Jentera Penerangan UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau akan dilancarkan di Dewan Masyarakat Air Merbau, Merlimau, Sabtu ini.
Ketua Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan berkata, ia sebagai persediaan awal membantu UMNO negeri dan UMNO Bahagian Jasin memastikan Barisan Nasional (BN) dapat mempertahankan kerusi DUN Merlimau pada pilihan raya kecil 6 Mac ini.
Menurutnya, jentera penerangan itu akan digerakkan di setiap peringkat untuk turun padang dan menjelaskan kepada rakyat berhubung isu-isu yang dibangkitkan oleh pembangkang.
"Jentera kita akan disertai oleh penceramah, penulis dan bloggers yang akan menjawab setiap isu seperti kenaikan harga barangan dan beberapa isu nasional.
"Penceramah termasuk mereka yang terlibat akan dibekalkan dengan segala maklumat terkini yang mampu menjawab sebarang isu yang cuba dibangkitkan oleh pembangkang kepada penduduk di Merlimau," katanya.












Elok la tu. Ni skg pun dah dgr khabar2 angin yg mengatakan harga RON95 akan naik. PR mesti nak ambik kesempatan dlm hal ni.