Archive for 10/31/10

default

PRK Galas : Nik Aziz kena maki kerana PAS kawan dengan DAP

on Sunday, October 31, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Bekas calon BN Pengkalan Chepa, Nor Idris memaki hamun Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menziarahi rumah bekas Adun Galas, Haji Omar Mohamad, petang ini.

Kejadian yang mengejutkan itu berlaku ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz menziarah bekas wakil rakyat Dun Galas dari Semangat 46 di Kampung RPT Sungai Terah selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Maahad Muhammadi Gua Musang.

Rombongan Menteri Besar yang turut disertai anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan pegawai-pegawai kanan Yayasan Islam Kelantan (Yik).

Sebaik sahaja Tuan Guru Nik Abdul Aziz tiba, Haji Omar yang berada di dalam rumah keluar menyambut mesra kehadiran Menteri Besar dan rombongannya.


Kemudian tuan rumah mempersilakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz masuk dan diikuti anggota rombongan. Bagaimanapun ketika tiba di ruang tamu Nor yang juga bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya enggan bersalam dengan Menteri Besar.

Sebaliknya beliau terus menengking dengan mempersoalkan mengapa PAS berkawan dengan DAP.

“Ana tidak mahu bersalam dengan anta selagi PAS berkawan dengan DAP,” kata Nor dengan suara nyaring.

Dengan suara yang keras dengan dilaungkan sekuat hati beliau mengajak Mursyidul Am PAS berdebat.

Ekoran itu Mohd Amar cuba menenangkan keadaan dan meminta Ustaz Nor bertenang, namun pada awalnya beliau enggan dan terus menegangkan urat lehernya.

Beliau yang memakai baju kameja biru tertera gambar 1Malaysia enggan mendengar nasihat anggota Exco terbabit sehingga menyebabkan anggota rombongan lain cuba menangkan keadaan.

“Sebagai tetamu kita hendaklah menghormat tuan rumah. Kita sama-sama tetamu. Saya datang bukan hendak berbahas dengan sesiapa cuma hendak menziarahi tuan rumah,” kata Menteri Besar.

Ustaz Nor terus menengking dengan mengatakan semuanya hendak berpolitik.
Ketika tuan rumah mengangkat air, Menteri Besar meminta Ustaz Nor minum air dahulu bagi menyejukkan emosinya.

Haji Omar hanya memerhati telatah Ustaz Nor yang dianggap boleh mencemarkan imejnya sebagai tuan rumah kerana menengking Menteri Besar yang datang ke rumahnya.

Beliau merupakan bekas Adun Semangat 46 Dun Galas dua penggal pada 1990 dan 1995. Bagaimanapun kerusi itu dirampas semula BN pada pilihan raya 1999 dan 2004 melalui Mohd Saufi Deraman.

Ustaz Nor pernah bertanding di kerusi parlimen Pengkalan Chepa menentang Mohd Amar. - Hrk.

sumber : MPP

Komen PB

Hubungan DAP - PAS sebenarnya tidak semua orang dari Kelantan suka kerana rekod DAP yang anti Melayu dan Islam memang cukup teserlah dari dahulu. Tetapi dek kerana terlampau gilakan kuasa, Nik Aziz dan PAS sanggup berkawan dengan kafir yang memusuhi Islam ini .

Syabas kepada Ustaz Nor Idris yang berani berdepan dan menyatakan pendiriannya terhadap Nik Aziz yang dianggap wali oleh ahlul-ahlul PAS yang taksub.

default

PRK Galas : GAMIS jadi barua PAS di Galas

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 16 Comments





Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia ( GAMIS) merupakan budak suruhan khawarij PAS yang dikerahkan menjadi jentera kempen pilihanraya kecil Galas . Budak-budak ini yang selalu berbangga dengan title pelajar U mereka telah diperbodoh dan diperkudakan PAS yang tiba di sini dengan tugaskan mengedarkan risalah dan menyusup bersama jentera kempen PAS dan muslimat untuk menyebarkan dakyah kepada pengundi disekitar Gua Musang.


PB pun dahulu pernah menjadi mahasiswa tetapi tidak pernah pun ingin jadi pencacai tukar edar risalah ini seperti budak2 dari GAMIS ini .

Tetapi menurut sumber rakan2 blogger di berada di Galas , pelajar-pelajar ini sebenarnya telah ditipu hidup-hidup oleh Presiden GAMIS Ahmas Syazwan Muhammad Hassan kononnya turun bukan mewakili atau pun berkempen untuk mana mana parti politik. klik di sini

Lihat lah ciri-ciri bakal pemimpin muda PAS ini , mengaji pun belum habis sudah pandai dok bohong dan belit orang . Menggunakan kebijaksanaan bercakap hasil tunjuk ajar khader-khader PAS , mereka ini berjaya mempengaruhi pelajar-pelajar lain bagi mengikuti mereka bersama berkempen di Galas.

Kemudian mereka ini cakap berbelit apabila guna alasan ke Galas untuk menerangkan kepada rakyat mengenai bajet 2011 . PB hendak tanya ada ke kementerian Penerangan melantik GAMIS ini sebagai wakil kerajaan untuk menerangkan tentang bajet 2011 ini kepada rakyat ??


Menurut sumber . budak budak GAMIS selalu di lihat menaiki kenderaan yang dipandu oleh juak2 PAS yang keluar berkempen . Dikhabarkan setiap pagi berhampiran markas PAS Ampang berhampiran Pekan Lama mereka akan berkumpul dan menaiki kereta yang dipandu oleh ahli PAS Ampang ke merata ceruk GALAS.

Ini lah pelajar-pelajar yang yang tidak kenang budi , diambil olah kerajaan untuk mengaji di IPTA kerajaan , diberi biasiswa , ditanggung kos pengajian mereka dan selepas itu boleh membantu keluarga mereka bila bekerja nanti . Tetapi selepas itu diperbodohkan oleh PAS - PKR dan seterus menjadi pencacai tukang edar risalah seperti di Galas ini .

Kesian kepada ibubapa yang mengharapkan segulung ijazah daripada mengaji di U dan selepas itu boleh membantu keluarga, tetapi akhirnya dirosakkan otak mereka oleh PAS !!




* Nama sahaja mahasiswa yang cerdik pandai , tetapi senang dan mudah dikencingkan oleh PAS

default

PRK Galas : Memalukan ! PAS claim kejayaan Kelantan menang Piala Malaysia hadiah pemerintahan Tok Guru

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments



Kejayaan Kelantan bukan hasil usaha kerajaan PAS Kelantan tetapi
usaha pemimpin UMNO iaitu TS Anuar Musa dan barisan pentadbiran
KAFA yang komited mahu memajukan bola sepak




golongan muda merupakan penyokong paling ramai bola sepak Kelantan ,
kejayaan skuad Kelantan di Piala Malaysia di bawah pengurusan pemimpin
UMNO . Adakah ia boleh menarik semula sokongan anak muda Kelantan
kembali menyokong UMNO ?


PB mengucapkan tahniah kepada skuad Kelantan semalam yang mencipta sejarah apabila menjulang anugerah berprestij bola sepak negara, Piala Malaysia buat kali pertama setelah menewaskan Negeri Sembilan 2-1 dalam perlawanan akhir edisi ke-44, semalam.

Malah Wira Merah mengakhiri penantian yang sekian lama selepas dihampakan dalam perlawanan akhir 1955, 1970 dan tahun lalu sekali gus mengekori Perak, Selangor, Pulau Pinang, Pahang, Johor, Kuala Lumpur, Kedah, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan sebagai 11 negeri pemilik Piala Malaysia sejak 1967.


Inilah Bapak Bola Sepak Kelantan TS Anuar Musa yang membawa
Kelantan menjuarai Piala Malaysia bukannya PAS dan Nik Aziz .



Gegak gempita sorakan penyokong Kelantan seramai 60,000 serta dentuman mercun melanda Stadium Nasional, Bukit Jalil yang menyambut kejayaan skuad bimbingan B. Sathianathan menebus kehampaan 3-1 kepada lawan dan di gelanggang sama tahun lalu, hasil jaringan Hairuddin Omar dan Badri Radzi.

