YB DAP rasis tengking kenyataan perkauman kepada peniaga nasi kandar

on Wednesday, January 5, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 6 Comments


"Tutup kedai, balik India,"


itulah ungkapan berunsur perkauman yang didakwa diluahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik kepada pengusaha Restoran Nasi Kandar Mohamad Aliyar, Syed Kassali Mohamed Aliyar, semasa operasi penyitaan di premisnya malam kelmarin.

Menurut Syed Kassali, 42, perkataan yang diluahkan Setiausaha DAP itu bukan sahaja menyakitkan hati serta mengguris perasaannya tetapi hati seluruh kaum India Muslim di negara ini.

"Dia boleh nafikan, tetapi semuanya terbukti melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang ada dipasang di restoran ini.

"Bukan itu sahaja, rakaman tindakan kasarnya terhadap saya dan pekerja di sini semuanya ada dalam simpanan kami," katanya di sini hari ini.

Tengah malam kelmarin, restoran tersebut kecoh apabila kakitangan MPPP merampas kerusi, meja, televisyen serta peralatan lain yang terdapat di dalam premis tersebut.

Sebelum restoran berkenaan didatangi penguat kuasa, berlaku satu kemalangan berhampiran restorannya itu pada kira-kira pukul 10.10 malam melibatkan dua kereta.

Sebuah kereta yang dipandu seorang wanita tua telah merempuh sebuah kereta lain yang dinaiki sepasang suami isteri dan kemudiannya mengheret kereta itu masuk sehingga ke kawasan kaki lima restorannya.

Bagaimanapun, tiada pelanggan yang cedera dalam kejadian itu, namun televisyen milik restoran pecah akibat rempuhan tersebut.

Selepas itu, Wei Aik datang bersama beberapa yang lain ke restoran berkenaan dan mengarahkan penguat kuasa MPPP datang mengangkut barang-barang.

Menceritakan semula kejadian itu, Syed Kassali mendakwa, pada malam kejadian, Wei Aik bertindak kasar seperti samseng apabila tanpa memperkenalkan diri terus bertindak meluru masuk ke restorannya dan 'mengepak' tangan seorang pekerjanya.

"Saya tidak mengenalinya. Dia datang meluru dan terus memanggil penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) untuk merampas barang-barang milik restoran. Dia juga datang menerpa ke arah seorang pekerja saya, menarik rokok dan mengepak tangannya.

"Inikah perangai sebagai seorang wakil rakyat," katanya.





Komen PB

Dulu semasa panas isu2 perkauman seperti cikgu sekolah di Johor , bekas Pegawai Khas PM Datuk Nasir Safar serta Pengarah BTN KL , puak2 ultra kiasu inilah hero ketika itu yang kononnya mereka anti perkauman.

Tetapi hari ini Allah telah tunjukkan kepada umat Islam kebenaran sikap sebenar pemimpin ultra kiasu DAP ini terhadap rakyat . " Tutup kedai , balik India " merupakan kata-kata yang tak sepatutnya keluar dari seorang YB yang datang dengan angkuh & sombong kerana mereka mempunyai kuasa .

Mana pergi pemimpin2 Melayu Pakatan lain di Pulau Pinang seperti Mansor , Malik Itik , Yusni Md Piah , Mujahid , Salleh Man , Yusmadi & Amir Ghazali ? Adakah mereka ini berani tegur YB DAP yang juga orang kanan diktator Guan Eng .







6 Responses

  1. Anonymous says:

    padan muka mamak india nie...........sesekali kena ajar jugak ..kdg2 sombong terlampau..dah la pengotor...cuba tgk dapur dia dgn toilet..tapi tak tahu mandram pa tah org ramai bagai nak peta minum kat situuu....mkn kedai mamak dh tinggal dlm kenangan sebab ternampak mamak tebar roti sambil buang tahi ayam kat telur and sambung tebar roti..patut la sodappppppppppppppppp

  2. Anonymous says:

    pemimpin melayu pakatan tu dah kena ilmu angguk2 geleng2 ikut buntut LGe and the geng. Kalau LEGe kata makan taik depa pun makan taik. PAS Penang tolak tepi depa tu dah mati kutu bisu dari awal 2009 lagi, ni puak PKR laaa semua keldai.

  3. Anonymous says:

    Syed Kassali saman trus Ng Wei Aik yg sgt2 kurang ajar tu..bukti kn dh ada katany.jgn tunggu lama,punca rezeki halal tu sapa nk tolong ganti.ahli2 politik pun x mampu nk sara hidup syed kassali n famili..
    org Cina bebas menjaja d tepi2 jalan d beberapa tmpt d pulau pinang,makin hari makin untung..
    tapi peniaga restoran makin susah.walhal punca kemalangan drpd org lain..tak guna punya DAP n PKR.

  4. Melayu ni, Mansor , Malik Itik , Yusni Md Piah , Mujahid , Salleh Man , Yusmadi & Amir Ghazali dah kena beli, teloq depa tersimpan dalam muzium sebagai bahan pra-sejarah untuk cu, cicit akan datang........tu baru ada akai....dulu kedai nasi kandar nilah yang kuat sangat sokoang dan sponsor kempen/ceramah DAP......

  5. Dah lama kita tahu DAP ini sememangnya raja rasis. Sayangnya ada rakyat yang bencikan isu perkauman menutup mata terhadap kerasisan DAP.

  6. Anonymous says:

    dulu beria2 nk kn PR...skrg apa jd..tu blum lg perintah malaysia ..satu pengajaran kpd orang2 yg cuba nk tukar kerajaan mcm tukar baju..nk t5ry la konon..padan muka..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps