Archive for 2010-12-26

default

KAFA mahu pajak stadium Kelantan , tanda kegagalan kerajaan negeri

on Saturday, January 1, 2011 by Pejuang Bangsa
 - No Comments





Semalam Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) telah menawarkan untuk memajak Stadium Sultan Muhamed IV daripada kerajaan negeri untuk tempoh 30 tahun dengan nilai RM10 juta.

Stadium kebanggaan negeri Wali PAS itu terlalu daif sangat dan tidak setanding dengan pasukan Kelantan yang kini telah muncul antara pasukan paling disegani dalam bola sepak Malaysia .

Menurutnya TS Anuar Musa pajakan tersebut bukan bertujuan mengambil alih sepenuhnya pengurusan stadium, sebaliknya hanya untuk menaikkan imej bola sepak Kelantan dan negara.

"Jika kerajaan negeri melalui Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) bersetuju, KAFA akan membayar dengan jumlah tersebut. Dalam tempoh itu, stadium ini akan berubah wajah daripada apa yang ada sekarang," katanya selepas Mesyuarat Agung Ke-56 KAFA di sini, semalam.



Annuar, yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberitahu, sebelum ini KAFA pernah meminta agar Perbadanan Stadium bertindak segera menaik taraf kemudahan stadium berkenaan yang sudah uzur, jika tidak FAM boleh mengambil tindakan untuk tidak membenarkan sebarang kejohanan peringkat kebangsaan seperti Liga Malaysia diadakan.

Beliau berkata, surat tunjuk minat telah pun dihantar kepada perbadanan berkenaan untuk dipertimbangkan.

"Perbadanan telah pun membalas surat berkenaan yang meminta KAFA memperincikan beberapa perkara lagi, bagi dipertimbangkan di peringkat yang lebih tinggi. "Beberapa pihak telah menyatakan persetujuan untuk menjadi rakan kongsi KAFA bagi membantu menaik taraf stadium itu jika kerajaan negeri bersetuju untuk memajaknya," ujarnya.


Syabas kepada TS Anuar Musa dan KAFA yang lebih memandang ke hadapan untuk pembangunan bola sepak di Kelantan . Lebih elok KAFA sendiri menguruskan stadium berkenaan jika perbadanan stadium Kelantan di bawah kerajaan negeri sudah tak mampu lagi menaiktaraf stadium berkenaan.

Tak guna memiliki pasukan yang hebat kalau stadium uzur dan daif sehingga penyokong pun tak selesa bila ke menonton perlawanan bola sepak .



** Stadium pun uzur , Menter Besar pun uzur juga .. elok ditukar sahaja baru.

default

Blogger PAS gelarkan blogger UMNO adalah anak luar nikah !

by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Juak-juak penjilat PAS semakin meroyan dan gila bilamana blogger mesra kerajaan mendedahkan satu persatu kemunafikan , pembohongan , fitnah PAS , PKR dan DAP . Akibat tidak tahan ini semua , sehari sebelum sambut tahun baru 2011 , mereka gelarkan semua blogger UMNO adalah ANAK LUAR NIKAH ! klik di sini


"Kemungkinan mereka yang terlibat membuat fitnah ini adalah golongan ANAK HARAM yang ibubapa mereka berzina sebelum kahwin. Tidak ketentuan ibu-bapa, apatah lagi hendak menentukan mereka ini dari keturunan yang baik-baik.

Amalan Islam jauh dari kehidupan mereka. Kehidupan mereka seperti 'binatang'.Mungkin mereka yang terlbat ini tidak tahu mengucap dua kalimah syahdat. Negara ini akan hancur apabila golongan ini membesar dan hidup dalam masyarakat Malaysia yang mengamalkan budaya Melayu-Islam"



Menuduh seseorang itu sebagai anak luar nikah dan juga mempertikaikan amalannya sebagai umat Islam adalah satu fitnah yang amat berat dan amat berdosa jika tak disertakan bukti-bukti yang kukuh.Memang mulut blogger PAS ini sudah tahap gampang kerana Tok Guru nya beri green light maki hamun orang .

Inikah akhlak seorang penyokong taksub PAS yang selalu mendendangkan bahawa mereka lebih Islam dari semua umat Islam lain di negara ini ?

Inikah sikap seorang penyokong taksub PAS yang selalu cakap orang Pas semuanya pi masjid dan penyokong kerajaan tak pernah ke masjid ?


PB merupakan blogger yang menyokong kerajaan kerana melihat kerajaan yang sedia ada ini sudah mentadbir Malaysia sejak 50 tahun dengan baik , stabil dan mendapat pujian dari negara luar .

Jika mangkuk blogger PAS ini menuduh seluruh blogger UMNO adalah anak luar nikah & jelmaan syaitan , PB anggap satu tuduhan fitnah cukup kurang ajar dan biadab hingga sanggup mengaitkan nama ibubapa blogger UMNO sebagai pasangan yang berzina sebelum kahwin !

Kalau nak berperang dalam politik , kita berperang secara politik bukannya cara keji seperti ini hingga persoalkan status hubungan ibubapa orang . Adakah blogger PAS yang menulis artikel itu tahu hubungan ibu bapa itu sebelum mereka kahwin ??

PB ingat dia pun belum lahir lagi dan cakap macam dirinya tahu semua benda. Bukti pulak langsung tak ada dan hanya suka fitnah sahaja . Inilah blogger taksub Pas yang dikatakan blogger yang menulis diatas kebenaran dan berdasarkan perjuangan Islam.

Memang dasar penjilat tegar PAS dan kaki fitnah , mengata orang semuanya ini menjadi makanan harian mereka. Bangsat !!

default

Pelakon drama Adamaya , Faizal Yusof meninggal dunia

by Pejuang Bangsa
 - No Comments


Al Fatihah ... bekas suami kepada penyanyi Siti Nordiana, Faizal Yusof yang telah disahkan meninggal dunia pada hari ini 1 Jan 2011 jam 2.30 petang . Punca kematian dikatakan daripada sakit jantung.Allahyarham meninggal di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur dan meninggalkan seorang anak berusia dua tahun, Mohamad Rayyan Nakhaie..

