Dalam keadaan semua jentera sudah digerakkan oleh kerajaan untuk memindahkan segera lebih 11,000 pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir...pihak pembangkang pula kini sibuk ‘mencari nama’ dan membuat dakwaan-dakwaan ‘pakai air liur’ saja untuk mencetuskan kemarahan.
Agendadaily menerima sebilangan SMS dan panggilan dari pembaca yang mempersoalkan sikap ini sedangkan pada waktu yang kalut begini semua patut bersatu mendokong misi yang rumit ini.
Ini bukan satu misi di negara sendiri sebaliknya di rantau orang yang perlu melalui berbagai-bagai peraturan dan kebenaran lebih-lebih lagi dalam keadaan di Mesir yang sistem pentabirannya hampir lumpuh akibat demonstrasi raksaksa anti Presiden Hosni Mubarak.
Untuk membuat orang marah, Harakahdaily.net misalnya melaporkan dakwaan dalam keadaan kalut di Kaherah,para pegawai kedutaan asyik sibuk melayan Timbalan Menteri Luar Kohilan Pillay yang dihantar kerajaan untuk mengatur persiapan misi menyelamatkan pelajar dan rakyat Malaysia di sana.
Ia memetik kononnya seorang bapa pelajar yang menghubungi Harakahdaily marah dengan sikap para pegawai Malaysia di Mesir sekarang ini.
Dakwanya"dari sumber di Kaherah melalui telefon yang sekejap dapat sekejap terputus, dimaklumkan oleh anak saya di Kaherah bahawa pegawai-pegawai dari MKN dan Konsul Jeneral di Jeddah yang tiba pagi tadi sibuk melayan Kohillan Pillay dan siap mengarahkan kakitangan kedutaan pergi mencari makanan masakan Malaysia seperti Nasi Lemak, Beehoon goreng dan sebagainya.
"Mereka berkumpul di rumah duta datang untuk makan masakan Malaysia BUKAN DENGAN TUJUAN MEMBANTU MASALAH PELAJAR MALAYSIA yang sudah kehabisan makanan, tidak tentu tempat tinggal dan dalam keadaan terancam keselamatan.”
Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ali pula misalnya dipetik seolah beliaulah ‘dewa penyelamat’ yang mengadakan pertemuan dengan Wisma Putra Rabu untuk mendesak misi penyelamat disegerakan.
Katanya tiga kapal terbang Tentera Udara akan berlepas ke Mesir membawa keperluan harian seperti makanan dan membawa pelajar yang berada di Mesir ke Jeddah untuk ditempatkan sementara di Bangunan Tabung Haji.
Sedangkan pada awal pagi Rabu lagi berita mengenai pesawat pengangkut C-130 akan berlepas sudah tersebar di media manakala pada lewat malam Selasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib sudah membuat pengumuman kerajaan bawa balik semua pelajar dari Mesir guna kapal TLDM, MAS dan AirAsia.
Sementara itu dalam pertemuan sebilangan ibubapa pelajar Mesir,laman Malaysiakini memetik Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia Ahmad Syukri Abdul Razab memberi gambaran yang buruk mengenai misi penyelamat yang akan dijalankan.
Antaranya mendakwa kononnya ada pilih kasih di mana para pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam dan Majlis Amanah Rakyat akan dihantar pulang terlebih dahulu.
Ia juga melaporkan ada keluarga yang mendakwa kononnya kerajaan terlalu ambil berat pasal pilihanraya kecil Tenang baru-baru ini hingga tidak fikirkan nasib para pelajar di Mesir.
Malah ada keluarga yang buat saranan minta komando Malaysia masuk ke Mesir untuk iring pelajar keluar.
Salah seorang pembaca kata semua mereka yang ada anak dan saudara di sana bimbang tetapi janganlah buat saranan tidak masuk akal sampai suruh komando Malaysia masuk Mesir begitu.
“Ini bukan soal nak pergi membeli belah...ini soal nak masuk negara orang.Bolehkah tentera negara lain masuk Malaysia begitu saja. Adakah masuk akal cakap begitu,”katanya.
Katanya semua orang yang waras tahu sesuatu misi untuk keluarkan lebih 11,000 orang dari sebuah negara luar yang dalam krisis bukan sesuatu yang boleh dibuat sekelip mata.Ia memerlukan perancangan yang teliti.
Misalnya soal mendapat hak pendaratan pesawat TUDM atau MAS atau untuk kapal TLDM berlabuh,pengangkutan pelajar dan macam-macam lagi.
“Pesawat atau kapal tidak boleh merempuh begitu saja....cakap memang senang,”katanya.
Katanya lojistik untuk mengumpul dan mengatur para pelajar Malaysia yang bertaburan merata tempat juga amat rumit dalam keadaan yang kelam kabut ini.
Seorang pembaca lain kata kalau nak cari nama pun carilah isu lain dan bukan sesuatu isu di negara orang yang di luar kawalan kerajaan.
“Ini krisis di Mesir bukan di Permatang Pauh atau di Marang...kerajaan sudah gerakkan usaha...apa lagi nak bising. Kapal terbang TUDM pun sudah berlepas...kapal TLDM di Teluk Eden pun sudah berlayar,” katanya.
Pembaca ini yang mempunyai seorang saudara yang berlajar di Kaherah berkata sepatutnya semuanya bersyukur misi penyelamat sudah digerakkan.
