Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor didakwa menyalahgunakan wang rakyat apabila membiayai penginapan kira-kira 500 perwakilan pada Kongres PKR tahun lalu yang kesemuanya berjumlah RM80,500.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar ketika mendedahkan perkara itu berkata, ia dikeluarkan oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) bagi membayar tempahan 100 bilik di sebuah hotel di sini ketika kongres tersebut diadakan.
“Kita ada bukti, invois dan resit bagi membuktikan kerajaan pakatan pembangkang di Selangor telah menyalahgunakan wang rakyat bagi membiayai aktiviti politik mereka.
“Dulu mereka tuduh Barisan Nasional (BN) salah guna wang rakyat dan kuasa tetapi hari ini apabila mereka memerintah, mereka lebih berani buat secara terang-terangan iaitu salah guna duit rakyat untuk kegiatan politik mereka,” katanya.
Noh berkata, Pemuda BN akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat berhubung salah guna wang rakyat oleh MBI.
Beliau berkata, jumlah wang yang digunakan oleh MBI itu tidak penting, sebaliknya yang lebih mustahak adalah siasatan mengenai perbuatan menggunakan wang rakyat.
Komen PB
Ini lah merakyatkan ekonomi rakyat negeri Selangor ala PKR ... warlord2 PKR pun syok dapat faedah juga bila diperkenal slogan ini kerana dapat duduk hotel free bila kongres PKR ..hahaha ...depa kedarah duit rakyat Selangor tak pa .tetapi kalau bina jejantas sampai RM 10 juta itu tak boleh ...
Patut la depa tak suka SUK Datuk Khusrin ini kerana takut rahsia mereka songlap duit rakyat Selangor untuk aktviti PKR akan pecah ..haha