Kejayaan skuad Kelantan ini adalah hasil usaha ikon bola sepak mereka dari UMNO sendiri iaitu TS Anuar Musa yang menerajui KAFA dengan cemerlang serta pengurusan yang terbaik . Tanpa bantuan daripada kerajaan PAS Kelantan dan Nik Aziz , beliau berjaya mencari dana sendiri serta menjaga kebajikan pemain dengan baik sehingga menjulang Piala Malaysia ini buat pertama kali ke Kelantan .

PAS hari ini dalam haprak daily punya lah claim kejayaan skuad bola sepak Kelantan ini adalah hasil usaha mereka . POORAH !! Memalukan betul kejayaan hasil usaha orang lain cuba diambil oleh puak2 PAS ini .

lihat sendiri pemimpin PAS yang tahu malu ..


Ustaz Hadi berkata, kemenangan itu merupakan hadiah kepada rakyat Kelantan sempena 20 tahun pemerintahan Islam di negeri itu."Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada rakyat Kelantan kerana telah menjuarai Piala Malaysia 2010. ( Hadi Awang )


Ini pulak kenyataan pemimpin fav PB iaitu Mr Bean Mahfuz ...seperti biasa setiap kenyataan yang keluar mulutnya menunjukkan kebodohannya . Politik tidak boleh dipisahkan dengan Mr Bean dan semestinya akan disebutnya walaupun ia mengenai bola sepak .

"Tahniah kepada Kelantan juarai Piala Malaysia. Galas Piala Malaysia lepas ni Galas untuk PAS dan Pakatan Rakyat," katanya. ( Mr Bean Mahfuz )


"Tahniah daripada DPPP Kelantan bawa pulang trofi Piala Malaysia. Ia jadi hadiah untuk pemerintahan Tok Guru Nik Aziz dan juga Sultan baru," ( Nasrudin Tantowi )

default

Anwar Ibrahim anggap PAS tidak penting dalam Pakatan

, ,
by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Anwar pernah berpesan kepada saya dan Fairus supaya jangan layan sangat Pas kerana Pas bagi Anwar tidak penting di Pulau Pinang.

"Kata Anwar, di Pulau Pinang kita kena jaga DAP.

"Sebab itulah Pas tidak diberi jawatan penting dalam kerajaan negeri dan Pas hanya diperkudakan saja oleh PKR dan DAP,"


Inilah dalang yang dimaksudkan Zul Kulim dan perkara disahkan oleh YB Datuk Zahrain Hasim dalam Utusan Malaysia hari ini .

Anwar Ibrahim seolah-olah menjadikan PAS ini sebagai barua dalam Pakatan bukan sahaja oleh DAP tetapi parti PKR .Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, ketika menjadi Pengerusi PKR Pulau Pinang, Anwar pernah menasihatkan beliau dan bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin supaya tidak memberi ruang kepada Pas.

Zahrain juga menambah, selain Anwar, 'Keluarga Lim' yang terdiri daripada Lim Kit Siang dan anaknya yang juga Ketua Menteri berlidah biawak , Lim Guan Eng dipercayai turut menjadi dalang perjanjian PKR-DAP berkenaan.

Ini menunjukkan ketiga-tiga pemimpin yang membuat perjanjian syaitan ini merupakan orang yang mengatur perancancangan dan ramai pemimpin dalam parti sendiri tidak tahu mengenai halk ini

"Saya percaya ini bukan kerja parti, tapi individu tertentu. "Ramai dalam PKR dan DAP sendiri pun tidak tahu. Isu ini melibatkan Anwar dan Keluarga Lim, memang mereka yang mengaturnya,"

Memang sah lah PAS hanya menjadi barua hidup kepada 3 ekor pemimpin ini . Rakyat harus membuka mata bahawa perjanjian syaitan Anwar Ibrahim - Kit Siang - Guan Eng jelas boleh merosakkan negara ini jika Pakatan menang di PRU 13 ini

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.