Katanya dakwaan sesetengah pihak kerajaan agak lambat bertindak adalah sesuatu hal yang subjektif.
Ini katanya kerajaan perlu membuat penilian yang teliti mengenai situasi di sana.
Dia bertanya apa jadi misalnya dalam masa beberapa hari lagi tiba-tiba keadaan di Mesir reda.
“Bayangkan beribu yang balik tu...bukan semuanya orang berada. Ada yang pulang bersama keluarga.Tentu susah mereka nak bayar tambang penerbangan balik ke Mesir nanti.”
Dalam pada itu pengajian mereka tersangkut dan berbagai-bagai masalah sampingan yang mungkin tidak terfikir lagi.Katanya mungkin atas sebab ini kerajaan perlu teliti.
Seorang pembaca lain yang geram kata pembangkang tak usah nak cakap banyaklah.
“Orang sedang bersusah payah nak bantu dan selesaikan masalah mereka pula cuba memekak...saya sendiri tak nampak apa-apa usaha pembangkang untuk membantu kecuali cakap kosong,” katanya.
Dia berkata lagi urusan untuk pindah lebih 11,000 orang bukan satu kerja ‘makan angin’.
“Kalau nak bawa 100 orang melancong...itu kerja mudah...ini nak pindah beribu orang dalam keadaan krisis...cakap perlu guna akal,jangan main sedap mulut,” ujarnya.- 2/2/2011
sumber : agenda daily ...














Selama 20 tahun memerintah kelate isu air masih belum settle,teringin nak tunjuk pandai pula.kalu setakat jadi kuli batak Dapig baik tak payah.Ini bukan pentas ceramah politaik boleh lah cakap pandai pakai modal air lior seje.harapkan serban yang besar otak kosong macam simbol bulan kosong.kosong mcm tin kosong.
sedih
sedih dpt pembangkang mcm ni
tak membina langsung!
awal la dalam kes-kes kecemasan mcm ni pun masih nak berpolitik lagi barua-barua hoi... hampa semua ni terutama puak puak pas ni sungguh haram jadah. hampa tak ada kerja lain ka, semua nak berpolitik.
hairan, rakyat mesir tu buat demo, sebab nak halau rakyat Msia ke nak suruh si hosni berambus?
hmmm...
Harakahdaily.net misalnya melaporkan dakwaan dalam keadaan kalut di Kaherah,para pegawai kedutaan asyik sibuk melayan Timbalan Menteri Luar Kohilan Pillay BLA..BLA..BLA..
BIASA LE, HARAKAH KAN AKHBAR FITNAH, ORG TENGAH SUSAH BUKAN NAK MEMBANTU SEBALIKNYA MENGUSUTKAN LAGI ADA.
KALAU DAH TIMB MENTERI PEGI KAN KENA BERI TAKLIMAT TERKINI. SAPE YG KENA BERI, TENTULAH PIHAK KEDUTAAN. TENTANG PELAJAR TAJAAN JPA DAN MARA TU TENTULAH PIHAK KEDUTAAN KENA BANCI PELAJAR TAJAAN TERSEBUT. MANA TAHU ADA YANG HILANG KERANA PEMERGIAN MEREKA KE MESIR ADALAH TAJAAN KERAJAAN. YANG SUSAH NAK CARI TENTULAH PELAJAR YANG PERGI SENDIRI.
TENTANG MAKAN MINUM TIMB MENTERI TU TAK USAHLE DIJADIKAN MODAL DAKYAH.TAKKAN PELAJAR YANG DATANG KE KEDUTAAN TAK DIBERI MAKAN MINUM. KORANG BAYANGKAN LE BERAPA LAMA PERJALANAN YANG DIAMBIL DARI MALAYSIA KE MESIR? TAKKAN TAK LAPAR?
SATU LAGI DALAM KES PENGERUSI SODOMIZE MAHASISWA MALAYSIA NI..DIA SEPATUTNYA MEMBANTU PIHAK KEDUTAAN UTK MEMUDAHKAN URUSAN PEMINDAHAN (DIULANG: PEMINDAHAN BUKAN BAWA PULANG)DAN BUKAN MEMERHATI PERGERAKAN KEDUTAAN SHJ. KALU TENGOK ATTITUDE LEBIH KURANG MACAM PEMIMPIN PARTI HIJAU KAHAK JE. KEPADA PEMIMPIN PAS YANG ASYIK MAKAN ANGIN KAT MESIR MASA AMAN DULU KNP TAK TURUN PADANG UTK MEMBANTU SEKARANG..TAKUT MATI KUT?
KPD PENGERUSI PELAJAR TADI APA KATA SDR SUKARELA UTK DIPINDAHKAN DALAM TRIP TERAKHIR. ADA BERANI??????? MEMANG DASAR BANGSAT TAK BOLEH DITOLONG..DAH NAK TOLONG PUN TAK RETI BERTERIMA KASIH..POLITIK GAMPANG!!!!!!!!
...bekas pelajar...
Tak payah antar komando, lambat. Hantar unit amal pas lagi baik. Kan ke dia orang ni terlatih dalam bidang provokasi, menyamar, sabotaj poster BN dan mengawal lalu lintas. Setakat demostrator seramai tu, kacang je....
setuju Anonymous 12:33. Hang kelakar dan hebat pulang paku buah keras.