Dulu mereka sering mengutuk kepada kerajaan BN kerana membiarkan konsert-konsert hiburan yang melalaikan di ketika menyambut tahun baru . Hari ini bila Pemuda UMNO Kelantan persoal mengenai penganjuran ini oleh kerajaan negeri , mereka marah tuduh Pemuda UMNO jahil dalam soal haram dan halal hiburan .
Bantahan terhadap konsert wali band oleh pemuda UMNO Kelantan menunjukan kejahilan mereka dalam soal halal haram hiburan. Islam tidak menolak hiburan, tetapi islam juga tidak menerima hiburan bulat-bulat.
Dalam Islam kita pilih bentuk hiburan yang sihat dan imej yang positif. Ini berbeza dengan apa yang dilakukan di Peringkat kepimpinan Umno-BN yang mana hiburan haram bagi mereka adalah hiburan yang tiada permit dan tidak ikut garis panduan mereka.klik di sini
Dalam akhbar hari ini , Kerajaan Pas Kelantan disifatkan sebagai 'hangat- hangat tahi ayam' kerana mengamalkan dasar yang berubah-ubah semata- mata untuk mencapai kepentingan politik.
Inikah hiburan ala Islam anjuran PAS ?
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ia jelas apabila Kerajaan Pas Kelantan merestui tindakan badan bukan kerajaan (NGO) menganjurkan konsert Wali Band ketika malam tahun baru di Stadium Sultan Mohamed IV yang turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob.
Beliau berkata, rakyat negeri ini harus sedar dan melihat secara mendalam perubahan dasar yang dilakukan oleh parti itu sejak memerintah negeri pada 1990.
"Ini menunjukkan dasar yang tidak konsisten oleh kerajaan negeri. Satu masa dahulu konsert haram 100 peratus, lepas itu dilonggarkan, lepas itu longgar terus, hari ini 'paip' dibuka seluas-luasnya, hari itu tidak boleh percampuran lelaki dan perempuan, tidak boleh buka baju, tidak boleh tunjuk gelagat yang keterlaluan, sekarang ini semua sudah dihalalkan.
"Jadi ini kita panggil 'hangat-hangat tahi ayam' dan kalau kita laksanakan hukum Islam tidak boleh hangat tahi ayam. Kita rasa ini satu dasar yang tidak konsisten, kita rasa amat dukacita dan ini berlaku di Kelantan yang mendakwa dia Islam dan lebih Islam daripada mana-mana dalam dunia ini,"
Biarpun terikat dengan Enakmen Kawalan Hiburan 1998, aksi melampau seperti penonton membuka baju dan bercampur lelaki serta perempuan walaupun telah ditetapkan tempat duduk mengikut jantina, jelas kelihatan.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, apa yang berlaku hari ini, jelas menunjukkan ia telah terkeluar daripada perjuangan asal Pas untuk menegakkan Islam.
"Apabila Pas memerintah pada 1990 banyak janji yang dibuat kepada rakyat Kelantan bukan saja hudud tetapi juga mengenai pergaulan lelaki dan perempuan, panggung wayang dan aurat tetapi hari ini penguatkuasaan cukup relaks," katanya.
"Nampak dasar baru begitu terbuka dan ini tidak selari dengan apa yang diperjuangkan oleh Pas ketika berkuasa pada tahun 1990 yang nampak begitu ketat tetapi sekarang sudah longgar, paip sudah dibuka selua-luasnya maka ini adalah kerajaan yang tidak konsisten dari segi dasarnya," katanya.






