Gempar ! Tuduhan palsu & pengakuan saksi isu rogol amah

on Friday, January 7, 2011 by Pejuang Bangsa
 - No Comments


oleh : pisau.net

Sebelum ini hanya timbul dakwaan seorang menteri kabinet dibawah pentadbiran Ds Najib terlibat dengan dakwaan merogol tanpa menyebut siapakah yang terlibat.Malah dokumen yang didedahkan telah menghitamkan nama VVIP tersebut.


Selepas 13 hari sehingga nama Ds Rais Yatim disebut sebagai VVIP yang terlibat barulah timbulnya desakan supaya disiasat malahan CheguBard telah membuat satu laporan polis.


Isu ini menjadikan juak haprak pakatan meroyan bagaikan kera dapat bunga.Dituduhnya dengan pelbagai dakwaan hinggakan ada yang mendedahkan kononnya gambar mangsa rogol.


Pisau bersama rakan rakan blogger berkesempatan bertemu Datuk Seri Rais Yatim untuk mendapatkan penjelasan mengenai dakwaan beliau telah merogol pembantu rumah 4 tahun yang lalu selepas beliau sendiri bersedia disiasat oleh pihak berkuasa.


Ds Rais Yatim dan Datin Maznah dengan baik memberi kerjasama kepada blogger dengan menjawap pelbagai soalan hingga turut menjemput kerumah agar dapat berjumpa dengan saksi yang pernah berkerja bersama Robengah .


Sebenarnya fitnah ini sudah tersebar sejak 2007 lagi,ketika itu YB Husam Musa sendiri "mengetahui"kes tersebut dan beliau dikhabarkan bertemu Robengah. Tetapi yang menjadi persoalan mengapa ketika PRU12 dan semasa pemilihan Umno perkara ini tidak berbangkit?Mengapa sejak 2007 hingga sekarang blogger PAS tidak membangkitkan isu ini jika bukti sudah ada ditangan YB Husam? Sudah pasti Husam mengetahui ia adalah satu dakwaan palsu.


Agak menarik apabila Tun Abdullah dan bekas AGP Musa Hassan dikatakan menyorokkan kes ini sedangkan kedua dua mereka tidak tahu menahu wujudnya tuduhan terhadap Ds Rais Yatim sepertimana yang dilaporkan didalam dokumen oleh MigrantCARE yang didalangi oleh Alex Ong dan Tenaganita yang diketuai oleh Irene Fernendez orang kuat PKR.


Dakwaan kononnya Tun Abdullah dan bekas AGP Musa Hassan menyorokkan isu ini ternyata palsu,sedangkan Husam Musa sendiri mengetahui dakwaan tersebut sejak 2007,mengapa tidak didedahkan?


Menurut Ds Maznah adalah tidak mungkin beliau sanggup bersekongkol bersama suaminya untuk menyembunyikan isu ini jika benar benar berlaku.


1.Selain daripada Robengah ada 3 orang lagi amah yang berkongsi satu bilik dan mereka tidak pernah diasingkan atau pun diarahkan tidor diluar daripada bilik tersebut.Salah seorang daripadanya masih berkerja dan menjadi saksi(Sumiyati) bahawa perkara ini hanyalah fitnah semata mata.(video akan didedahkan)


2. Robengah bekerja 10 tahun dirumah Ds Rais Yatim,banyak pertolongan diberikan kepada keluarga Robengah ,dakwaan kononnya Robengah hanya menerima gaji RM300 sebulan adalah palsu sebaliknya beliau menerima gaji RM650 sebulan.


3. Robengah pulang ke Indonesia pada Februari 2007 tetapi laporan hanya dibuat pada Julai 2007 selepas 5 bulan .


4. Ds Rais menafikan sekeras kerasnya dakwaan fitnah tersebut dan mahu pihak berkuasa menyiasat dan membersihkan namanya.



Gambar palsu yang didakwa sebagai Robengah yang didedahkan oleh haprak pakatan.

Sumiyati menunjukkan gambar Robengah yang bekerja bersamanya

Gambar ini diambil semasa mereka berdua baru bekerja di rumah Ds Rais Yatim pada 1999

Jika laporan di buat pada 2007,mengapa pihak kerajaan Indonesia tidak membuat dakwaan terhadap Ds Rais Yatim yang berulang alik ke Indonesia pada 2008 semasa menjadi Menteri Luar. Agak menarik kerajaan Indonesia sendiri tidak menerima apa apa laporan mengenai kejadian rogol seperti yang didakwa NGO pro pakatan tersebut.


MigrantCare dan Tenaganita harus menjawap dakwaan yang serius ini.Apakah niat disebalik laporan ini?Mengapa laporan oleh MigrantCare tidak disertakan gambar "mangsa" ?Mengapa tidak membuat laporan kepada pihak polis Malaysia dan Indonesia jika perkara ini benar benar berlaku?


Kesahihan kononnya "ADIK" mangsa tidak diketahui sejauh manakah kebenaran dakwaan tersebut,siapakah sebenar yang kononnya didakwa sebagai adik kepada mangsa?wujudkah si polan yang dikatakan adik kepada mangsa rogol?


Kesemua dakwaan ini hanyalah skrip permainan pembangkang yang tidak ubah sepertimana dakwaan Ds Anwar disuntik Arsenik dan seperti mana yang dilakukan kononnya Ds Rosmah berada ditempat kejadian pembunuhan Altantuya sedangkan ketika itu beliau berada diprogram anak yatim.


Yang menjadi persoalan mengapa ada pihak lebih berminat mendesak siasatan hanya kepada Ds Rais Yatim dan tidak pula mendesak agar satu siasatan terhadap YB PAS yang dituduh berzina Adun Selinsing yang semua orang tahu ada saksi membuat pengakuan dikhalayak malah hingga diserang dan diugut bunuh.


Ds Rais bersedia disiasat pada bila bila masa mengenai dakwaan fitnah terhadapnya. Menteri veteran ini berasakan apa yang perlu ditakutkan jika tidak membuat apa apa kesalahan berbanding Adun Selinsing yang berdolak dalik sehingga sekarang langsung tidak berani membuat laporan polis jika beliau difitnah.



Video di bawah ini mendedahkan penafian kononnya berlaku kejadian rogol oleh rakan sekerja Robengah,pembantu rumah yang berkhidmat di rumah Ds Rais Yatim.





Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps