Projek terbaru bakal halau kampung Melayu di Pulau Pinang

on Thursday, January 6, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Nasib rakyat marhaen di perkampungan Melayu di negeri PP hendak diusir daripada tanah mereka nampaknya terus berleluasa di bawah pemerintahan diktator DAP , Guan Eng .

Jika sebelum ini, tindakan pemaju menghalau penduduk kampung Melayu lebih tertumpu di kawasan pulau seperti di Kampung Pokok Assam, Jelutong dan sekitar Balik Pulau, kini ia mula menular di Seberang Perai. Lepas ini negeri Pulau Pinang sudah tiada lagi kampung2 kerana semuanya akan dibina kondo mewah ratusan ribu ringgit yang hanya mampu diduduki penyokong ultra kiasu .

Terbaru, lebih 100 penduduk membabitkan 30 rumah di Kampung Bagan Dalam iaitu perkampungan Melayu di tengah-tengah bandar ini, turut menjadi mangsa apabila diarah berpindah oleh pemilik tanah yang dipercayai syarikat pemaju. Untuk makluman , kampung ini terletak di dalam Parlimen Bagan iaitu dikuasai Guan Eng .

Difahamkan, sebahagian besar kawasan perkampungan Melayu itu yang berusia lebih 60 tahun akan dibangunkan sebagai pusat komersial termasuk pelaksanaan projek kediaman mewah.

Lagi satu projek kerajaan berjiwa rakyat CAT yang akan menghalau orang Melayu dari kampung mereka . Kerajaan negeri confirm dah akan cakap mereka tidak boleh buat apa-apa sepertimana terjadi di Kg Buah Pala & Kg Jalan Pokok Assam .



Pengerusi Jawatankuasa Bertindak kampung tersebut, Datuk Zainul Abidin Che Din berkata, setakat ini tujuh pemilik rumah di kawasan berkenaan sudah menerima notis pengosongan manakala selebihnya dijangka menerima arahan sama tidak lama lagi.

Bagaimanapun, katanya, selepas perbincangan diadakan bersama beberapa penduduk yang diwakili oleh seorang peguam dengan pihak pemaju, tempoh pengosongan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

"Melalui penelitian kami, terdapat usaha memindahkan penduduk terutama Melayu di kawasan ini sedikit demi sedikit dan kita bimbang jika ia berterusan, kampung yang berusia lebih 60 tahun ini akhirnya akan lenyap.

"Kita percaya, apa juga jenis perumahan yang mungkin dibina di kawasan ini tidak akan mampu dibeli oleh orang Melayu di sini yang rata-ratanya bukan orang senang," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zainul Abidin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Persekutuan (JKKKP) kampung itu berkata, buat masa ini, pihaknya tidak mempunyai banyak pilihan selain berunding dengan pihak pemaju supaya memberi pampasan paling munasabah kepada penduduk terlibat.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya turut mencadangkan kerajaan Pusat supaya membeli saki-baki tanah milik orang Melayu di kawasan tersebut bagi memastikan perkampungan Melayu di situ terus wujud.

"Salah satu cadangan yang boleh dilaksanakan adalah kerajaan membeli tanah berkenaan dan mendirikan rumah kos rendah bagi membolehkan orang Melayu di kawasan tersebut memiliki rumah sendiri dengan harga yang berpatutan," tambahnya.

Zainul Abidin berkata, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dalam masa terdekat untuk membincangkan nasib penduduk kampung tersebut yang diarah berpindah.


One Response

  1. Pilih lagi DAPigs...

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps