


PASberg + Carlserg = Takebeer
Khalid Gereja kembali mencetuskan kontroversi dalam politik tanah air yang membuatkan puak-puak kopiah putih taksub PAS boleh "GO " jika ada sakit jantung . Dahulu selepas menang PRU 12 , Khalid membuat lawatan rasmi ke gereja , terbaru beliau membuat kezutan dengan membuat lawatan perdana ke Kilang Carlsberg di Shah Alam .
Sudah tak ada kilang lain untuk dilawat selain kilang Arak Carlsberg ? Di Shah Alam sendiri , berlambak kilang-kilang besar multinasional ada. Tetapi nampaknya pemimpin PAS ini suka dan jatuh cinta kepada CARLSBERG . Mungkinkah warna kilang tu pun sama dengan warna PAS iaitu hijau dan tak mustahil lepas ini Carlsberg bakal bertukar nama ke PASBERG !!
Lebih menarik lagi , Khalid merupakan pemimpin politik pertama mencatat sejarah melawat kilang berkenaan sejak lebih 30 tahun ianya ditubuhkan. Khalid juga menjadi wakil rakyat PAS yang pertama yang mesra kilang arak di negara ini.
Tu...dia kilang Arak yang dahulunya dibantah oleh puak-puak PAS dan juga Hassan Ali di dalam ceramah-ceramah mereka , hari ini sudah jadi rakan dan bakal main sponsor utama PAS disebabkan Khalid Gereja melawat kilang berkenaan .
Tindakan berani Khalid ini juga jelas telah memalukan puak2 kopiah putih yang sebelum kuat hantam UMNO . Di Blog - blog PAS terus diam membisu bila Khalid seorang pemimpin dari PAS telah pergi melawat Kilang Arak yang dahulu dibantah oleh mereka semasa pemerintahan BN di Selangor . Malah Haprak Daily anggap lawatan itu sebagai lawatan kerja kerana bersama ahli majlis MBSA dan bukannya mewakili PAS.
Khalid mahu besarkan Kilang Carlsberg
Rupanya Khalid pergi sana nak bina kilang besar lagi untuk Carlsberg dengan menawarkan tanah yang luas untuk mereka . Ingat ke Khalid pergi sana mahu tutup terus kilang tersebut memandangkan itulah janji PAS dulu dalam ceramah2 mereka . Nampak seperti ada DEAL yang baik punya antara PAS dan kilang arak ini .
Mungkinkah kunjungan Khalid Samad pergi sana dengan membuatkan " deal " dengan tauke Kilang Arak dengan menawarkan tapak baru untuk pembesaran kilang mereka dan kilang arak tersebut bermurah hati menyumbangkan dana bernilai RM juta-juta melalui tempahan meja di majlis tersebut untuk PAS dan Pakatan ?