Faizal yang dikenali dalam drama TV menerusi dengan watak Dani menerusi drama Adamaya. Semoga allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. PB mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham .

default

Rocky Beruk perosak blogger bertopengkan blogger mesra kerajaan

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



AKU PEDULI APA KAU SIAPA!!!
TAPI KALAU NAK MENULIS SEKADAR NAK CARI KEPENTINGAN DIRI, BAIK KAU BERAMBUSSSSSS.... ORG MACAM KAU TAK LAYAK DUDUK BERSAMA PEJUANG!!
KEPADA KERAJAAN, CUKUPLAH DI TIPU OLEH MEREKA YG PERNAH HENTAM KERAJAAN!!!
TUIH!!! KAU ADA TAK UNTUNG, KAU TIADA TAK RUGI!!!

(Ahirudin Attan) Prominent Blogger (Rocky's Bru),Editor of The Malay Mail, President of the National Press Club and President of the National Alliance of Bloggers

Biography:
Ahirudin bin Attan, also known as Rocky Bru, is a Malaysian blogger, journalist, and editor. He has served as editor of several New Straits Times Press (NSTP) publications, including the Business Times, The Malay Mail and The Sunday Mail. Rocky's journalistic career began with the Business Times in 1985, after graduating from Institut Teknologi MARA (now Universiti Teknologi MARA). He later served as the group's London correspondent and furthered his studies in the UK taking up a course in Advanced Journalism. Ahirudin was appointed Editor of the Business Times in 1997. In 2001 he was appointed Acting Editor of The Malay Mail and then further reappointed as the Executive Editor of both the Malay Mail and Sunday Mail in 2004.

Sumber Facebook



Komen PB

Ini adalah komen penyokong pro kerajaan dalam laman facebook yang berang dengan Kepala Blogger Elite Rocky Bru @ Rocky Beruk dan gengnya terus menabur fitnah terhadap Menteri Datuk Seri Utama Rais Yatim . Fitnah oleh geng mereka ini telah merosakkan imej blogger mesra kerajaan dan tuduhan mereka ini telah dijadikan senjata blogger dan pemimpin pembangkang. Adakah Rocky sudah kalih dan menyokong perjuangan Anwar Ibrahim & Pakatan ??


Tindakan geng blogger elite diketuai Rocky ini yang menabur fitnah terhadap Menteri Datuk Seri Rais Yatim yang kononnya merogoh amah jelas mempunyai agenda dan kepentingan peribadi . Dikhabarkan bahawa beliau sebelum ini pernah minta projek kepada Menteri terbabit tetapi tidak dilayan . Jadi, mereka mula melemparkan fitnah kononnya mengaitkan anak Rais dapat kontrak jalur lebar jutaan ringgit.

Kini mereka mula siri kedua dengan menabur fintah rogol amah terhadap Rais . Kalau betul Rocky Bru ini ada bukti skandal ini , sila keluarkan bukti-bukti seperti pengakuan video sepertimana video Zina Adun Selinsing . Jangan hanya cakap sahaja tanpa bukti .......

default

Tahun baru 2011 : Anggota polis cedera parah dirempuh pemabuk

by Pejuang Bangsa
 - No Comments


GEORGETOWN: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) parah selepas sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol merempuh sekatan jalan raya di Jalan Paya Terubong, menghala Balik Pulau, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata dalam kejadian kira-kira 12.30 malam itu, Koperal Amirrul Fitri Norrizat tersepit di antara dua pacuan empat roda Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diletakkan di bahu jalan akibat rempuhan itu.

Seorang penunggang motosikal berusia 20 tahun yang sedang menunggu giliran untuk diperiksa dalam sekatan itu turut dirempuh yang menyebabkannya tercampak manakala motosikalnya diheret sejauh 150 meter, katanya.

Katanya, Amirrul Fitri, 25, dari Batalion 1, PGA, Ulu Kinta, Perak parah di paha kanannya manakala penunggang motosikal terbabit hanya cedera ringan dan kini dirawat di Hospital Pulau Pinang.

Kereta yang dipandu lelaki berusia 33 tahun itu turut terbakar pada bahagian enjin bagaimanapun berjaya dipadamkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong yang tiba kira-kira lima minit kemudian, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata pemandu kereta berkenaan yang tidak cedera kini ditahan untuk siasatan kerana memandu secara melulu dan berbahaya. - BERNAMA

Komen PB

Ini lah nasib seorang anggota polis yang selalu dihina oleh pembangkang yang sentiasa menjaga keselamatan dan keamanan negara. Siapa sangka diketika rakyat Malaysia sibuk meraikan ambang tahun baru 2011 , ada insan yang bertugas dan selepas itu pulak dilanggar oleh kaki mabuk bangsat ini yang balik dari bersuka ria .

Kalau lah kereta pemabuk ini dilanggar kereta peronda polis dan beliau cedera parah , sudah tentunya polis akan diserang bermacam-macam tuduhan dan dijadikan isu politik . PB berdoa dan mengharapkan Koperal Amirul agar cepat sembuh dan pulih seperti biasa.

default

Gempar ! PAS sanggup mati demi pertahankan Karpal Singh

,
by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


PAS sudah gila ! Orang kafir seperti Pengerusi DAP Karpal Singh yang sebelum ini pernah memberi amaran 'langkah mayatnya dahulu' jika Pas mahu menubuhkan negara Islam di Malaysia , kini PAS menerusi Cikgu Wan Rahim sanggup pulak mati jika siapa cuba usik dan ganggunya .

Adakah Wan Abd Rahim ini terlampau terdesak sangat hendak bodek DAP dan Karpal ? Karpal pun sehingga hari ini tak pun menarik balik kenyataan langkah mayatnya dahulu pun dan PAS pulak dilihat terhegeh2 macam beruk nak pertahan Karpal .

Kenyataan Ahli Parlimen Kota Bharu itu dipercayai bertujuan mempertahankan Karpal yang 'diserang' pelbagai pihak, berhubung pendiriannya membela Datuk Seri Anwar Ibrahim sedangkan, Pengerusi DAP itulah yang mendedahkan kegiatan salah laku seks ketua pembangkang tersebut pada tahun 1997 di Dewan Rakyat.

"Inilah YB (Yang Berhormat) Karpal Singh...Anda selalu berkata 'langkah mayat saya dulu', anda satu-satunya tetapi sekarang saya beritahu anda, atas kesetiaan dan setia kawan pakatan, saya cabar sesiapa sahaja yang nak ambil (usik) Karpal... langkah mayat saya.

"Sesiapa sahaja, jika ada sesiapa yang cuba ambil (usik) anda, saya bagi amaran kepada mereka....Ini, Cikgu Rahim... Langkah mayat saya dulu," katanya seperti dipetik daripada laman sosial YouTube sambil diberi tepukan gemuruh oleh pemimpin pembangkang.







