..

..

PAS sokong Al Kitab Bible dalam Bahasa Melayu !

on Tuesday, March 15, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 11 Comments

Akhirnya Parti  PAS telah sokong 100 %    penggunaan nama Allah  ALLAH, Malaikat, wahyu, Rasul, penggunaan nama Nabi-Nabi di dalam kitab bible versi Bahasa Melayu  bersama PKR dan DAP . 

Ini bermakna mereka sokong segala apa yang dipejuangkan Guan Eng , Elizabeth Wong dan Kit Siang yang begitu lantang pertikaikan tindakan kerajaan merampas kitab Bible ini .





Ini lah  Kitab Bible versi Bahasa Melayu yang PAS sokong sangat .. Bila tengok sahaja muka depan ini ,sesiapa pun tak perasan ianya sebuah kitab Bible . 

PAS tenyata sanggup gadaikan maruah dan kesucian Islam hanya semata-mata untuk menarik sokongan bukan Islam kepada Pakatan Haram mereka ini menjelang PRU Sarawak dan PRU 13 .

Lebih dangkal lagi , PAS marah kepada umat Islam yang begitu sensitif berkaitan penggunaan kalimah Allah  dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu dan mereka sifatkan orang itu sebagai Rigid !


Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa menyertai pemimpin-pemimpin bukan Islam dalam Pakatan Rakyat mengecam tindakan Kementerian Dalam Negeri menahan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia sambil menegaskan penerbitan buku suci itu harus dihormati.

Ketika ditemui di bangunan Parlimen petang ini, Ahli Parlimen Bachok ini berkata, Islam mengiktiraf masyarakat Kristian di mana kitab Injil seharusnya dihormati dengan sewajarnya.Menurut beliau, kitab Injil seharusnya dihormati tidak kira bahasa ia diterbitkan.Katanya, beliau tahu bahawa kitab Injil juga wujud dalam tulisan Jawi, yang ada di negara ini pada masa sekarang.

“Ada banyak buku dalam pasaran, banyak buku Kristian ditulis dalam Bahasa Malaysia.

“Dan, jika ada yang tidak boleh baca dalam Bahasa Malaysia, mereka akan membaca dalam Bahasa Inggeris, jadi saya tidak melihat sebarang sebab mengapa Kitab Injil harus ditahan,” katanya.

Malah, Nasharudin juga menolak kebimbangan bahawa kitab Injil akan mendorong umat Islam menganut Kristian atas alasan bahawa mereka sebenarnya kuat akidah.Katanya, setiap orang mempunyai hak untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing.

Nasharudin juga berkata, sensitiviti isu itu berkaitan dengan penggunaan kalimah “Allah” oleh bukan Islam yang beliau sifatkan sebagai sesuatu yang “rigid.”

“Kemungkinan ia adalah disebabkan tafsiran yang terlalu rigid mengenai kalimah Allah yang menyebabkan isu ini. Tetapi, penahanan satu buku hanya kerana ia dalam Bahasa Malaysia, beranggapan bahawa ia mungkin menyebabkan penyebaran agama Kristian,”



Ikut pandangan oleh YB Zul Nordin berhubung isu  Al Kitab @ Bible versi Bahasa Melayu ini









("Allah, Anak Allah dan Ruh Allah yang diceritakan didalam bible versi bahasa Indonesia yang dipanggil "Al-Kitab")

 







Teman melihat kekeliruan dan kecelaruan berkenaan isu bible versi bahasa Indonesia makin kalut dikalangan orang Melayu sendiri. Diwaktu Kerajaan Persekutuan sedang mencari jalan penyelesaian terbaik, kepimpinan Pakatan pembangkang membuat kenyataan mendesak supaya Kerajaan membenarkan masuk 35,000 naskah bible versi bahasa Indonesia yang ditahan di Pelabuhan Klang & Pelabuhan Kucing. Teman fikir inilah masa terbaik untuk kepimpinan Melayu-Islam saperti PAS-UMNO bersatu suara menghadapi isu ini. Biarkan kafir MCA, Gerakan, DAP dan lain-lain dengan pendirian kufur mereka itu. Tetapi malang, kerana politik agama menjadi bahan sepak terajang. Na'uzubillah!

