Nik Aziz samakan kempen politik PAS seperti dakwah Rasulullah

on Saturday, March 5, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



Nik Aziz nampaknya nekad terus memperalatkan agama sebagai talian hayat PAS untuk membohongi orang Melayu supaya menyokong Pakatan Haram bersama DAP dan PKR .

Lebih menarik lagi orang tua nyanyuk ini keluarkan fatwa baru bahawa kempen politik PAS seperti kerja dakwah Rasulullah .

PB nak tanya kalau kerja kempen PAS yang didakwa  oleh Nik Aziz ini mengandungi pembohongan, maki hamun, hina orang  dan  fitnah .. adakah ia sama juga seperti dakwah Rasulullah ??





KOTA BHARU 4 Mac – Pas akan terus menggunakan isu agama dalam kempen pilihan raya, kerana perbuatan itu merupakan sebahagian kerja dakwah seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, semua pihak terutamanya cendekiawan agama sepatutnya sedar bahawa segala perkara yang dilakukan di atas muka bumi ini perlu bersandar kepada al-Quran dan hadis, termasuk ketika kempen dan mengundi pada pilihan raya.

Justeru, katanya, jika seseorang mufti itu menolak untuk mengaitkan amalan mengundi sewaktu pilihan raya dengan hukum syurga neraka, mereka hanya layak mengeluarkan fatwa di negara komunis sahaja.

“Kami tidak menghukum tapi berdakwah, kami ini pendakwah dan bukan hakim yang menghukum, Nabi Muhammad SAW berdakwah, jadi kami akan terus dengan pendekatan berdakwah.

“Biarlah orang nak kata apa pun. Nabi Muhammad pun orang kata, kerja dakwah ini kerja Nabi Muhammad dan daripada segi demokrasi inilah salurannya.

“Kempen nak jadi Presiden atau nak jadi wakil rakyat, semuanya guna kaedah kempen. Kempen diambil dari ayat bahasa Inggeris dan dalam bahasa Arabnya dakwah, dalam Melayu dipanggil ajak.

“Bila mufti kata kempen orang tidak boleh guna hukum, ertinya dia sudah berlainan daripada Nabi Muhammad. Macam mana orang nak undi A atau B tanpa kita dakwah? Hatta sembahyang, kita nak ajak orang sembahyang serupa dengan yang Allah nak, macam mana kalau kita tidak guna hukum dalam al-Quran dan hadis?” soalnya. KLIK DI SINI


4 Responses

  1. Huh, dah gila ke apa? Mungkin hari tu dia belum makan ubat........

  2. oh malaysiaku says:

    kita tunggulah pulak mungkin ada fatwa2 susulannya nanti yg menyebutkan Rasulullah saw pun pernah "berbohong, memfitnah, mencaci, mencarut dsgnya". kalau adapun nanti apalah yg nak diherankan sangat, fatwa terdulu dah ada menyatakan "Tuhan (Allah swt) pun pernah mencarut, jadi samseng dsbnya".

    nak bandingkan diri dgn Rasulullah saw? dah lengkapkah sifat2 murni Rasulullah saw tu pada diri sendiri dan pada diri pemimpin2 PAS yg lain?

    apa yg Nik Aziz patut renungkan ...
    1. adakah Rasululullah saw berdakwah utk berkuasa didunia?
    2. pernahkah Rasulullah saw bergabung dgn org2 kafir utk mendapatkan kuasa memerintah ditanah Arab atau seluruh dunia?


    eloklah kita renung pada kisah Azazil, dan apa yg terjadi padanya spt apa yg dipaparkan dlm blog 'The Flying Kick' dilink berikut :
    http://theflyingkick.blogspot.com/2011/03/kisah-iblis-dalam-bentuk-anwar-ibrahim.html

  3. Anonymous says:

    Salam 1 Ummah... Mesti ada yang terkejut dan akan tidak percaya apa yang Yong hendak sampaikan kepada para pembaca blog Yong hari ini. Cerita Yong ini bukan cerita rekaan atau dongengan semata memandangkan kes ini sudah agak serius serta membimbangkan Yong sebagai bangsa Melayu yang tinggal di Malaysia. Nampaknya, tidak lama lagi Malaysia akan menjadi realiti mengikut jejak Singapura jika perkara yang akan Yong dedahkan ini tidak di ambil serius oleh semua pihak khususnya Perdana Menteri Malaysia.

    Bukanlah niat Yong hendak memburukkan Kerajaan tetapi ini adalah kebenaran yang perlu dirungkai oleh semua pihak. Supaya kita selalu beringat dan tidak mudah lupa akan sejarah-sejarah silam yang melanda negara Malaysia.

    Mengikut kata salah seorang sahabat saya yang menjadi penjawat awam dan berada di Jabatan Pendaftaran Negara di salah satu daerah di Perak, sejak 2 ke 3 bulan kebelakangan ini ramai warga asing khususnya dari negara India juga China yang memegang kad pengenalan warna merah berpusu-pusu ke kaunter Jabatan Pendaftaran Negara cawangan untuk menukar kad pengenalan kepada warna biru yakni sebagai warganegara Malaysia. Yong tahu ini adalah salah satu strategi politik Pak Menteri semua tetapi perlu ke nak bawa masuk warga asing ke Malaysia? Kenapa tidak tukar kartu Indonesia yang sudah lama mencari rezeki di Malaysia kepada warga negara. Mereka juga Melayu. Jangan lupa bahawa Indonesia juga merupakan rumpun Melayu yang patut kita bela jika hendak di bandingkan dengan India dan Cina.

    Fikirlah secara rasional dan bertindak lah dengan segera kerana Melayu mungkin hilang majoriti di Malaysia jika keadaan ini akan berterusan. Perlu di ingat bahawa warga India atau Cina ini tidak akan mengundi UMNO atau PAS. Jika majoriti Melayu pun sudah berkubur maka ada apa lagi di Malaysia ini untuk orang Melayu? Setelah ekonomi di kuasai oleh orang Cina, Melayu akan hilang kuasa di bumi sendiri jika keadaan ini tidak dibendung dengan segera. Harap mendapat perhatian Ahli Politik Melayu yang ada kuasa untuk mengubah.

  4. Anonymous says:

    akan ada kekilafan bila satu bangsa terlalu mengagungkan bangsa lebih dari agama

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps