Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani berkata, kenyataan beliau yang sedemikian boleh dianggap sebagai cuba memberi amaran kepada Sultan Selangor dan cuba mempengaruhi rakyat untuk membenci baginda.
Laporan Bernama hari ini menyebut tujuh lagi laporan polis dibuat berhubung kenyataan Shuhaimi yang dianggap menghina Sultan Selangor dalam laman blognya.
Tiga laporan dibuat oleh Pemuda Umno, MCA dan MIC Bahagian Kota Raja, sementara empat lagi daripada badan bukan kerajaan, Persatuan Bugis Selangor, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) cawangan Klang, Gabungan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS) serta Pusat Komuniti Andalas.
Dalam laporan itu, Shuhaimi menerusi laman blog http://srimuda.blogspot.com didakwa memberi gambaran Sultan Sharafuddin bertindak sewenang-wenangnya tanpa mengambilkira amalan perlembagaan ketika memperkenankan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru.klik di sini





