Pasti ramai terkejut dengan kenyataan dalam portal rasis Malaysiakini bahawa Kontraktor Melayu PP mohon maaf kepada Guan Eng . Harus diingat Guan Eng sudah banyak kali melakukan siri pembohongannya kepada rakyat PP secara terang-terang menggunakan media terutama media alternatif.
di bawa ini adalah kenyataan MalaysiaKini :-

Lim (tengah), yang mengadakan sidang akhbar tergempar di Komtar hari ini berkata, Mohammed Fadzill memohon maaf di atas kenyataan-kenyataan yang sebahagian besar dibuat dalam akhbar Melayu.
"Kenyataanya yang sebahagian besarnya dalam akhbar Melayu menyerang saya dan kerajaan negeri...," katanya sambil menegaskan bahawa mereka mahu menyelesaikan perkara itu dan memulakan hubungan baru.
"Jadi Fadzill telah menarik kenyataanya dan memohon maaf, kita menerimanya ... ini satu perkembangan yang baik," tambahnya.
Beliau merujuk kepada serangan terbaru Mohamed Fadzil yang mendakwa bulan lalu bahawa masyarakat Melayu hanya diberikan projek yang tidak signifikan nilainya.
Tetapi sebenarnya ianya adalah putar belit oleh Guan Eng kepada kenyataan Presidennya Datuk Fadzil Hassan yang menghadiri satu perjumpaan dengan kerajaan negeri di Komtar .
Pasti ramai orang bila membaca kenyataan Malaysiakini ini akan fikir Persatuan Kontraktor Melayu PP ini sudah dibeli dengan projek sehingga menarik balik kenyataanya dan memohon maaf. Sebenarnya persatuan kontraktor telah diperangkap oleh DAP yang terkenal dengan putar belit dan bohong mereka .
Rakan blogger Penang , Dr Novandri mempunyai butiran lebih lanjut mengenai isu ini
Perjumpaan yang pada mulanya atas dasar gentleman di antara Lim Guan Eng, KM Pulau Pinang dan AJK Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang telah berakhir dengan kenyatan Lim Guan Eng DAP yang didakwa memutarbelitkan 'maaf yang dihulurkan' oleh Datuk Mohamed Fadzil Hassan, Pengerusi Kontraktor Melayu Pulau Pinang!
Merujuk kepada sumber penulis yang berada di dalam bilik mesyuarat tersebut, Mohamed Fadzil ada menyebut maaf tetapi bukan di atas kenyataan-kenyataan beliau mengenai isu-isu mengenai ketidakadilan Lim Guan Eng yang diketengahkan oleh beliau di dalam suratkhabar.
Tetapi Mohamed Fadzil hanya meminta maaf di atas kekasaran bahasa yang beliau mungkin lontarkan terhadap Lim Guan Eng. Itu sahaja!
Tetapi Mohamed Fadzil hanya meminta maaf di atas kekasaran bahasa yang beliau mungkin lontarkan terhadap Lim Guan Eng. Itu sahaja!
Penulis terkejut dengan kenyataan sumber tersebut. Jika benar, ianya ternyata bercanggah dengan laporan berita serta kenyataan akhbar yang diberi oleh Lim Guan Eng yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP.
Malah difahamkan bahawa sebelum boleh berjumpa, Lim Guan Eng telah meminta Jawatankuasa Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang untuk membuat satu kenyataan bertulis meminta maaf kepada beliau berserta tandatangan oleh Pengerusi Persatuan tersebut!

Tetapi AJK Persatuan tersebut enggan berbuat demikian.
Nampaknya, Lim Guan Eng sekali lagi telah mencipta kontroversi. Dan kali ini, Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang yang menjadi mangsa!
Nampaknya, Lim Guan Eng sekali lagi telah mencipta kontroversi. Dan kali ini, Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang yang menjadi mangsa!
Dan penulis menjangkakan Lim Guan Eng akan menjaja insiden 'minta maaf daripada Kontraktor Melayu' ke seluruh pelusuk negeri Pulau Pinang dan juga negara!
Beliau mungkin akan mendabik dada dengan mengatakan bahawa selama ini beliau telah difitnah teruk oleh suratkhabar Melayu dan UMNO. Dan sebagai bukti, beliau akan mengatakan, "kontraktor Melayu Pulau Pinang pun sudah minta maaf sama saya" !

Lihat lah bagaimana putar belit perkataan " maaf " itu oleh Datuk Fadzil itu telah berjaya digunakan semaksimum oleh Guan Eng untuk kepentingan politik DAP .
DAP telah berjaya perangkap kontraktor Melayu PP dengan senang sekali hasil kebijaksanaan tipu muslihat mereka sepertimana Francis Light tipu Sultan Kedah dulu ketika merampas PP .

http://www.youtube.com/watch?v=xpTGfne3uIY
Bodohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.......................