Teman tidak hairan kalau MCA, Gerakan atau DAP membuat tuntutan tersebut, tetapi bila mengenangkan pemimpin Melayu didalam Pakatan pembangkang turut beriya menuntut bible itu dibenarkan masuk, sebagai seorang Muslim teman agak kecewa. Ini ditambah dengan hakikat bahawa pendirian mereka diambil semata-mata kerana kepentingan politik tanpa mengambil kira kesan yang akan berlaku kepada Islam dan umat Islam pada masa kini dan akan datang. Apakah benar sabda Rasulullah saw bahawa diakhir zaman nanti akan muncul agamawan yang tersangatlah jahat dan punca fitnah kepada ummah. Apakah kita sedang melaluinya? Dan apakah kita akan menjadi saperti Yahudi & Kristian, yang telah diberitahu oleh ALLAH & Rasul-Rasul akan perkara yang akan berlaku termasuk kedatangan Rasulullah saw, tetapi bila ianya datang mereka menjadi penentang paling kuat!

Sebenarnya isu bible versi bahasa Indonesia ini telah diputarbelitkan sehingga meresahkan umat Islam dan juga golongan Kristian. Sedangkan isunya mudah sahaja. Bagi orang segelintir penganut Kristian di Sabah/ Sarawak, mereka tidak berbahasa Inggeris. Samada mereka bercakap Melayu, Kadazan, Murut, Melanau, Dusun, Iban, Dayak dan lain-lain. Dan bila dikira yang benar-benar menggunakan bahasa Melayu, jumlahnya terlalu sedikit. Mungkin pihak berkuasa perlu membuat bancian jumlah sebenar penganut Kristian di Sabah/ Sarawak yang benar-benar menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantara.

Kita tidak menentang pribumi penganut Kristian di Sabah/ Sarawak menggunakan apa juga bahasa yang selesa bagi mereka; samada untuk perbualan harian ataupun tujuan agama. Apatah lagi Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan.

Isu yang menjadi bantahan umat Islam ialah penggunaan istilah-istilah tertentu didalam bible versi bahasa Indonesia itu. Contohnya mengapa perlu diberi nama bible itu "Al-Kitab"? Jangankan orang awam, ustad pun boleh terkeliru. Kenapa tidak dipanggil "Bibel Kristian"? Kedua, perkataan dan istilah saperti ALLAH, Malaikat, wahyu, Rasul, penggunaan nama Nabi-Nabi saperti didalam Islam sedangkan mereka ada nama tersendiri didalam Bible saperti Nabi Yusuf (Josef), Musa (Moses), Daud (David), Yunus (Johannes), Nuh (Noah) Yaakob (Jacob) dan banyak lagi.

Penggunaan istilah-istilah saperti ini adalah bercanggah dengan:

1. Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan;
2. Keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan;
3. Enakmen-Enakmen Negeri-Negeri yang digubal berdasarkan peruntukkan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Bermakna sesiapa juga yang didapati mencetak, menerbit, menyebarkan, memiliki dan lain-lain buku atau kitab yang bukan dimaksudkan untuk orang Islam dan menggunakan istilah-istilah ini dan lain-lain istilah yang dinyatakan didalam Enakmen-Enakmen tersebut adalah melakukan kesalahan jenayah yang boleh dikenakan tindakan pendakwaan jenayah di Mahkamah Sivil dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara. Oleh itu, membawa masuk buku yang dipanggil "Al Kitab" versi bahasa Indonesia yang mengandungi perkataan dan istilah tersebut adalah suatu kesalahan jenayah! 