Lihat lah sikap sebenar pemimpin PAS sehingga sanggup mati pertahankan DAP . Adakah PAS sanggup menghalalkan apa sahaja perkara dilakukan DAP seperti mempertikai soal agama Islam dan sebagainya ? Tenyata DAP kafir harbi ini lebih diutamakan daripada perpaduan & persaudaraan sesama Islam .

default

Harimau Malaya kembali mengaum selepas 30 tahun

by Pejuang Bangsa
 - No Comments


Wira-wira skuad Harimau Malya yang layak ke Olimpik Moscow pada 1980 bergambar Sultan Ahmad Shah (tengah). Malaysia mara selepas mengalahkan Korea Selatan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Skuad negara diwakili (barisan belakang dari kiri) Ong Yu Tiang, D. Davendran, Ramli Junit, Tukamin Bahari, Peter Rajah, Zulkifle Hamzah, Abdullah Ali, S. Puspanathan (terlindung), James Wong, Soh Chin Aun, Khalid Ali, Santokh Singh, Mohammad Bakar dan Karl Weigang (jurulatih). Barisan depan (dari kiri) pula ialah Hassan Sani, Kamaruddin Abdullah, R. Arumugam, Wan Jamak Hassan, Abdah Aliff, Jamal Nasir dan Shukor Salleh.



KUALA LUMPUR - Pasti ramai tidak lupa detik-detik ketika Hassan Sani melorongkan bola kepada James Wong, yang merembat masuk gol kemenangan Malaysia 2-1 ke atas Korea Selatan pada pusingan kelayakan Sukan Olimpik di Stadium Merdeka pada 1980.

Seluruh negara melonjak gembira.Perasaan itu dirasai semula malam kelmarin, selepas 30 tahun.

Bola sepak Malaysia begitu disegani di Asia pada era 1950-an, kemudiannya ketika era legenda Mokhtar Dahari, R.Arumugam, Soh Chin-Aun dan Santokh Singh.

Selepas kemenangan gandingan James Wong-Hassan Sani, bola sepak negara mulai merudum pada 1990-an dan awal tahun 2000.

Ia tampak bangkit semula Disember tahun lepas, apabila skuad negara memenangi pingat emas Sukan SEA di Vientiane, Laos. Kejayaan memenangi Piala AFF Suzuki 2010 selepas mengalahkan Indonesia dengan agregat 4-2, mengesahkan Malaysia jaguh sebenar bola sepak Asia Tenggara.

Malah, pasukan yang sama juga mencipta kejutan apabila menewaskan Korea Selatan 1-0 tahun ini.

Pujian kepada jurulatih tempatan, K. Rajagobal, 54, yang mula menjadi jurulatih kebangsaan Bawah 23 sejak April 2009.

Skuad bimbingannya telah berjaya 'mengajak' penyokong bola sepak supaya memenuhi semula Stadium Nasional di Bukit Jalil. Buat pertama kalinya Stadium Nasional dipenuhi 85,000 penonton bola sepak semasa perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki, Ahad lepas.

Harimau Malaya kembali mengaum selepas 30 tahun ..


Tidak mustahil penyokong negara beramai-ramai mengibarkan Jalur Gemilang di Stadium Gelora Bung Karno, jika tidak wujud keraguan terhadap keselamatan di Jakarta, Rabu lepas.

Kali terakhir Stadium Nasional padat dengan kebanjiran penonton ialah ketika perlawanan persahabatan skuad kebangsaan menentang pasukan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United FC pada 18 Julai 2009.

Lebih bermakna kejayaan Malaysia kali ini apabila skuad kebangsaan terdiri daripada anak jati Malaysia.

Selepas mengambil alih jawatan jurulatih kebangsaan daripada B. Sathianathan, Rajagobal telah membuat kenyataan bahawa beliau meminta tempoh tiga tahun untuk membentuk skuad yang mampu mengembalikan keagungan bola sepak negara.

Semasa Sukan Asia 2010 di Guangzhou baru-baru ini, skuad negara yang menghadapi masalah kecederaan, turut membuat kejutan apabila berjaya melayakkan diri ke pusingan kedua meskipun terpaksa akur apabila dibelasah Iran 1-3.

Selepas beraksi di Sukan Asia, skuad Harimau Malaya, cuma berehat seminggu sebelum menyambung latihan bagi mempersiapkan diri untuk kejohanan bola sepak Piala AFF Suzuki.

Rajagobal, yang memegang lesen A Gabungan Bolasepak Asia (AFC), pernah melatih pasukan Selangor pada tahun 2000 dengan membawa pasukan tersebut menjuarai Liga Perdana Satu, separuh akhir Piala Malaysia dan Suku Akhir Piala FA.

Selain itu, beliau juga pernah membawa Kelantan sehingga peringkat separuh akhir pada musim 2001/2002 Piala Malaysia sebelum dilantik sebagai ketua jurulatih skuad bawah 21 tahun kebangsaan dari tahun 2003 hingga 2009.

Rajagobal pernah berkata, tiga aspek penting jika mahu kembali disegani di peringkat Asia Tenggara ialah pembangunan pemain peringkat akar umbi, pembangunan jurulatih dan Liga Malaysia sendiri perlu menghasilkan pemain-pemain yang berpotensi.


"Saya tahu dan seluruh rakyat tahu bahawa ia merupakan satu perkara yang tidak mudah tetapi saya akan cuba memberikan yang terbaik dan bersikap realistik," katanya selepas dilantik tahun lepas.
Beliau berkata, ketiadaan pemain import merupakan peluang terbaik bagi pemain tempatan untuk menonjolkan prestasi masing-masing.Rajagobal dikenali sebagai seorang yang peramah dan merendah diri, tetapi tetap tegas ketika berada di atas padang.

Sebagai bekas pemain kebangsaan, beliau dikenali sebagai seorang nippy striker yang pernah bermain bersama pemain legenda negara, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari lewat zaman 1970-an.

Ketika itu, beliau bermain untuk pasukan PKNS FC dalam liga semi-pro negara dari tahun 1978 hingga 1989.Kejayaan Rajagobal menyemarakkan semangat Malaysia melangkah ke tahun baru dengan lebih yakin untuk mencatat lebih banyak kejayaan.

'Terima kasih Rajagobal. Terima kasih Harimau Malaya'.

default

PSPS Pekan Baru mahu dapatkan Safee Sali

by Pejuang Bangsa
 - No Comments



Selain Nor Shahrul Idlan yang dikatakan cuba dipikat oleh Sriwijaya FC dan kelab dari Jawa Tengah , kini Penjaring Terbanyak Piala Suzuki 2010 , Safee Sali pulak cuba dipancing oleh kelab PSPS Pekan Baru dari Liga Super Indonesia .

Kelab terbabit sekarang ini menduduki tempat ke 7 dalam carta liga dan kini mencari penyerang bagi membantu kelab mereka mencabar kejuaraan liga .

Selain PSPS Pekan Baru, dikhabar kelab berpengaruh di Indonesia , Persija juga dikatakan berminat mahu mendapat Safee Sali . Pengurusan Kelab Persija akan tiba di Kuala Lumpur bagi berunding dengan Selangor FA bagi membeli Safee untuk dibawa ke kelab mereka .

PB selaku peminat bola sepak negara mahu melihat pemain negara ini beraksi dengan kelab di luar negara seperti di Indonesia ini . Sebelum ini kita hanya dengar jurulatih tempatan sahaja menjadi coach di luar negara seperti Moey Yoke Ham ( Geylang FC ) dan Irfan Bakti Abu Salim ( Arema ) , kini sudah tiba masanya pemain negara pulak bermain di sana sebagai pemain import.

default

Sriwijaya FC berminat pancing Nor Shahrul Idlan Talaha

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Kehebatan dan aksi lincah penyerang berbisa negara, Norshahrul Idlan Talaha yang twin striker kepada Safee Sali pada saingan Piala Suzuki AFF nampaknya memikat 2 kelab besar dari Liga Super Indonesia untuk mengambilnya sebagai pemain import.


Beliau mengesahkan menerima tawaran dari pasukan Sriwijaya FC yang beraksi di Liga Super Indonesia (ISL) dan sebuah lagi pasukan yang belum dapat dipastikan.

Menurutnya , ejen kedua-dua pasukan itu ada menemuinya dan menyatakan minat mendapatkan khidmatnya.

“Benar saya mendapat tawaran pasukan Sriwijaya dan sebuah lagi pasukan dari Jawa Tengah. Saya bersedia untuk keluar dari Malaysia dan beraksi untuk pasukan ini jika mereka memang serius mahu menggunakan khidmat saya,” katanya.

Ini lah peluang terbaik untuk Nor Shahrul Idlan untuk mengembangkan bakat dan kariernya di luar negara dan Liga Indonesia merupakan pentas terbaik . Corak permainan serta sambutan penyokongnya pun lebih kurang sama hebat liga bola sepak kita.

Sebelum ini bekas jurulatih Perlis , Irfan Bakti Abu Salim pernah membimbing kelab Arema FC selama satu musim di sana dan membawa kejayaan kepada kelab berkenaan . Jadi , offer daripada kelab di sana seharusnya tidak dilepaskan oleh Nor Shahrul .

default

Gempar ! Hadiah Tahun baru 2011 untuk DAP dari Nik Aziz

,
on Friday, December 31, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 5 Comments


Seperti yang dijangka oleh semua blogger pro kerajaan , perangai kurang ajar & biadab wakil rakyat DAP dari Serdang memakai pakaian ketat sambil bersenamrobik di kawasan masjid akan dipertahankan oleh wali teragung PAS , Nick Ajis .

Sebelum ini pernah wali teragung PAS ini backup isu Teo Nie Ching yang bertazkirah di dalam sebuah surau di Kajang Sentral biarpun ia menyebabkan ramai pihak mengecam dan Sultan Selangor sendiri murka. Kini Nik Aziz sekali lagi datang dengan "fatwa" terbarunya untuk sebagai Hadiah Tahun 2011 kepada DAP .

Nik Aziz mengatakan bahawa tindakan Teoh Nie Ching ini tak salah dan merupakan perkara kedua yang perlu dititiberatkan. Yang penting bagi Nik Aziz, tak salah jika kafir melakukan kegiatan luar di dalam kawasan masjid.

Nik Abdul Aziz berkata, soal anggota Parlimen itu berpakaian tidak sopan atau tidak menutup aurat, adalah perkara kedua yang perlu diperbetulkan. "Yang pasti kita kena beritahu mereka perkara-perkara yang ditegah agama ketika berada dalam masjid...kena beritahu kaedah dan pantang larang dari segi Islam sebelum seseorang itu memasuki masjid," katanya.


Selain itu , kisah Rasulullah dan juga para sahabat dizaman dahulu sudah tentunya akan dijadikan persamaan dengan senamrobik dianjurkan di kawasan masjid ini . Persoalannya di sini , adakah pada masa itu senamrobik dilakukan oleh para sahabat dan umat Islam ketika itu ?

Bila kita kata PAS jual agama , para blogger taksub mereka marah dan meroyan gila punya . Tetapi ini sudah terang dan jelas PAS melalai wali teragung mereka menjual agama dan rasul demi untuk kepentingan politik Pakatan . Sepatutnya Nik Aziz menasihati rakan pakatannya dan bukan mencari helah untuk menghalalkan perbuatan yang jelas bertentangan dengan Islam.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tidak menjadi masalah untuk melakukan kegiatan di luar atau dalam masjid sama ada oleh orang Islam atau bukan Islam.

"Adalah tidak salah dalam Islam pihak tertentu mengadakan kegiatan dalam rumah ibadah orang Islam, kerana zaman Nabi Muhammad s.a.w dahulupun, ada orang kafir masuk (kawasan) masjid kerana ia menjadi pusat segala kegiatan termasuk politik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, di sini hari ini.


Selepas ini , boleh lah diadakan tarian poco-poco bersama DAP sekali kerana Nik Aziz sudah keluarkan fatwa dibenarkan kegiatan itu bersama bukan Islam .

default

Nama Harimau Malaya tidak perlu ditukar

by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Sementara itu, Ahmad Shabery menjelaskan penggunaan nama Harimau Malaya pada skuad bola sepak kebangsaan dipercayai berasal daripada nama saintifik spesies harimau itu yang terdapat di negara ini.

Justeru katanya, ia sama seperti penggunaan nama Harimau Bengaal di India ataupun Kucing Parsi atau Kucing Siam di negara lain.

"Bagaimanapun Kementerian sedia membincangkan perkara itu dengan pihak berkenaan bagi menjaga sensitiviti semua rakyat di negara ini," katanya.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahim mahu penggunaan gelaran Harimau Malaya untuk skuad bola sepak kebangsaan ditukar kepada Harimau Malaysia, bagi memelihara aspirasi negara dan semangat 1Malaysia.


PB tidak bersetuju cadangan beberapa pihak yang mahu penggunaan nama Harimau Malaya pada pasukan bola sepak negara ditukar . Apa masalah dengan nama Harimau Malaya ini ? Kalau Indonesia boleh guna gelaran Garuda untuk pasukan mereka , mengapa Harimau Malaya yang diambil nama spesifik harimau di negara ini hendak ditukar ?

Kepada Pak Menteri Shabery , tak perlu bincang lagi tentang nama kononnya bagi menjaga sensitiviti semua rakyat . Adalah mereka ini tak suka kepada nama Malaya itu ? Gelaran ini sudah sinonim dengan pasukan bola sepak negara sejak dahulu lagi . Bila pasukan kita muncul Juara Piala Suzuki , baru apa pihak itu terbeliak baru tahu gelaran harimau Malaya itu .

Persoalannya di sini , mengapa baru sekarang hendak pertikaikan ?

Untuk Pak Menteri Shabery , elok KBS bantu FAM dengan jaga pasukan ini dengan baik dan tingkatkan lagi pembangunan bola sepak negara di peringkat akar umbi bagi melahirkan barisan palapis pemain bola sepak . Tak perlu dok sibuk bincang tentang benda remeh temeh seperti mahu tukar nama gelaran Harimau Malaya ini .



default

Mengapa DAP kalut sangat nak ke masjid ??

by Pejuang Bangsa
 - 3 Comments

Semalam YB DAP kesayangan PAS , Teoh Nie Ching berang gambarnya berpakaian ketat dan sendat bersenam robik di perkarangan masjid disebarkan dalam Utusan Malaysia serta blog . Pelbagai pihak juga mengecam tindakan beliau ini kerana tiada adab dan tidak menghormati sensitiviti umat Islam .

Perbuatan dianggap tidak bersopan

Ahli Parlimen Serdang gagal fahami sensitivit umat Islam - Jamil Khir


Tindakan melangkaui politik

Nie Ching mencabar kesabaran umat Islam


Henti perbuatan cemar rumah ibadat - Pak Lah



Bila pelbagai pihak marah tindakan tidak sopan ini , Teoh DAP ini marah pulak dan mempersoal peraturan dan adab dalam Islam ini .

"Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk surau? Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk perkarangan masjid? Sama ada orang bukan Muslim boleh baca Quran? Sama ada orang bukan Muslim boleh guna Kalimah Allah?" soalnya bertalu-talu.

"Sekiranya Datuk Seri Najib (Razak) dan pemimpin-pemimpin Umno yang lain cannot be bothered untuk menjawab soalan-soalan saya, mungkin pemimpin-pemimpin MCA, GERAKAN ataupun MIC boleh mengeluarkan satu senarai 'OK Tak OK' untuk semua warga bukan Muslim negara ini?" tegasnya.-Msiakini


Apa hak beliau mempersoal ini semua ?? Cara mempersoalkan larangan dan pantang larang mengenai sensitiviti Islam seolah olah seperti desperate sangat hingga kalau tak boleh buat itu akan menghalang tugasnya sebagai YB .

Lagi satu , PB nak tanya juga Teoh ini apa kena mengena Datuk Seri Najib dan Umno dalam hal ini? Ini isu berkaitan sensitiviti umat Islam dan nampak sangat Teoh ini cuba menyalahkan benda tak betul dia lakukan ini kepada UMNO dan DS Najib .

Inilah sikap Ultra Kiasu & rasis bila bercakap. Cakap saja tentang soal hak Melayu dituduh rasis dan Islam pulak dituduh Jahat ! Hari ini mereka sudah berani persoal hak , batas dan sensitifiviti dalam Islam pulak . Juak2 PAS Isle seperti biasa tak berani cakap dan menyokong tindakan DAP ini .

Cuma PB nak tanya awat puak2 rasis DAP ini dok kalut sangat masuk ke Masjid ??? Ini semua kerana mereka ingin praktikan ilmu dari parti abang mereka PAP di Singapura di mana dahulu mentor mereka Lee Kuan Yew sanggup turun masuk ke masjid berkempen kepada orang Melayu di sana .klik di sini


default

Islam ala PAS Selangor lain dengan PAS Kelantan

on Thursday, December 30, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Hari ini kecoh gambar amoi DAP kesayangan PAS ini iaitu Ahli Parlimen Serdang YB Teoh Nie Ching yang berpakaian ketat sedang bersenam robik di perkarangan masjid . Senamrobik di dalam kawasan masjid Taman Cheras Jaya sempena karnival Maal Hijrah anjuran masjid berkenaan yang kini dikuasai puak PAS.

Pakaian ketat teoh ini yang pasti dijamu mata oleh penyokong pas mata keranjang semaksimum mungkin .



Lihat banyak lagi gambar disini...

Cuma yang peliknya mengapa PAS di Selangor tidak asingkan lelaki dan perempuan sepertimana mereka selalu PAS buat di Kelantan seperti gambar di bawah ini


konsert Jom Heboh di Kota Bharu


Adakah Islam PAS di Selangor berbeza Islam PAS di Kelantan ?? Sehinggakan dibiarkan Lelaki dan wanita dibenarkan bersenamrobik bersama dalam kawasan masjid tanpa sebarang pengasingan. Inilah konsep sebenar PAS For ALL !!

default

Isu Kemahang 3 : Pendedahan video pembohongan Mazlan Aliman !

by Pejuang Bangsa
 - No Comments





Video di atas yang dipetik dari you tube merupakan video penjelasan dan penerangan yang di sampaikan oleh Timb Menteri JPM , Datuk Ahmad Maslan mengenai isu FELDA yang di arah membayar ganti rugi kepada peserta FELDA Kemahang 3.

Isu Kemahang 3 ini merupakan isu panas yang dijaja oleh Mazlan Aliman ke seluruh ceruk Felda dan kini bakal ke PRK DUN Tenang nanti . Penjelasan oleh Datuk Ahmas Maslan ini merungkai segala-galanya kebenaran mengapa isu Kemahang 3 ini mereka menang.

default

PRK Tenang : TS Isa Samad Vs Mazlan Aliman

by Pejuang Bangsa
 - No Comments


SYABAS & Tahniah kepada ADUN Bagan Pinang, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di atas perlantikan beliau sebagai Pengerusi FELDA berkuatkuasa pada 1 Januari 2011 ini .

