“Kita bersedia hilang sokongan supaya kita boleh pelihara alam sekitar,”
Begitu lah ayat populis yang selalu terbit & keluar dari mulut Guan Eng . Mulai 1 Jan 2011 , orang ramai perlu membawa beg sendiri ketika membeli belah di Pulau Pinang berikutan pelaksanaan kempen “Setiap Hari Tanpa Beg Plastik Percuma” . Ia akan dilaksanakan pada 3 hari dalam seminggu iaitu Isnin , Selasa dan Rabu .
Pelaksanaan ini melibatkan semua pasar raya besar, pasar raya, farmasi, restoran makanan segera, rangkaian nasi kandar dan kedai serbaneka (termasuk kiosk stesen minyak).
Malah wang hasil kutipan 20 sen daripada pembelian beg plastik oleh pengguna telah berjaya kumpul RM174,280 dan wang berkenaan akan disalurkan ke Rakan Anti Kemiskinan .
Selepas ini kalau nak pi beli nasi kandar atau air minuman bungkus tak dapat beg plastik la nampaknya. Kena bawa tupperware untuk beli nasi serta botol air untuk beli air .
Rasa seperti tak berapa kena la pelaksanaan ini dilakukan di restoran makanan seperti nasi kandar dan ia lebih sesuai di pasar raya besar , kedai sebanika dan sebagainya . Apapun kita kena ikut lah arahan Khalifah Guan Eng ini kerana negeri ini dia berkuasa. Kalau kedai tak ikut arahan ini lesen tak boleh renew pulak .





