Kempen Anti Hari Valentine , Syabas Jamil Khir !

on Saturday, February 12, 2011 by Pejuang Bangsa
 - No Comments





Syabas kepada Jamil Khir yang mengorak langkah menjelang hari Valentine menerusi  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melancarkan Kempen Awasi Jerat Hari Valentine untuk mengajak umat Islam terutamanya golongan remaja supaya tidak meraikan sambutan Hari Kekasih itu Isnin ini.

Pembangkang seperti AMK PKR bukan main lagi menuduh UMNO -BN hipokrit dalam isu hari Valentine ini . Sekarang terbukti kerajaan BN menerusi Majlis Fatwa buka sahaja mengharamkan meraikan hari kekasih ini , malah akan buat kempen lagi kepada remaja2 .

Pemuda PAS pulak terpaksa berdepan halangan & kemarahan daripada DAP dan geng2 Erdogan seperti Khalid Samad .. Sekarang sapa yang lebih ada kuasa untu  tegakkan syiar Islam & melindungan umat Islam daripada gejala sosial ini ?

 Program itu diadakan ini  untuk menyebarkan dakwah dengan meluas mengenai sambutan itu yang bertentangan dengan ajaran Islam.Kempen ini juga akan digerakkan bersama Stesen televisyen melalui pengisian program yang bersesuaian supaya dapat memberi pemahaman yang lebih  jelas kepada umat Islam .PB melihat kaedah melalui  kempen menyedarkan remaja2 Islam  mengenai hari valentine ini lebih baik selain dapat berdakwah .

 Syabas JAKIM &  Jamil Khir !


Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps