Ini lah sikap sebenar seorang YB DAP rasis & kurang ajar !
Semalam tauke kedai Nasi kandar Mohamad Aliyar , Syed Kassali Mohamad Aliyar hari ini membuat laporan polis mendakwa Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga YB Adun Komtar , Ng Wei Aik yang mengasarinya dan menyita peralatan di gerainya tanpa sebarang notis malam .
Bercakap kepada pemberita, Syed Kassali mendakwa tindakan Ng yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar dan kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang menyita peralatan di gerainya pada pukul 11 malam semalam itu sebagai tidak berperikemanusiaan.Beliau mendakwa beberapa pekerjanya turut dihamburkan dengan kata-kata berunsur perkauman. KLIK DI SINI
Isu ini sebenarnya start dengan kemalangan melibatkan dua kereta dan sebuah motosikal berhampiran restoran nasi kandar itu sehingga terlanggar rak televisyennya sebelum berlaku pertengkaran kira-kira jam 10.30 malam.
Selepas itu , keadaan menjadi kecoh apabila kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang CAT (MPPP) yang datang ala gestapo bertindak menyita kerusi dan meja miliknya selepas kemalangan itu. Mereka datang dengan dua buah lori datang dan terus merampas berpuluh- puluh kerusi dan meja makan yang diletakkan di luar premisnya kira-kira jam 11 malam. Kira overtime la keja malam tu ....
Yang celakanya , kehadiran orang kanan Guan Eng , YB DAP Ng Wei Aik serta Ahli Majlis MPPP memburukkan lagi keadaan . Mereka lagi gengster arah terus kerusi dan meja dalam kedai turut diangkut walaupun orang ramai pelanggannya tengah dok makan nasi .
" Barang-barang yang diletak di luar premis mereka boleh ambil. Tetapi mengapa kerusi, meja dan televisyen dalam restoran pun turut dirampas? Saya merayu supaya perkara ini dibincangkan terlebih dahulu, namun permintaan saya tidak diendahkan,” katanya.
“Saya dan pekerja merayu kepadanya supaya berbincang dan menghentikan operasi berkenaan namun gagal apabila kami turut ditolak.Tindakan itu benar-benar tidak adil. Dia kata mahu menegakkan undang-undang tapi perbuatan yang dilakukannya bertentangan dengan apa yang dikatakan,” katanya. klik di sini
Tu dia ... punya lah diktator dan zalim sungguh kerajaan berjiwa rakyat negeri Pulau Pinang ini. Sampai rakyat merayu pun mereka tolak . Mungkin tauke nasi kandar ini mamak sokong UMNO kot , itu yang depa tak pandang rayuannya . Lepas tu kena maki lagi dengan kata-kata berunsur perkauman ! Memang musibat punya DAP ..
Nampaknya gelaran BODOH ,DAYUS & LEMBIK bukan sahaja untuk kelompok kontraktor UMNO , mungkin juga untuk peniaga mamak nasi kandar yang sokong UMNO sekali . Hal ini kerana Ng Wei dakwa gerai mamak ini tak ada lesen . Betoi ka ?
Sementara itu, Ng pada sidang media berkata gerai nasi kandar itu didapati beroperasi tanpa lesen sejak Mei tahun lepas dan pernah diberikan notis sebanyak empat kali.
Selain itu , alasan lain oleh YB DAP ini meja dan kerusi kedai berkenaan menggangu jalan raya dan tindakannya mengikut Seksyen 46, Akta Jalan, Parit dan Bangunan .
Kerana kemalangan 2 buah kereta yang 100 meter jaraknya hingga terseret kedai berkenaan , terus disita dan diangkut serta merta. Hebat kerajaan berjiwa rakyat ini ! Tetapi gerai-gerai peniaga Cina di Jalan Perak ,Jalan Burmah , terus dibiarkan berniaga . Lihat lah di bawah bagaimana peniaga Cina di New Lane dilayan first class oleh DAP. KLIK DI SINI
Inilah sikap dan perangai puak-puak rasis dan ultra kiasu ini bila berkuasa. Angkuh, rakus dan zalim bila berkuasa !
Dulu gerai peniaga Melayu saja diganggu , kini nampaknya mamak nasi kandar pun dah kena penangan kerajaan DAP ini .






