Kerana Datuk Khusrin , Pakatan terdesak pinda perlembagaan negeri

on Monday, January 3, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini menjelaskan dalam sidang medianya akan mengadakan sidang dewan undangan negeri tergempar bagi meminda perlembagaan negeri bagi membolehkan mereka melantik setiausaha kerajaan negeri, penasihat kewangan dan penasihat undang-undang.

Keputusan itu diambil setelah perjumpaan Khalid dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Mestika, Shah Alam, hari ini di mana baginda bertitah beliau tidak mempunyai kuasa untuk menerima ataupun menolak perlantikkan yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.




Punya la bengong sebuah kerajaan negeri sehinggakan perlantikan SUK negeri pun kecoh hingga nak mengadakan sidang DUN tergempar untuk pinda perlembagaan negeri . Kerana isu SUK ini juga lah YB penderhaka Si Suhaimi Shafie kurang ajar dan biadap kepada Sultan Selangor .

Ini lah akibat memilih kerajaan yang berpolitik saja sepanjang masa hingga menyusahkan semua orang . Cuma yang pelik la mengapa MB Selangor tidak meminda perlembagaan negeri semasa mula-mula memegang kuasa pada 2008 ?

Dalam portal rasis Malaysiakini bukan main lagi letak tajuk kembalikan kuasa Sultan . Tetapi mengapa baru sekarang hendak pinda perlembagaan negeri ?

Adakah disebabkan yang menduduki jawatan itu adalah Datuk Khusrin Munawi iaitu pegawai tinggi kerajaan yang paling dibenci oleh kerajaan pakatan ? atau kerajaan Pakatan Rakyat ada agenda dan takut segala rahsia penyelewengan mereka terdedah jika Khusrin dilantik menjadi SUK Selangor.



Video di bawah menjelas punca mengapa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor pertikai perlantikan SUK Datuk Khusrin .






3 Responses

  1. pemerhati says:

    uish..takkan nak pinda perlembagaan negeri..dlm kes ni saya harap sultan slangor ambil tindakan dgn guna kuasa veto utk menyekat membina undang2 negeri..wah cam ni kalid buat negeri dia mcm bapak dia punya!

  2. Hahn says:

    Last sampai kat sultan untuk pengesahan. Sultan akan bertindak sekiranya ia membawa keburukan kepada negeri.

  3. Anonymous says:

    Nizar celaka penderhaka Sultan Perak, Suhaimi Safie penderhaka Sultan Selangor. Nak kembalikan kuasa sultan pulak? Kah Kah Kah , cakap tak serupa bikin, piraahhh, boleh blah.

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps