Archive for 11/14/10

default

Arah henti kerja landasan berkembar tidak profesional

on Sunday, November 14, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Tindakan kerajaan negeri mengarahkan MMC-Gamuda JV memberhentikan dengan segera kerja projek landasan kereta api berkembar Ipoh ke Padang Besar melibatkan tanah di negeri itu bagi mengelak banjir jelas merugikan dan boleh meningkatkan lagi kos pembinaan projek tersebut . Malah pembekal-pembekal bahan binaan di negeri ini serta sub kontraktor yang menyewa jentera juga pastinya akan mengalami kerugian disebabkan tindakan kalut dan bodoh Guan Eng ini .

Kerajaan Guan Eng hanya membuat keputusan ini selepas mesyuarat Exco nya sahaja berdasarkan kepada kenyataan MB Tak Tau Kedah dan juga Menteri Chor Chee Heung bahawa banjir besar baru-baru ini disebabkan projek itu . Tetapi tiada bukti kukuh serta laporan teknikal pun menyatakan bahawa banjir yang besar berlaku di Kedah disebabkan projek landasan berkembar .

KTMB dalam kenyataannya juga berkata projek berkenaan tidak menyumbang kepada banjir yang lebih kronik di Kedah mahupun seperti yang dikhuatiri di PP . Malah laporan Jabatan Meteorologi juga menunjukkan taburan hujan lebih dari biasa iaitu hampir sekali ganda yang direkodkan pada 2005 iaitu pada peningkatan paras air dari 119mm kepada 207 mm .

Jelas di sini sikap terburu-buru membuat keputusan oleh Kerajaan DAP yang diketuai Guan Eng yang memerintah negeri ini secara " ikut suka aku " amat memalukan . Sebagai rakyat PP , PB melihat kerajaan DAP buat kerja seperti tidak profesional dan semua keputusan hanya membabi buta !

PB juga sempat bertemu dengan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Dato Abd Jalil Abd Majid bagi mendapat komen mengenai tindakan terbaru kerajaan Guan Eng ini yang memberhentikan projek landasan berkembar ini . Selaku pemimpin yang mempunyai pengalaman sebagai Pemangku Datuk Bandar dahulu semasa menjadi pegawai tinggi kerajaan , beliau menyifatkan tindakan Guan Eng ini seperti otak pendek dan cara kerja yang tidak profesional .

default

Mazlan Aliman tentu bengang Felda berjaya lahirkan usahawan

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Gambar di atas membuktikan kejayaan FELDA dalam melahirkan ramai warga peneroka untuk bergelar usahawan . Nilai jualan usahawan Felda dari pelbagai bidang perniagaan yang mencecah RM 817 juta dalam tempoh 10 bulan merupakan peningkatan yang baik .

Menurut FELDA , target mereka untuk tahun ini iaitu RM 1 Billion dan angka RM 817 juta dalam tempoh 10 bulan menunjukkan kejayaaan sebenar Felda. Antara aktiviti keusahawan yang dijalankan peneroka Felda ini adalah perniagaan perusahaan , tanaman , ternakan , akuakultur , dan juga perkhidmatan .

Sehingga kini Felda telah berjaya melahirkan 36,184 usahawan dikalangan warga peneroka dan ini sekaligus menunjukkan kemampuan FELDA membantu warga peneroka yang ingin berjaya .
Tetapi ada juga tukang hasut seperti Mazlan Aliman PAS yang cuba memburukkan agensi yang banyak membantu warga peneroka ini ..

Mazlan Aliman tidak akan cerita tentang kejayaan Felda kerana melahirkan usahawan dikalangan peneroka ini sebalik terus menghasut dan menjadi batu api supaya membenci Felda.
Ini lah sikap sebenar pemimpin-pemimpin PAS termasuk Mazlan sendiri di mana segala benda baik dilakukan kerajaan disembunyikan tetapi kalau benda buruk dan fitnah akan sentiasa dijaja sepenuhnya di ceramah-ceramah .


Adakah parti PAS yang dianggotai Mazlan ini boleh melahirkan usahawan seperti Felda ini ?? Di Kelantan sendiri, apakah bentuk program yang dibuat oleh kerajaan PAS sepanjang 20 tahun memerintah untuk melahirkan usahawan berjaya ?? Sejarah membuktikan kegagalan mereka dan bidang usahawan iaitu apabila bisnes kambing Janapari Husam Musa dulu pun kecoh hingga berlaku pergaduhan besar antara Mso dan Kickdefella .

Jadi , jika ada tali barut dari PAS yang datang ke Felda kononnya untuk mempejuangkan masyarakat Felda , jangan mudah terperdaya dengan dakyah politik mereka ini kerana harus diingatkan kedatangan mereka mempunyai kepentingan . Mereka ini sebenarnya iri hati dengan kejayaan peneroka dan nikmat yang dikecapai hasil usaha kerajaan selama ini .

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.