Perlantikan beliau oleh PM sudah tentu mahu memberi nafas baru kepada FELDA dan pengalamannya sebagai MB serta Menteri Wilayah Persekutuan dahulu pastinya akan memberi faedah kepada Felda. TS Isa seperti yang kita kenal merupakan pemimpin yang mudah mesra , low profail dan paling penting kepetahannya berhujah mampu menangkis fitnah buruk dilakukan pembangkang terhadap Felda.






Musuh utama Felda sudah tentunya Mazlan Aliman dari ANAK pasti tidak senang perlantikan tokoh & pemimpin seperti TS Isa Samad ini mengetuai Felda. Isa sudah awal-awal lagi melaungkan amaran yang dikira amat lantang bahawa antara tanggungjawabnya sebagai Pengerusi Felda ini adalah untuk menjawab beberapa isu terutamanya melibatkan fitnah. & pembohongan terhadap Felda .

Malah dikhabarkan dalam kem Pakatan menjelang PRK Tenang , Anwar dan Mazlan Aliman sedang memasang strategi baru bagi menyerang Isa Samad sebagai strategi utama kempen PRK DUN Tenang. Jadi , PRK DUN Tenang ini bukan sahaja mahu mencari pemimpin bagi menjadi wakil rakyat di situ, tetapi juga pertembungan antaran FELDA & ANAK iaitu TS Isa Samad dengan Mazlan Aliman .




default

Tribute to Malaysia National Team , Champion Of Suzuki Cup 2010

by Pejuang Bangsa
 - No Comments

Kejayaan hanya boleh dicapai dengan usaha yang gigih & yakin bahawa kita boleh



Harimau Malaya sudah kembali mengaum di pentas bola sepak antarabangsa

Wira negara , Safee Sali yang menjaringkan 3 gol untuk menobatkan
Malaysia sebagai Juara Piala Suzuki 2010

Malaysia Boleh !





Ulasan / Komen

" Ini adalah malam paling gemilang dalam bola sepak Malaysia . Pasukan muda telah memberikan kita kebanggaaan dan kita mesti bina kejayaan untuk menggerakan bola sepak maju ke hadapan pada tahap lebih tinggi ." Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

" Kejayaan ini membuktikan tiada yang mustahil sekiranya kita benar -benar idamkan kemenangan . Tentunya pelbagai perasaan melanda setiap rakyat Malaysia - megah ,terharu dan paling utama , semua berasa bersyukur kerana kejayaan ini memperlihatkan kesungguhan mereka yang terbabit " Timbalan Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin

Ini adalah permulaan era baru . Sebelum ini orang kata bola sepak Malaysia sedang menjunam .Sekarang apa yang dikehendaki penyokong menjadi kenyataan " Presiden SSFC


kejayaan pasukan negara dipuji oleh bintang Man United Rio Ferdinand


"Tahniah kepada Malaysia yang menewaskan Indonesia pada final Piala Suzuki . Saya pernah bermain menentang pasukan bawah 23 tahun Malaysia 18 bulan lepas , memang satu pasukan yang bagus ". Pemain Man United / England Rio Ferdinand .

default

Malaysia dapat Piala Suzuki , rakyat dapat cuti 31 Disember !

by Pejuang Bangsa
 - 4 Comments

peminat no 1 bola sepak negara ...PM Datuk Seri Najib Tun Razak

Najib umum cuti pada 31 Disember bukti bahawa kerajaan iktiraf kejayaan skuad bola sepak kebangsaan





Cuti Umum seluruh negara pada 31 Disember 2010

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam telah mengumumkan cuti umum seluruh negara pada hari Jumaat ini bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan yang menamatkan penantian 14 tahun kejuaraan Piala AFF . klik di sini

Terima kasih PM kerana mahu berkongsi kejayaan skuad bola sepak kebangsaan dengan rakyat yang menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 di Jakarta malam tadi . Pastinya ramai rakyat gembira kejayaan skuad negara ini dan juga hadiah PM ini . Hooray !

default

Harimau baham Garuda , Malaysia Juara Piala Suzuki 2010

on Wednesday, December 29, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 3 Comments

Barisan wira negara ..




WE ARE THE CHAMPION !! HARIMAU MALAYA MENGAUM DI GELORA BUNG KARNO !

Sah Malaysia menjadi Juara Piala Suzuki 2010 ! Malaysia menang dengan aggregat 4 -2 dengan Indonesia . Penyerang berbisa skuad negara , Safee Sali terus menjadi duri dalam daging buat Indonesia apabila menjaringkan 1 gol lagi bagi menambahkan lagi jurang gol pada minit 53 . 2 Gol Indonesia saguhati mereka dijaringkan oleh Mohamed Nasuha & Mohd Ridwan .

Pada separuh masa pertama , pasukan Indonesia dilihat menguasai permainan dengan asakan bertali arus ke kubu skuad negara menerusi rangkaian Cristian Gonzalez , Irfan bachim dan Arief . Tetapi pertahanan Malaysia terus kental bertahan dan ketangkasan penjaga gol Khairul Fahmi banyak menyelamatkan pintu gol negara.

Indonesia mempunyai peluang terbaik untuk merapatkan jurang 3 gol apabila mendapat sepakan penalti selepas bola rembatan Arif terkena tangan Sabre Abu . Malang sekali ketua pasukan mereka Firman Utina gagal menjaringkan gol apabila sepakan lemahnya mudah dibaca oleh penjaga gol Khairul Fahmi Che mat . Mungkin selepas ini media Indonesia & Presiden PSSI akan menyalahkan lagi Dukun & Bomoh di Malaysia sebagai punca Firman Utina sepak bola slow dan mudah didakap oleh penjaga gol Malaysia .

Masuk sahaja separuh kedua , hasil hantaran counter attack terus ke penyerang Safee Sali yang keseorangan berada dalan kawasan lawan dan beliau terus merembat kencang menerusi kaki kirinya terus ke gawang Indonesia menewaskan Markus . Gol Safee ini terus mendiamkan ribuan penyokong Indonesia serta membunuh semangat pemain Indon yang pulun untuk menjaringkan gol bagi merapatkan jurang gol .

Indonesia terus mengasak pintu gol Malaysia dan hasilnya mereka berjaya menjaringkan dua gol menerusi Mohamed Nasuha dan Mohd Ridhwan . Walaupun mereka terus menyerang pintu gol skuad negara , tetapi pemain kita kental bertahan sehingga wisel penamat .

Skuad negara terus bertuah apabila pemain kita Safee Sali dinobatkan sebagai Penjaring Terbanyak Piala Suzuki 2010 selepas menjaringkan 5 gol .