LINK


AL KITAB 1


11 Responses

  1. Anonymous says:

    masyaAllah....Mengapa perkata ini harus berlaku di malaysia? tambahan lg di kalangan org2 pas?? begitu terdesaknya org2 pas sehingga sanggup membenarkan penterjemahan dan penulisan kitab bible di dalam bahasa melayu?
    Saya pelajar UIA dan belajar secara kritikal ttg pelajaran ilmu perbandingan agama...saya study agama kristian dan kitab bible. Semasa saya study, mmg kami pelajar major perbandingan agama harus membeli dan memiliki kitab bible (bahasa inggeris) dgn tujuan utk mengkaji sahaja dan mengetahui secara kritikal ajaran2 yang terkandung di dalam agama kristian. sebab itu, kami dibenarkan memiliki kitab bible. itupun dgn amarah oleh lecturer, supaya kami tidak menyebarluaskan kitab tersebut utk bacaan org ramai krn ilmunya ttg akidah agama lain.....sy sungguh terkejat mengapa org pas sanggup merendahkan maruah islam mrk membenarkan penulisan bible dlm b.melayu? begitu terdesakkan mereka? Tidakkah mrk tahu dan sedar dan sensitif bahasa kitab dlm b.melayu itu dengan mudahnya mendorong sesiapa shj membaca kitab tersebut? Org islam wajib menjaga dan memelihara akidah kita...Kita tdk blh membiarkan diri kita membaca kitab2 agama lain kecuali utk tujuan akademik dan ilmu kritikal shj....kalau mereka membacanya lalu mrk terdorong utk mempercayai isi kandungan kitab bible tersebut, bagaimana? siapa yg harus dipersalahkan? apakah org islam yg telah membacanya harus dipersalahkan sedangkan kitab bible itu sedia ada di kedai2 bahkan diterjemah pula ke b.melayu?? Bagaimana kalau iman mereka tidak kuat?? Bukankah persoalan akidah dan iman seseorang muslim itu sangat kritikal?

  2. Ehh..Yang Sebenarnya Bible Ni Kitab Injil Kan ???
    Jahatnye Christian....(Tansyion..)

  3. zulhelmie says:

    dalam pjanjian baru disebut dalam bible ada menybt ttg injil,,,,
    baayngkn jika kita tidak kuat iman,blh tergoda dgn logika akal dorg....tgk bab y pertama dalam pjanjian lama dah taw...xlogik akal....bg pendpt sy memendangkan sekarng ramai studnt / pndakwah kurg mahir bhsa inggeris ,,,berbaloi u pihak tertentu membuat versi bible terjemahn bhsa melayu..bg memudahkan kpda pendakwah2@mubaligh islam...

  4. Anonymous says:

    assalam...bukankah kita perlu beriman pada kitab-kitab Allah??taurat, zabur, injil, dan al quran..makan adakah Injil salah satu kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah atau diada-adakan kejadiannya sebelum ini walaupun kita berpegang pada alQuran..cuma Syariatnya yang berlainan tapi hakikatnya hanya satu..Allahu Akhbar..yang penting jgan sampai kita terkeluar dari akidah.bagaimana??carilah guru dan org pandai ilmu untuk membimbing kita kejalan yang betul..

  5. kiranya mcm ni lah, orang yg baca kitab two kau bg hukum, dosa ke, dapat pahala ke,makruh ke,ataupun murtadke,dah tuhan bg akal guna ajelah,tak kan 2x2 jadi 10,

  6. fatt says:

    Bengong lh klu da blajar ngaji dari kecik.da tua bangka p baca injil pastu pcaya.nmpak sgt tk dalami islam

  7. Amy Amyra says:

    Kenapa la mahu bertekad pasal hak org kristian mahu terbit bible dalam bahasa malaysia.Klau pengunasn khalimah Allah mmg la slh sb menyentuh sensitivity kaum lain..tp klau tnpa kalimah Allah mereka berhak shj terbit dalam bhasa Malaysia.Kita sebagai umat islam harus lebih kuat.Terbitkan lebih bnyk terjemahan al-quran dalam bhsa Cina,india,iban n etc...perbaiki kelemahan kita..perkuatkan benteng agama kte insyaallah kte xkn goyah dengan agama lain..ni agama tak terjaga then mahu slhkn org lain jika terkeluar agama islam...renung2kan lah ya...after all this is a democratic country...stop worrying about where the sun sleep at night because the sun never sleep eventhou we cant see it at night.....~

  8. Amy Amyra says:

    Kenapa la mahu bertekad pasal hak org kristian mahu terbit bible dalam bahasa malaysia.Klau pengunasn khalimah Allah mmg la slh sb menyentuh sensitivity kaum lain..tp klau tnpa kalimah Allah mereka berhak shj terbit dalam bhasa Malaysia.Kita sebagai umat islam harus lebih kuat.Terbitkan lebih bnyk terjemahan al-quran dalam bhsa Cina,india,iban n etc...perbaiki kelemahan kita..perkuatkan benteng agama kte insyaallah kte xkn goyah dengan agama lain..ni agama tak terjaga then mahu slhkn org lain jika terkeluar agama islam...renung2kan lah ya...after all this is a democratic country...stop worrying about where the sun sleep at night because the sun never sleep eventhou we cant see it at night.....~

  9. Mohd Naim says:

    https://www.youtube.com/watch?v=7l-LfUubNS0

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.