
KOTA BAHARU: PAS Spiritual Leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat declined to comment on the issue of the alleged use of Penang Chief Minister Lim Guan Eng's name in the prayer during the Friday sermon in several mosques in Penang.
He said it was a personal issue and did not wish to comment on such matter.
He said that when approached by reporters at his house in Kampung Pulau Melaka here Saturday.
The Star
Di khabarkan beberapa Cawangan PAS di Kedah akan di kuburkan menjelang Aidil Fitri ini oleh Ahli Cawangan Pas itu sendiri berikutan "Penyelewengan Aqidah" oleh PAS dalam melaksanakan Amanah Allah SWT semasa Khutbah Jumaat Pada 25 Jun 2010, di Masjid Jamek Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang .
Mari kita lihat 5 rukun khutbah yang perlu ada didalam syarat SAH khutbah Jumaat:,
1. Puji-pujian kepada Allah Subhanahu wa Taala.
2. Selawat ke atas Nabi Sallallahu alaihi wasallam.
3. Berpesan supaya bertaqwa.
4. Membaca ayat dari Al-Quran pada salah satu dari kedua-dua khutbah.
5. Doa kepada orang-orang mu'min pada khutbah kedua.
Persoalan yang perlu dijawab oleh semua pemimpin dan penganut ajaran PAS ialah, apakah Lim Guan Eng tergolong didalam golongan orang mu'min? Bukankah ini sudah bertentang dengan syarat khutbah itu sendiri?
Hari ini, ramai pemimpin-pemimpin PAS serta pengikut PAS mempersoalkan adakah salah untuk menyebut nama dan mendoakan Lim Guan Eng supaya mendapat hidayah dari Allah swt.
Harus diingat, mendoakan kafir supaya memeluk Islam tak salah, tetapi ADAKAH ia memenuhi syarat SAH rukun khutbah Jumaat dan juga boleh dilakukan ketika khutbah Jumaat? Mengapa tak doakan saja didalam solat hajat ataupun solat sendirian di rumah? Mengapa pilih semasa khutbah Jumaat?
Lagipun, mengapa hanya Lim Guan Eng sahaja yang didoakan oleh khatib PAS di P.Pinang? Mengapa kahtib ini tak berdoa supaya seluruh kafir di Tanah Melayu ini menerima hidayah Allah?
Disini jelas menunjukkan bahawa PAS telah menyelewengkan khutbah Jumaat untuk kepentingan politik mereka. PAS juga telah memesongkan aqidah para pengikut mereka terhadap garisan sebenar yang tertakluk didalam Islam.
Perlu diketahui, khutbah Jumaat adalah merupakan diantara syarat SAH untuk solat Jumaat itu sendiri. Jika khutbah Jumaat telah diselewengkan oleh fahaman jumud para pentaksub ajaran PAS dan Nik Aziz, apakah SAH keseluruhan solat Jumaat pada hari tersebut?






