Ops Piramid : Pelajar Malaysia di Mesir selamat tiba di tanahair

on Monday, February 7, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 3 Comments








Akhirnya kumpulan pertama 778 orang warga Malaysia yang dibawa pulang dari Mesir melalui Ops Piramid, selamat tiba di tanah air hari inid KLIA

Rakyat Malaysia itu termasuk penuntut di Mesir, menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia dari Jeddah.  . Lebih menarik ketibaan kumpulan itu disambut   Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.Seramai 459 orang adalah penumpang MAS manakala 319 lagi penumpang AirAsia.

Perdana Menteri berkata, kerajaan akan melakukan apa sahaja untuk membawa pulang rakyat Malaysia di Mesir, berikutan keadaan yang tidak menentu di negara berkenaan.

"Kerajaan mengambil keputusan dalam apa jua keadaan, kita akan melancarkan misi menyelamatkan pelajar-pelajar dan warga Malaysia.

”...dan misi ini sebagai misi untuk kepentingan negara. Tidak ada pertimbangan politik sama sekali... tidak kira pertimbangan ideologi, asalkan mereka ini warga Malaysia, mereka mesti diselamatkan dengan kadar yang segera,” katanya.

Semua pelajar yang dapat pulang ini berterima kasih tidak terhingga kepada PM dan kerajaan Malaysia yang sanggup membawa mereka pulang selamat ke tanah air . Pelbagai rintangan dan halangan terpaksa ditempuhi kerajaan bagi membawa mereka pulang bukan sahaja masalah di Mesir tetapi juga fitnah  juak2 pembangkang di negara ini yang cuba sabotaj Ops Piramid  .  Sehinggakan ada yang menyebarkan fitnah bahawa kos penerbangan dari Jeddah ke KL  ditanggung sendiri pelajar .

Terima kasih PM & Kerajaan Malaysia ... Rakyat Didahulukan !


 Terima Kasih PM ...gambar ini pasti membuatkan puak2 PAS bengang sekali  ...haha




3 Responses

  1. Pakteh says:

    hehehe..
    pakteh baca "PM KASI, TERIMA"
    Jika dibaca dgn betul..."PM KASIH TERIMA" tak kisah terbalik pun...
    tapi sinisnya...begitulah adat pembangkang..
    apa PM kasi...depa terima...tapi tang sokong...tetap pangkah PR
    hehe

  2. Hahn says:

    Kalau kerajaan PAS macam macam penyelewengan akan berlaku atau lebih kurang Indon lah.

    Penerbangan pertama dari Mesir oleh Indon di penuhi anak dan isteri pekerja kedutaan. Turun tangga kapalterbang terus tutup muka takut orang kenal.

    Itu dia demokrasi yang Anuwar dan PAS suka.

  3. Anonymous says:

    saya hanya ingin berkongsi pandangan dgn pejuang bangsa tentang..Pembelian oleh Kementerian Pertahanan sekali lagi menarik perhatian apabila dikatakan bersedia membayar RM6 bilion bagi mendapatkan enam kapal tentera laut, 870 peratus lebih mahal daripada bayaran negara lain untuk kapal yang sama.

    Menurut ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, pembelian kapal peronda pesisir pantai OPVs oleh Tentera Laut Diraja New Zealand tahun lepas hanya bernilai NZ$90 juta (RM210 juta) setiap satu. - mkini..what say u..

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps