Live dari Cairo : Blogger Pro BN laporkan kumpulan pertama sedia berlepas ke Jeddah

on Friday, February 4, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


 
Syabas dan tahniah kepada usaha kerajaan Malaysia.

Ketua Delegasi, Senator Yb Dato Seri Haji Jamil Khir Baharom yang turun padang bersama sama dengan Presiden Kelab Putera 1 Malaysia berjaya melancarkan lagi proses membawa pulang pelajar pelajar Malaysia.


Keadaan di Cairo International Airport walaupun agak sesak dengan ratusan anak anak kita diperantauan, insya allah segala galanya akan dilaksanakan dengan baik.


Penghargaan juga kepada Datuk Kamaruddin dari Air Asia yang sama sama bersusah payah menyelesaikan banyak masalah landing permission dengan kerajaan Mesir. Tidak lupa juga kepada Datuk Ismee yang menyediakan penginapan pelajar pelajar yang sedang dibawa ke Jeddah...

Blogmaster mohon disampaikan berita kepada rakyat Malaysia terutamanya ibu bapa keluarga pelajar pelajar disini jangan risau kerana janji Datuk Azeez dalam ucapannya tadi, 

"kami akan pastikan semua pelajar dibawa pulang, tidak ada seorang pun akan tinggal... Kami tidak akan pulang selagi masih pelajar yang tidak dapat dibawa pulang..

" Ini sejajar dengan arahan YAB Perdana Menteri mahu MISI Khas ini berjaya dilaksanakan tanpa sebarang gangguan!

Talian internet agak sukar, Blogmaster kemaskini dengan meminjam broadband Etisalat Egypt... KLIK DI SINI SELANJUTNYA


One Response

  1. blogger pun diajak pergi, tanda kepentingan blogger makin dirasai.

    harap berita terkini dapat dibaca oleh rakyat.

    jgn ada berita palsu masuk minda hingga mereka marah tanpa sebab kepada kerajaan.

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps