..

..

Panas !! Fitnah semakin bertambah bila timbul isu pergolakan di Mesir

on Wednesday, February 2, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Krisis di negara Firaun , Mesir nampaknya cuba dipolitikkan PAS semaksimum mungkin .  Sehinggakan mereka plan nak pi berdemo di Kedutaan Mesir bagi desak Hosni Mubarak letak jawatan . 
Ini lagi satu kerja bangang oleh puak2 kopiah putih ini. Daripada hangpa dok kalut pi desak dikatator Mesir itu letak jawatan , lebih baik pi buat solat Hajat dan doa supaya kesemua rakyat Malaysia di sana selamat .  Bukan kah doa Tok Guru Mujaddid Nik Aziz mujarab dan  akan dimakbulkan ..


Bila bercakap tentang pelajar Mesir ini , semua orang pun tahu pelajar di sana kebanyakkan akan balik Malaysia menentang kerajaan dengan sertai PAS.  Pemimpin2 Pakatan ini semua kalau pergi ke Mesir , mereka akan jumpa ramai pelajar2 di sana yang penyokong tegar PAS .
Apabila berlaku krisis di Mesir ini , sudah dijangka PAS akan ke hadapan  dan terus menyalahkan kerajaan dan Kedutaan Malaysia di sana. Kita seharusnya tidak menyalahkan Kedutaan Mesir di sana memandangkan MSD Mesir hanya ada 10 kakitangan dan 4 pegawai .

Ikuti artikel yang dipetik dari blog Cucu Tok Selampit

Menurut sumber , masalah yang berlaku di sana adalah MSD Kaherah ada 14 kakitangan untuk mengawal 11,346 pelajar. Itu FAKTA dan pelajar-pelajar di sana tidak suka berurusan denga MSD sebaliknya menggunakan PMRAM. PMRAM sudah 80 tahun ditubuhkan dan ia terkenal sebagai pro-PAS, enggan mendaftar di bawah Kedutaan Malaysia dan amat berpengaruh di kalangan pelajar jurusan Agama. Daripada 11,346 pelajar, 4,000 lebih mengambil jurusan perubatan, 6,000 lebih jurusan Agama dan selebinya Qiraat.

Berikut adalah fakta fitnah yang dilemparkan berdasarkan maklumat yang kami terima dari wakil Malaysia yang berada di sana melalui e-mail, Puan Fatimah Zahra dan Twitter Helme Hanafi:


1. Kejadian rogol pelajar perempuan Malaysia di Kaherah


Ini merupakan satu fitnah yang amat besar. Fitnah ini bermula dari diskusi sesama mereka. Orang yang mula-mula menulis mengenai perkara ini tidak pernah belajar dan tinggal di Kaherah. Semuanya bermula dengan perbualan di laman sosial Facebook seperti di bawah:




Kami telah cuba untuk menghubungi penulis posting berkenaan tetapi beliau gagal dihubungi. Beliau hanyalah seorang budak dari Kuantan yang mempunyai banyak masa untuk membuat posting yang mengarut. Saya rasa budak Kuantan ini keliru dengan kejadian pelajar Malaysia dirogol di London.


2. Pelajar Kebuluran.



Tidak ada seorang pun pelajar yang kebuluran. Memang banyak kedai ditutup tetapi ada kedai yang dibuka terutama sewaktu tempoh larangan berkurung (curfew) ditarik balik iaitu dari 8 pagi - 4 petang. Kebanyakan yang keluar membeli makanan adalah tuan rumah berbangsa Egypt sendiri atau pelajar lelaki atau dihantar oleh Kedutaan Malaysia.


3. Penjenayah Kelauar Dari Penjara. 



Kebanyakan pesalah yang terlepas dari penjara adalah pesalah politik atau "political prisoners" dan bukannya penjenayah berat seperti membunuh dan sebagainya. Kebanyakan daripada mereka adalah terdiri daripada jemaah Muslim Brotherhood.



4. Rompakan.



Semua pelajar Malaysia telah diarah berkumpul di Kaherah. Di Kaherah, mereka tinggal di rumah rasmi Kerajaan Malaysia, rumah kakitangan Malaysia yang ada di sana, Malaysian Hall dan keluarga Egypt. Setiap rumah ada dalam 40 - 45 orang. Mereka diletakkan beramai-ramai supaya keselamatan lebih terjamin. Setakat ini belum  ada pelajar-pelajar kita buat aduan dirompak. Namun kita tidak nafikan ada jiran-jiran mereka berbangsa Arab yang dirompak. Ini disebabkan mereka sesama mereka bergaduh seperti Hamas-Fatah.


Kejadian ini berlaku disebabkan ada anasir yang tidak bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan palsu yang menyebabkan keluarga pelajar yang kebanyakan orang-orang PAS menjadi panik dan menyalahkan Kerajaan. Ini menyebabkan Kementerian dihujani dengan panggilan dari keluarga yang bimbang. Talian yang tidak stabil di Kaherah tidak dapat digunakan secara optimum untuk kemaskini pergerakan pelajar-pelajar kita di sana, sebaliknya dibebani dengan panggilan dari ibubapa. 
Menurut Puan Fatimah Zuhri, apa yang dipaparkan media seolah-olah Kaherah berada di neraka sebaliknya menurut beliau kenyataannya pelajar-pelajar kita dalam keadaan selamat kerana semuanya mengikut peraturan dan tidak keluar pada masa waktu larangan (curfew).

Soalan bodoh dari pembangkang, kenapa tidak dihantar kapalterbang ke sana dan bawa peajar Malaysia balik. Cakap senanglah. Agak-agak berapa banyak kapal terbang yang diperlukan untuk membawa 11,000 pelajar Malaysia pulang? Perjalanan balik memerlukan masa 22 jam. Kalau 11,000 orang, mahunya kena bawa 22 kapal terbang B777 yang boleh memuatkan 500 orang maksimum untuk satu penerbangan dan MAS hanya ada 4 biji sahaja model itu untuk laluan ke Eropah.

Sementara Kerajaan menguruskan untuk membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia melalui kapal TLDM yang berpengkalan di Teluk Aiden, DS Najib memberi jaminan akan membawa semua pelajar kita yang berjumlah 11,000 orang ke Jeddah, tinggal di Kompleks Tabung Haji sebelum dibawa pulang secara berperingkat-peringkat. Berita terbaru yang kami terima Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Datuk Thajudeen Wahab berkata, 3 pesawat C-130 TUDM akan berlepas ke Mesir tengahari ini untuk membawa makanan dan akan memindahkan pelajar-pelajar kita ke Jeddah. Marilah sama-sama kita mendoakan keselamatan mereka dan jangan kelam kabutkan lagi keadaan dengan menyebar berita palsu dan fitnah. Semoga pelajar-pelajar kita selamat pulang ke Tanahair dengan selamat. InsyaAllah.


3 Responses

  1. d_tieah says:

    Pinjam jugak ek..
    Yelah, sudah tersebar fitnah dalam entry sebelum ini pasal pelajar Malaysia dirogol..

  2. hurm..jangan menampakkan bahawa anda pro kerajaan dalam perkara ini. atau anda hanya akan mendapat umpat keji dan bukannya menyedarkan mereka....

    sekian...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.