
Apabila Anwar Ibrahim baru-baru ini mendakwa kerajaan BN pimpinan DS Najib gagal menarik pelabur berdasarkan laporan Bank of America Merill Lynch iaitu berkaitan pasaran pelaburan negara yang dikatakan begitu membimbangkan. Menurut laporan tersebut Malaysia kini antara negara yang tidak digemari para pelabur di Asia Pasifik selepas bank tersebut meninjau pandangan pengurus dana.klik di sini
Kita sebenarnya jangan cepat melatah dan mempercayai cakap Anwar ini yang memang mahu memburukkan kerajaan BN menerajui Malaysia . Pelaburan masuk negara atau FDI ini ke negara bergantung kepada banyak faktor untuk menarik mereka melabur ke negara kita .
PB cukup tertarik dengan pandangan oleh Datuk Muhkriz Mahathir selaku Timb Menteri MITI yang mendakwa tindakan pembangkang yang sering memburuk-burukkan nama negara menyebabkan ramai pelabur asing takut untuk datang ke Malaysia, dan ia mengakibatkan pelaburan langsung asing (FDI) merosot sehingga 81 peratus bagi tahun 2008 dan 2009,
Menurutnya , walaupun tindakan pembangkang memburukkan nama negara itu ditujukan kepada kerajaan BN tetapi pihak luar akan melihatnya sebagai keburukan negara.
Beliau berkata kesannya ia menjejaskan minat pelabur-pelabur untuk datang ke Malaysia dan apabila ia berlaku, pembangkang kemudiannya akan menyalahkan kerajaan yang mereka dakwa tidak cekap.
“Sedangkan masalah itu mereka yang usahakan dan kemudian dia tuduh kerajaan yang salah. Bagaimanapun, kerajaan sentiasa melakukan yang terbaik untuk menarik ketibaan pelabur luar ke dalam negara,” katanya.KLIK DI SINI
Jelas sekali , Kerajaan Barisan Nasional (BN) walaupun sentiasa dilemparkan pelbagai tohmahan pembangkang supaya pelabur tidak dapat melabur , kerajaan telah melaksanakan langkah proaktif dan pragmatik bagi mengatasi kesan agenda jahat pakatan pembangkang diketuai Anwari Ibrahim ini memburukkan nama Malaysia itu. Hasilnya keputusan yang cukup positif tahun ini selepas melalui tempoh yang agak teruk tahun lepas.
Menurutnya statistik terbaru pada 2009 lepas , jumlah keseluruhan FDI adalah RM5.66 bilion tetapi tiga bulan pertama tahun iaitu 2010 ini negara sudah menerima FDI RM5.6 bilion , satu jumlah yang hampir dengan pelaburan sepanjang tahun lepas !!









