Semakin rancak nampaknya puak2 pakatan menuding jari kepada BN sebagai orang ketiga yang mencetuskan kontroversi Hari Kekasih . Pemuda PAS pada mulanya dulu ingin buat kawalan malam ketika hari kekasih , tetapi dibantah DAP dan geng Erdogan PAS .
Bagi sembunyikan masalah percintaan antara mereka dalam Pakatan , semuanya menuduh BN sebagai orang ketiga. Sebelum itu yang tuduh BN adalah Sam Boroi AMK dan kini Ketua kerajaan regim di PP iaitu Guan Eng pulak yang dakwa kontroversi sambutan Hari Kekasih adalah mainan politik BN .
Adakah Guan Eng yang diangkat Khalifah oleh puak2 PAS menyokong sambutan Hari Kekasih jika dirujuk kenyataan di bawah ini ?
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa kontroversi sambutan Hari Kekasih baru-baru ini adalah mainan politik Barisan Nasional (BN) yang mahu menimbulkan kebencian antara kaum dan agama negara ini.Beliau berkata tindakan melabelkan ajaran Kristian sebagai “tradisi berdosa” adalah satu tuduhan tidak bertanggungjawab dan biadap.
“Jelas sekali ada pihak tertentu yang cuba mencari populariti di kalangan umat Islam dengan menjalankan kempen anti-Hari Kekasih seakan-akan satu kempen menyelamatkan Islam daripada dosa-dosa yang diamalkan di kalangan bukan Islam.
“Jelas sekali, ini adalah suatu permainan politik BN dengan taktik talam dua muka untuk menimbulkan kebencian di kalangan kaum dan agama masing-masing,”KLIK DI SINI
Nampak seperti Guan Eng tidak bersetuju kempen anti Hari Kekasih yang dijalankan oleh JAKIM bagi membendung gejala maksiat dikalangan remaja Islam . Pihak tertentu yang dimaksudkan tentu lah JAKIM dan dituduhnya cuba cari populariti .
Woi Guan Eng , apa hak lu nak masuk campur hal berkaitan penguatkuasaan terhadap umat Islam ? Lu tidak layak pertikaikan kempen murni ini yang hanya kepada umat Islam ..
Malah TPM TS Muhyidin sudah maklumkan pun dalam akhbar bahawa hanya umat Islam tidak sesuai meraikan hari berkenaan .
Woi Guan Eng , apa hak lu nak masuk campur hal berkaitan penguatkuasaan terhadap umat Islam ? Lu tidak layak pertikaikan kempen murni ini yang hanya kepada umat Islam ..
Malah TPM TS Muhyidin sudah maklumkan pun dalam akhbar bahawa hanya umat Islam tidak sesuai meraikan hari berkenaan .
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Hari Kekasih adalah keraian yang mempunyai kaitan dengan agama Kristian yang memiliki sejarahnya tersendiri dan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah pun membuat penjelasan sewajarnya.
‘‘Mungkin untuk agama lain, ia sesuai tetapi bagi Islam, ia tidak bersesuaian. Saya harap ini dapat difahami oleh semua kerana ini bukanlah perkara baru.
‘‘Penjelasan telah dibuat oleh Jakim. Namun begitu, kalau agama lain sudah biasa mengamalkan (meraikan), itu hak mereka. Kristian atau kaum lain hendak rai, itu hak mereka.
‘‘Kepada umat Islam pula, kita beri nasihat dan ia tidak sesuai (diraikan),’’ katanya.
Jadi di sini kempen oleh JAKIM tidak ada kena mengena pun dengan bukan Islam & penganut Kristian . Apa kejadahnya pulak Guan Eng dok meroyan tuduh BN dok mainkan isu ini dan pertikaikan kempen anti Hari Kekasih oleh JAKIM ?
Adakah puak2 kopiah putih PAS setuju dan menyokong kenyataan khalifah kesayangan anda ini ?














Ar Rayah World News
Mungkinkah Mesir Pembentukan Pertama, Kekhalifahan Kedua
http://ibnuyassir.blogspot.com/2011/02/mungkinkah-mesir-pembentukan-pertama.html