SYABAS & TAHNIAH SKUAD BOLA SEPAK NEGARA !

KAMI RAKYAT MALAYSIA BANGGA DENGAN KEJAYAAN INI !

MALAYSIA BOLEH !

default

GEMPAR ! Lembaga Perumahan PP ala Guan Eng mempunyai agenda

by Pejuang Bangsa
 - No Comments


Lembaga Perumahan PP telah ditubuhkan di PP selepas berakhirnya Sidang DUN pada November lepas. Lembaga yang ditubuhkan ini dikatakan mempunyai agenda tertentu oleh kerajaan DAP .

PB sempat menemui Adun Seberang Jaya YB Datuk Arif Shah Omar Shah di kediamannya bagi mendapat gambaran sebenar mengenai kesahihan perkara berkenaan . Apa yang pasti satu lagi jawatan untuk Guan Eng duduki iaitu sebagai Pengerusi . Memang Guan Eng ini gila kuasa dan diktator kerana semua jawatan tertinggi dibolot olehnya . Ini lah agenda Guan Eng ketika berkuasa di PP dan semua jawatan penting dipengerusi olehnya .



default

Julia Perez mahu tayang Bra Laser ganggu pemain Malaysia !

by Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Dalam akhbar HM hari ini , simbol seks artis Indon Julia Perez (Jupe) berniat hendak mengenakan bra laser ketika final leg kedua Indonesia vs Malaysia. PB tidak pasti samada Jupe hanya melawak atau pun benar-benar mahu melakukannya nanti .

Tetapi hasrat Jupe telah ditentang oleh FPI (Front Pembela Islam) menyatakan protes terhadap tindakan berkenaan

"Enggak boleh itu! Itu bisa kena UU Pornografi. Kalau kayak begitu, ane kagak mau dukung Indonesia. Itu enggak ada tujuan baik kalau kayak begitu. Itu mah malah arogan. Itu kan campur maksiat. Orang kemarin istigosah, kok dicampur begituan," tentang Ketua DPD FPI DKI Jakarta, Habib Salim Alatas, saat dikonfirmasi, Selasa (28/12/2010).

"Itu bisa kena UU Pornografi. Polisi bisa menangkap dia. Kabar ini baru kita dengar. Kita akan lihat dulu karena belum dengar dari tim investigasi juga," paparnya.


Macam-macam karenah penyokong Indonesia ini yang terlampau taksub sangat terhadap pasukan negara mereka ini . Cuma kita harap pasukan negara tidak hilang fokus dalam perlawanan ini dan pertahankan bekalan 3 gol yang dihasilkan di Bukit Jalil bagi menjuarai Piala Suzuki 2010 .

default

Penyokong Indon berdemo depan hotel penginapan skuad bola sepak negara

on Tuesday, December 28, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 8 Comments



Hari ini terdapat gerombolan penyokong tegar pasukan bola sepak Indonesia telah mengadakan demonstrasi di hadapan hotel penginapan pasukan bola sepak Malaysia di Hotel Sultan sambil membawa kain rentang yang jelas berbaur provokasi menjelang perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF antara Indonesia dan Malaysia di Stadium Senayan , Jakarta .

Penyokong Indonesia ini marah dan tak puas hati kekalahan skuad negara mereka kepada Malaysia pada 26 /12/2010 lepas di Stadium Nasional , Bukit Jalil . Malah media-media di sana juga mengapi-apikan lagi kemarahan penyokong mereka bahawa kekalahan skuad mereka disebabkan pancaran laser kepada penjaga gol mereka Markus .

Tindakan penyokong Indonesia ini yang melakukan demontrasi ini jelas tidak profesional dan langsung tiada semangat kesukanan . Semasa pasukan mereka datang ke Malaysia , adakah penyokong kita pergi berdemo seperti ini ? MEMALUKAN !!

Kepada pasukan Harimau Malaysia ... terus mengaum di Stadium Senayan !

default

Kritik kerajaan DAP Pulau Pinang, pemimpin PCM diugut ?

by Pejuang Bangsa
 - No Comments


"Dont Touch Guan Eng "..... Siapa cuba kritik dan hantam kerajaan Guan Eng anak Kit Siang , terimalah padahnya . Akibat daripada lantang mengkritik pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang sehingga menimbulkan pelbagai isu, pemimpin PCM diugut oleh dua individu dipercayai samseng yang mahu dirinya menghentikan perbuatan itu.


Ketua Pasukan Tindakan Khas Parti Cinta Malaysia (PCM), Tham Weng Fatt didatangi oleh kedua-dua lelaki tersebut ketika berada di Padang Kota Lama kira-kira pukul 7 pagi semalam. Dua lelaki itu yang berusia lingkungan 40-an memberi amaran kepadanya supaya tidak lagi mencampuri urusan pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang atau bakal menerima nasib buruk jika masih berdegil.

Weng Fatt yang merupakan bekas Ketua Pasukan Bertindak DAP Pulau Pinang kemudian membuat laporan di Balai Polis Jalan Patani di sini.Naib Presiden PCM, Huan Cheng Guan ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
"Sidang akhbar akan diadakan esok dan kita mempunyai bukti siapa kedua-dua individu berkenaan," katanya di sini hari ini. Utusan Malaysia


Bekas Ketua Tindakan Khas DAP ini yang keluar parti awal tahun ini dan kini bersama PCM merupakan antara pemimpin yang pemimpin PCM yang lantang kritik Guan Eng dan kerajaan DAP .Kejadian ugut ini merupakan kali kedua menimpa pemimpin parti berkenaan kerana sebelum ini kereta BMW milik Ketua Pemuda PCM, Liew Yeow Hooi yang diletakkan 30 meter dari pekarangan rumahnya di Jalan Air Putih di sini disimbah cat merah oleh pihak tertentu, dipercayai bertujuan menakut-nakutkannya.

Turut ditinggalkan di atas kereta miliknya adalah sebungkus beg plastik berisi cat dan tujuh keping kertas bersaiz A4.

Ketujuh-tujuh kertas tersebut bertulis: Amaran terakhir! Jangan buat bantahan tentang kerajaan negeri Pulau Pinang lagi! Jika tidak kita kan bunuh u dan keluarga u! Kali ini kita ajar sikit sama u sahaja kena kereta u tak kena orang. Kita bagi u Parti Cinta Malaysia semua habis.


