Pages

Wednesday, February 23, 2011

Skuad Olimpik Malaysia menang 2 - 0 ke atas Pakistan


Syabas kepada skuad Olimpik Malaysia yang berjaya membenam cabaran Pakistan 2 - 0  dalam perlawanan Pra Kelayakan Olimpik London 2012 .   Gol skuad muda negara ini dijaringkan oleh
Wan Zaharul Nizam & Mohd Irfan Fazail yang mana mereka dari pasukan Harimau Muda A .

2 gol  yang dijaringkan  pasukan kita merupakan gol cukup cantik terutama gol pertama rembatan kencang dari luar kotak penalti . Malaysia juga sepatutnya memanfaatkan peluang menjaringkan lebih banyak gol selepas seorang pemain Pakistan dilayangkan kad merah kerana menenfang penjaga gol Apek .

Harap Ong Kim Swee dapat menajamkan lagi penyudah di barisan serangan  terutama penyerang Ahmad Fakri Saraani & Ahmad Shakir Ali yang nampak kurang menyerlah pada perlawanan itu .

Syabas & tahniah skuad negara  .. teruskan perjuangan  ..  Malaysia Boleh !




Thursday, February 17, 2011

DAP memang ancaman besar kepada umat Islam !



PERUBAHAN demi perubahan dibuat oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP. Selepas tidak mempedulikan rayuan peniaga-peniaga Melayu yang premis perniagaan mereka dirobohkan, kini Ketua Menterinya Lim Guan Eng mengumumkan penubuhan portfolio baru untuk hal-ehwal bukan Islam semalam.

Portfolio tersebut akan dipengerusikan oleh ketua menteri sendiri. Bermakna Guan Eng yang menjadi Exconya, manakala Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P Ramasamy dilantik timbalan pengerusi portfolio tersebut. Cadangan penubuhannya telah dibawa oleh Dr. Ramasamy dalam mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri dan diluluskan minggu lalu.

Pengumuman itu pula diumumkan semalam iaitu selepas sehari umat Islam menyambut Maulidur Rasul.

Bagi Guan Eng, penubuhan portfolio tersebut sebagai tanda sambutan Minggu Harmoni Antara Agama Dunia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu ini.

Katanya lagi, ia mencerminkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap mempromosi keharmonian dan kefahaman antara agama.

Portfolio baru itu akan bertanggungjawab ke atas perkara-perkara membabitkan agama-agama Buddha, Taoisme, Kristian, Sikh dan Hindu.

Pada teorinya nampak 'cantik' tetapi dari sudut pelaksanaannya mungkin terdapat banyak tanda tanya! Mungkin ada agenda tersirat daripada apa yang tersurat.

Adakah ia benar-benar dapat menjadi sebagai satu pendekatan keharmonian di kalangan masyarakat berbilang agama, bangsa dan budaya di negeri ini?


Atau ia sebagai alat yang boleh disalah guna untuk menggugat kedudukan agama rasmi negara kita iaitu Islam.

Langkah ini boleh menimbulkan kontroversi sebagai mana yang berlaku tentangan umat Islam terhadap Suruhanjaya Antara Agama beberapa tahun lalu.

Jelas kini, DAP yang baru mempunyai kuasa peringkat negeri sudah menunjukkan belang. Bayangkan jika ia dapat berkuasa memerintah Malaysia. Kita amat bimbang dengan status agama Islam negara ini pada masa depan.

Mungkin bagi masyarakat bukan Islam, mereka menyambut gembira penubuhan portfolio itu. Tetapi umat Islam akan mulai rasa bimbang akan wujud pelbagai tuntutan di kalangan penganut agama lain.


KLIK DI SINI SELANJUTNYA

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidul Rasul 1432 ......



SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUL RASUL 1432

PB ingat lagi  di zaman kanak-kanak semasa sekolah agama rakyat dulu , menyertai perarakan sempena  Maulidul Rasul  ini sambil berselawat kepada nabi . Semoga umat Islam di negara dapat  menghayati sejarah kehidupan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang meletakkan kepentingan  perpaduan ummah  di kalangan manusia sebagai asas utama . Wassalam .

Saturday, February 5, 2011

Mubarak dakwa dikhianati Barat , kesian PAS kena kencing direct oleh Yahudi & AS ,

PAS hari ini bukan main syok betul berdemo ...selain di KL , di bawah ini adalah sebahagian gambar penyokong2 bangang PAS menyokong gerakan rakyat Mesir mendesak Hosni Mubarak letak jawatan.

menariknya di sini puak-puak kopiah putih PAS menuduh Mubarak adalah proksi kepada Yahudi & AS . Lihat la gambar2 banner mereka yang cantik betul dibuat ... tetapi sayang depa ini tak tau apa pun situasi sebenar  konflik di negara Firaun itu .


negara Tunis ?? Kat mana tu woii puak2 PAS ..tak ada dalam peta pun


Konflik di Mesir ini PB lihat didalangi oleh oleh negara Barat  melalui campur tangan mereka dalam peralihan kuasa di negara itu .  Itu yang Mubarak dakwa Barat telah mengkhianati negara Mesir ..


Parti Demokratik Nasional (NDP) Mesir, yang diketuai Presiden Hosni Mubarak, mendakwa Barat yang diletakkan kepercayaan selama ini telah mengkhianati negara itu, antara sekutu rapat Amerika Syarikat (AS).

Hosni, 82, kini berhadapan dengan kebangkitan rakyat yang masuk hari ke-11 hari ini dan juga tekanan pentadbiran Obama dan beberapa negara lain supaya berundur segera.

Beribu-ribu penunjuk perasaan anti-Hosni sedang berhimpun di Dataran Tahrir di sini pada perhimpunan yang dikenali sebagai “Jumaat, Hari Berundur”.Dalam temu bual dengan BBC sebentar tadi, Setiausaha NDP Dr. Mohamed Kamal berkata, kuasa Barat telah mengkhianati negara 80 juta penduduk itu.

“Ya, Barat telah mengkhianati Mesir,” kata beliau dalam temu bual bersama BBC hari ini menjawab soalan tekanan yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin Barat supaya meletakkan jawatan dengan segera.


Persoalannya , jika betul Mubarak adalah proksi AS & Barat ... mengapa beliau dakwa dikhianati ? Adakah AS & Israel sebagai dalang semua gerakan ini untuk menjatuhkan Mubarak ?

Jadi di sini ... jika AS & Israel terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Mubarak ini , bermakna  parti PAS yang menyokong gerakan rakyat  menjatuhkan Mubarak itu bersekongkol la  bersama Yahudi & AS.

Nasihat aku kepada puak2 kopiah putih PAS ...kalau tak tahu apa yang berlaku di Mesir ,,jangan dok buat pandai !

Friday, February 4, 2011

Kerajaan UMNO/BN nak buat solat Hajat doakan keselamatan , PAS pulak mahu demo !




Kerajaan UMNO /BN sentiasa prihatin dengan nasib yang dialami rakyat Malaysia di Mesir . Walaupun telah dihantar misi menyelamat ribuan rakyat kita di sana , semalam  kerajaan menyeru pulak diadakan solat Hajat memohon keselamatan pelajar & rakyat Malaysia di sana .

Bukan seperti PAS yang sibuk hendak ajak rakyat berdemo saja & menyalak sana sini salahkan kerajaan .  Kerajaan BN tidak pernah memilih bulu seperti PAS  dalam menyelamatkan rakyat kita di sana . Tidak kira la pelajar itu anak PAS, anak PKR ka .. semua kita selamatkan kerana mereka rakyat Malaysia .


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meminta masjid di seluruh negara supaya mengadakan solat hajat pada malam ini dan selepas solat Jumaat esok untuk mendoakan keselamatan para pelajar dan rakyat Malaysia lainnya di Mesir.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, ia juga diharap dapat membantu meredakan konflik yang sedang berlaku di negara itu.

Rakyat Mesir kini bangun memberontak supaya Presiden, Hosni Mubarak meletak jawatan.

"Kita berharap lebih 11,000 penuntut Malaysia di Mesir selamat serta ketegangan di Mesir akan berakhir dengan aman,” katanya. - Bernama