PAS dalam keadaan tertekan sekarang ini terutama apabila isu agama yang dibangkitkan oleh mereka tidak diterima rakyat.
“Di samping itu hubungan mereka dengan DAP yang terlalu selesa, dipandang dengan rasa curiga di kalangan pengundi, terutama orang Melayu.
“Ini menunjukkan bahawa hubungan yang diperkatakan sebagai “Pakatan Rakyat” tidak merupakan satu bentuk kerjasama yang kukuh, kini rapuh sebenarnya,” kata Perdana Menteri.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas selesai istiadat pembukaan Penggal Keempat Majlis Parlimen yang ke-12 yang disempurnakan oleh SPB Yang Dipertuan Agong, Isnin.
Najib berkata, kerapuhan hubungan itu disebabkan percanggahan pendirian masing-masing yang menyebabkan orangramai tidak yakin dengan bentuk kerjasama itu.
Katanya kerjasama itu hanya bersifat luaran tetapi tidak berasaskan kepada pendirian hakiki yang boleh memberi keyakinan kepada rakyat.
Pada sidang media itu Najib turut ditanya sama ada beliau bersetuju bahawa faktor Anwar Ibrahim adalah satu liabiliti kepada PAS.
“Saya dengar PAS pun tak berapa senang hati kalau dia (Anwar) turun waktu pilihanraya kecil. Malah ada juga pihak yang menghantar mesej supaya dia tidak datang semasa pilihanraya kecil.. Sesama dia nampaknya sudah tunjuk rasa tak yakin di antara satu dengan lain,” kata Najib.
Terdahulu, Najib berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) di Kerdau dan Merlimau menunjukkan sokongan rakyat kepada kerajaan semakin meningkat.
Najib berkata antara faktor utama kejayaan BN di Merlimau dan Kerdau ialah pemilihan calon yang boleh menang serta kerjasama sepasukan yang baik.
Ditanya samada kejayaan BN dalam beberapa PRK memberii gambaran yang baik untuk menghadapi pilihanraya negeri Sarawak dan Pilihanraya Umum
“Kejayaan hari ini mengukuhkan lagi apa yang kita telah lihat dalam trend kebelakangan ini yang mana sokongan kepada BN semakin meningkat dan kukuh. Di Kerdau pencapaian kita melebihi 2004 dan Merlimau melebihi 2008.
“Ini bukanlah sesuatu yang berlaku dalam sebuah pilihanraya sahaja. Ia menunjukkan aliran atau trend yang semakin memihak kepada BN.
Kejayaan ini berdasarkan pelbagai faktor, tetapi jentera BN yang diketuai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Haji Muhyiddin Mohd Yasin dan dibantu oleh Datuk Seri Mohd Ali Rustam serta Datuk Seri Adnan Yaakob,telah menjalankan peranan sebagai satu pasukan, termasuk parti komponen dan sayap UMNO yang telah memperlihatkan usaha yang lancar dan harmoni,” katanya.
Menurut Najib, apa sahaja isu yang dibangkitkan oleh parti pembangkang tak dapat diterima oleh rakyat kerana mereka yakin BN dapat memberikan harapan untuk menjamin kualiti hidup yang lebih baik di samping mampu menyelesaikan masalah.
Najib juga mengakui merasakan angin perubahan di kalangan pengundi-pengundi bukan Melayu yang semakin memihak kepada BN.
“Ke mana kami pergi, kita lihat mereka lebih spontan menunjukkan kemesraan kepada BN dan saya berharap apa yang kita lihat selama ini dapat diperkukuhkan.
“Rakyat semakin yakin dengan halatuju BN dan semakin hari kita telah dapat membuktikan bahawa apa yang telah kita janjikan itu mampu kita laksanakan,” tambah Najib.
“Bagi Sarawak, saya berharap sokongan berterusan. Tetapi pilihanraya negeri dan nasional, keadaannya tidak sama.
“Kita harus mengambilkira beberapa faktor tempatan. Ada tiga peringkat untuk menentukan situasi semasa pilihanraya, iaitu isu tempatan, negeri dan pusat,” katanya.
Najib tertawa apabila diasak lagi mengenai tarikh Pilihanraya Umum, Beliau sekadar menjawab, alirannya (trend) menggalakkan. Agenda Daily












apa yg kao merepek Bob... nak muntah aku... bob kao clik vidoe ni dan kao tgk lah sdiri dan kao dgr ucapakan kao... bob malu bob...