Ini kah budaya kerajaan negeri yang berjiwa rakyat yang dibawa oleh Pakatan ? Kritik saja kerajaan terus diugut seperti ini . Harap pihak polis dapat mengambil tindakan terhadap ugutan jenayah ini yang dianggap cukup serius .

default

Gempar ! Kerajaan CAT Guan Eng dipalit taik rasuah , Pengarah & Pengurus Kanan PDC ditahan SPRM !

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

jangan pulak salah Utusan kerana fitnah pasal tahan pegawai kerajaan lu ..



Kerajaan CAT dipalit RASUAH ! kah kah kah .. memang berita duka kepada kerajaan Khalifah pujaan PAS ini ...

Guan Eng selalu menyerang UMNO dengan rasuah la dalam ucapannya dan sekarang ini kerajaannya yang dikatakan bersih & mendapat pujian indeks rasuah antarabangsa rupa-rupanya TAIK RASUAH !

Apa lu bikin wahai Guan Eng dayus , bodoh & lembik ?? Lu Pengerusi PDC Penang makan gaji buta ka , Bagaimana 2 orang pegawai atasan bawah lu berpangkat Pengarah & Pengurus Kanan PDC boleh ditahan rasuah ??? klik di sini

Lu banyak suka la tuduh orang lain tak betul sekarang lu pun tak betul .... kah kah kah ..BODOH PUNYA CM !

Selain itu , Guan Eng lidah biawak jangan pulak selepas ini tuduh pulak ini kerja fitnah UMNO kerana pegawai itu sendiri yang taik RASUAH semasa bekerja di bawah kerajaan DAP . Pertuduhan itu dilakukan semasa kerajaan Pakatan memerintah dan difahamkan kedua-dua orang ini mula bekerja sejak kerajaan DAP mengambilalih Pulau Pinang.

Penangkapan 2 orang pegawai kerajaan negeri PP ini membuktikan Guan Eng yang sebenarnya DAYUS , LEMBIK & BODOH ! Beliau gagal menjadikan pentadbiran agensi kerajaan negeri seperti PDC bebas rasuah sedangkan jawatan Pengerusinya adalah beliau sendiri .

Janji mereka mahu menjadikan kerajaan Pusat bebas rasuah & telus jika Pakatan memerintah adalah semua janji palsu . Hendak tadbir negeri pun mereka gagal membendung rasuah , inikan pulak hendak tadbir negara ! Fikir- fikirkanlah ........


default

FELDA beri bonus kepada peneroka , juak PAS meroyan !

on Monday, December 27, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Kerajaan telah meluluskan bonus insentif kepada peneroka sebanyak RM100.9 juta bagi menghargai sumbangan mereka terhadap kemajuan industri sawit dan getah Negara. "...Pembayaran bonus insentif ini melibatkan seramai 94,281 atau 83.70 peratus daripada 112,635 peneroka Felda seluruh negara..." Pembayaran Bonus Intensif Produktiviti Peneroka 2010 tersebut akan dibuat di Pejabat Rancangan bermula Januari 2011.

Terima kasih kepada Kerajaan Pusat yang diterajui Barisan Nasional yang terus prihatin kepada masyarakat peneroka FELDA apabila meluluskan insentif bonus sebanyak RM 100.9 juta hasil sumbangan mereka kepada pengeluaran kepala sawit dan getah . Terbukti FELDA bukan zalim dan melayan peneroka seperti hamba seperti didakwa Mazlan Aliman bangsat ini sebelum ini dalam akhbar Haprak Daily .


Peneroka FELDA seperti anak emas oleh pihak kerajaan kerana mendapat bonus seperti ini dan tidak semua rakyat di negara ini dapat . Tetapi blog-blog penjilat tegar PAS seperti Selatan Online ini terus memburukkan kerajaan dan Felda dalam pemberian bonus ini kononnya beri bonus sedikit sahaja dengan membandingkan kenaikan harga kepala sawit .

Sebenarnya , blog2 PAS ini dengki dan cemburu dengan pemberian bonus oleh FELDA ini . Jadi , mereka cuba putar belit pemberian bonus ini kononnya sedikit bagi membangkitkan kemarahan peneroka . Memang puak-puak PAS adalah jenis manusia tak reti bersyukur dengan rezeki seperti pemberian bonus .Cakap ikut cara Islam tetapi kalau bab duit tak ikut pun cara Islam ..

Selain itu , PB nak tanya lah kepada juak2 PAS ini , berapa pulak bonus yang diberikan hasil Projek Ladang Rakyat PAS ini di Kelantan ?? Adakah lebih tinggi kot daripada FELDA ini ?

default

Syabas Harimau Malaya !! Piala Suzuki 2010 dalam gengaman

on Sunday, December 26, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 4 Comments





Ultra Malaya penyokong kuat skuad negara


Syabas Malaysia ! Kita sudah sebelah kaki untuk mengengam Piala Suzuki 2010 selepas membelasah 3- 0 ke atas Indonesia pada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi

Gol-gol Malaysia hasil jaringan Safee Sali pada minit ke-61 dan 73 manakala satu gol lagi daripada Mohamad Ashari Samsudin pada minit ke-68. Menariknya , 2 gol gol oleh Safee dan Ashaari adalah hasil kebijaksanaan Nor Shahrul Idlan yang bijak mengelecek dan melakukan hantaran cantik kepada rakan .

puluhan ribu penyokong Harimau Malaya ...


Permainan skuad negara malam ini seakan-akan permainan cantik anak buah Arsene Wenger yang terkenal dengan permainan cantik dan short pass mengelirukan untuk menghasilkan gol . Kelebihan pemain kita adalah kerana mereka adalah pemain muda dan mempunyai kecergasan yang cukup baik bagi menghadapi perlawanan antarabangsa seperti ini. Lihat lah bagaimana mereka mengejar bola ke segenap penjuru padang bagi merampas bola serta menyekat serangan skuad Indonesia .

Selain itu , Padan Muka kepada Goalkeeper Indonesia , Markus yang komplen sangat kena pancaran laser la kononnya daripada penyokong Malaysia . Sengaja nak psyco pemain Malaysia bagi hilang fokus tetapi akhirnya makan diri mereka semula apabila selepas beberapa minit akhirnya gol pertama Malaysia muncul bukan dari bantuan laser .

mat indon sudah balik awal bila kena 3 - 0



Jadi , untuk perlawanan kedua final ini di Gelora Bung karno minggu depan .. kepada penyokong Indonesia tak payah la hadir ke stadium ... Confirm kalah !!


Piala Suzuki 2010 milik MALAYSIA !!

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps