Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pekerjaan utama Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah memburuk-burukkan namanya di luar negara.
“Dia (Anwar) kaya bukan miskin sebab itulah dia boleh pergi sana sini cerita karut kepada orang memburukkan nama saya itulah kerja dia,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM), di Shah Alam semalam.
Ketika diminta mengulas mengenai kekayaan Anwar yang dikatakan memiliki operasi perniagaan di Amerika Syarikat Dr Mahathir berkata :”Itulah, memang kita tahu pun, tapi bila kita nak dedah sesuatu kenalah ada bukti”.
Kalau bekas sifunya Tun M sendiri akui bahawa Anwar Ibrahim ini kaya , memang sah la dia ini orang yang hipokrit ! Bila di ceramah-ceramah bukan main pandai lagi berlakon tunjuk imej sederhananya ...tetapi sebenarnya hebat sehingga mempunyai pejabat di Washington DC .
Malah malaun bernama Anwar ini memang palaat la dan selalu memburukkan Tun M di luar negara .Maklumlah beliau kan mempunyai ramai kawan-kawan berbangsa Yahudi Israel .





