PAS terduduk bila dengar KDNK negara 7.2 % dicatatkan !

on Friday, February 18, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Syabas kepada kerajaan & PM di atas pencapaian KDNK iaitu  7.2 peratus pada 2010 . Najib berkata ia hasil  daripada  tindakan diambil kerajaan mengatasi kemelut atau krisis melanda global begitu menggalakkan, sehingga mencapai pemulihan ekonomi mampan, pertumbuhan kukuh, momentum dapat dirasai tahun ini .

Walaupun mencatat pertumbuhan memberangsangkan tahun lalu, Datuk Seri Mohd Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan masih menetapkan sasaran 6 peratus KDNK tahun ini.

 Ini pulak malaun PAS yang dok meroyan kat Najib  pasal ekonomi negara yang semakin pulih  & bertambah baik hasil tindakan diambil oleh kerajaan BN


Menurut Dr Dzul, walaupun pertumbuhan ekonomi negara seolah-olah meningkat, namun permasalahan sebenar berhubung ekonomi masih membelit rakyat.

"Persoalan dalam ekonomi hari ini tidak hanya berlegar sekitar persoalan angka. Persekitaran tentang pertumbuhan. Pakar-pakar ekonomi sudah lama tidak mendewa dan bertuhankan angka ini.Ujarnya, di kala rakyat masih dihimpit dengan beban sara hidup, tidak ada apa yang boleh dibanggakan oleh Najib dengan pencapaian sekitar enam peratus yang disuarakannya hari ini.

Bernama hari ini melaporkan, Najib sebagai berkata, negara telah menjangkaui sasaran pertumbuhan enam peratus tahun lalu walaupun dalam keadaan ekonomi yang malap.

"(Namun) persoalan yang menjadi pertikaian hari ini yang saya hendak katakan pada Najib, ia bukan hanya persoalan angka pertumbuhan. Permasalahan ekonomi yang memerlukan reformasi dan penambahbaikan, jangan pandang kepada satu-satu parameter sahaja. Itu hendak membodohkan rakyat namanya," bidas Dr Dzul.

Inilah  pemimpin bebalisme yang berlagak pandai ekonomi &   memperbodohkan rakyat !  Pakar-pakar ekonomi  negara pun  yakin pertumbuhan ekonomi negar akan terus meningkat & kukuh tetapi ada puak2 PAS ini masih lagi dok cakap Najib perbodohkan rakyat . PAS sebenarnya dengki terhadap kejayaan yang dicapai oleh kerajaan BN sekarang  yang berjaya memulihkan ekonomi negara semula dengan lebih baik .

Rakyat tidak bodoh la Dr Zul  seperti puak2 bangang PAS ... harga komoditi yang tinggi sekarang ini telah bukan sahaja pneyumbang terbesar pendapatan negara, malah ia juga memberi faedah kepada rakyat negara ini . 


One Response

  1. YB Raz says:

    puak pas ni sebenarnya tahu ke tak pasal ekonomi ni? tu pasal dia merapu semacam je.

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps