Archive for 07/25/10

default

Syabas Malaysia !! Gol Shafiq Rahim tewaskan gergasi Asia skuad U-23 Korea Selatan

on Sunday, July 25, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


KUALA LUMPUR 25 Julai — Skuad Bawah 23 (B-23) Malaysia mempamer permainan cemerlang untuk menewaskan skuad B-23 Korea Selatan, 1-0 dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, hari ini.

Biarpun pasukan hari ini merupakan gandingan antara skuad bawah 21 dan bawah 23 kebangsaan, namun pasukan di bawah bimbingan K.Rajagobal itu menunjukkan semangat juang yang tinggi walaupun menyedari pasukan lawan datang dari negara yang sudah tujuh kali beraksi dalam Piala Dunia sejak tahun 1986.

Pada minit ke-empat perlawanan, hantaran satu-dua di antara Mohd Zaquan Adha Abdul Razak dan Norshahrul Idlan Talaha di dalam kotak penalti menyaksikan peluang terbaik untuk pasukan negara membuka jaringan, bagaimanapun ia gagal dimanfaatkan apabila rembatan kaki kiri Mohd Zaquan tersasar di kiri tiang gol Korea Selatan.

Keadaan padang yang basah akibat hujan sebelum perlawanan menyebabkan pergerakan kedua-dua pasukan yang menurunkan skuad yang akan ke Sukan Asia di Guangzhou, China pada November ini, terbatas.

Skuad Korea Selatan di bawah bimbingan Hong Myung Bo, yang dikenali dengan corak permainan yang pantas dengan larian pemain yang laju, kemudiannya mula menukar rentak dengan melakukan rembatan jarak jauh untuk membolosi gawang Malaysia yang dikawal Mohd Sharbinee Allawee. Dalam tempoh 30 minit awal perlawanan, gandingan Mohd Zaquan dan Noshahrul Idlan beberapa kali melepasi benteng pertahanan Korea Selatan yang dikendalikan oleh Kim Oh Kyu dan Jang Suk Won, namun gawang di bawah jagaan Lee Bum Soo masih tetap kukuh untuk dibolosi.

Korea Selatan memperolehi peluang terbaik membolosi pintu gol Malaysia apabila sepakan percuma yang diambil Jung Woo Young pada minit ke-40, dua meter di luar kotak penalti terkena palang, tetapi bola yang melantun itu gagal dirembat kemas oleh Kim Dong Hee ke dalam gawang Malaysia.

Terikat tanpa sebarang jaringan pada separuh masa pertama kedua-dua pasukan melajukan permainan, dan akhirnya skuad K.Rajagobal membuka tirai jaringan pada minit ke-50 hasil rembatan deras Safiq Rahim.

Safiq yang sebelum itu mengambil sepakan percuma dua meter di sebelah kanan di luar kotak penalti lawan, merembat terus ke gawang Korea Selatan namun ia ditampan oleh Lee Bum Soo, dan pemain Malaysia itu tanpa teragak-agak merembat bola itu terus ke gawang lawan.

Tersentak dengan gol itu Korea Selatan melakukan serangan bertali arus ke kawasan Malaysia, namun barisan benteng pertahanan negara yang diketuai Mohd Sabre Mat Abu berjaya menyerap asakan lawan.

Kedua-dua pasukan melakukan beberapa pertukaran, dan Rajagobal pada minit ke-60 mengeluarkan Norshahrul Idlan dan digantikan dengan Baddrol Bakhtiar, manakala di minit ke-65 Ahmad Fakri Saarani digantikan pula dengan Mohd Khyril Muhymeen.

Kira-kira 30,000 penonton menyaksikan perlawanan persahabatan itu yang diadili oleh pengadil Malaysia yang bertugas di Piala Dunia di Afrika Selatan, Subkhiddin Mohd Salleh, yang diadakan sempena 50 tahun hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Skuad kebangsaan Malaysia kini menduduki ranking ke-142 dunia dan ke-26 Asia berbanding skuad kebangsaan lawan yang berada di ranking ke-44 dunia dan ke-3 Asia.

Kali terakhir Malaysia bertemu Korea Selatan ialah pada Pestabola Merdeka 1995, ketika skuad senior negara menumpaskan pasukan Korea Selatan 2-1.

SOUTH KOREA : Lee Bum Soo, Park Hyung Jin, Jeong Dong Ho (Sin Se Gye), Kim Oh Kyu, Jang Suk Won, Lee Chang Yong, Jung Woo Young, Go Moo Yul (You Sun Gon), Jeong Hyun Cheol (Cho Yung Hoon), Park Hee Seong, Kim Dong Hee (Kim Dong Sub).

MALAYSIA: Mohd Sharbinee Allawee, Mohd Sabre Mat Sabu, Mohd Nasriq Baharom (Mohamad Muslim Ahmad), Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, Amar Rohidan, Mohd Asraruddin Putra, Safiq Rahim, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, S. Kunanlan (Ahmad Shakir Mohd Ali), Norshahrul Idlan Talaha (Baddrol Bakhtiar), Ahmad Fakri Saarani (Mohd Khyril Muhymeen Zambri).



default

Benarkah Anwar pernah cium Shaha Riza di Bahrain ??

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Seperti yang PB janjikan akan mendedahkan satu cerita baik punya tentang Pengerusi Foundation For Future Anwar Ibrahim , Paul Wolfowiz dan teman wanitanya Shaha Riza . Tak sangka betul Pak Sheikh Cherok Tok Kun ini bukan saja setakat gatal dengan jantan , tetapi dengan perempuan pun 2 x 5 saja .

Kisah ini disampaikan oleh bekas sahabat baiknya DS Zahrain Md Hashim Ahli Parlimen Bayan Baru di ceramah Pentas Pemuda di Jalan IKS Bukit Minyak .




default

Kerajaan Guan Eng cadang melarang bina rumah kos rendah di PP

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments

sebuah rumah kos rendah MPPP dibina di
Daerah Timur Laut


Semakin rakus dan zalim !! Itu lah kata-kata yang sesuai untuk kerajaan DAP Guan Eng ini semakin gila melakukan penindasan terhadap rakyat marhaen di PP seperti ala-ala Zionis Israel . Baru beberapa hari saja merobohkan gerai Ikan Bakar Hammer Bay , mahu usir penduduk Melayu Kg Pokok Assam dan Kg Binjai , memberi notis untuk merobohkan Sek Tentera Udara dan hari ini kerajaan negeri menerusi Adun Pantai Jerejak iaitu anggota jawatankuasa Jabatan Perumahan Negeri yang mencadangkan larangan pembinaan rumah kos rendah di kawasan pulau. klik di sini

Dengan alasan kebanyakan rumah pangsa berada dalam keadaan daif, kotor dan mencacatkan pemandangan kerana kepadatan penduduk di kawasan berkenaan.

Apa motif kerajaan Guan Eng mencadangkan idea gila dan tak masuk akal ini ?? Ini kah yang dikatakan kerajaan Berjiwa Rakyat seperti yang mereka laung-laungkan ?? Puak2 Melayu dalam PKR dan PAS mana pergi ?? Blogger2 PR PP mana suara anda ? Sudah dapat pingat PJK sudah jadi bisu ke ??


Adakah kerana Guan Eng yang dulunya melaungkan negeri pertama di Malaysia berjaya hapus miskin tegar dan memberi RM 100 kepada warga emas sudah boleh diberi lesen kepada mereka untuk melarang pembinaan rumah mampu milik seperti kos rendah kepada rakyat marhaen ?

Rakyat PP masih lagi ramai yang berpendapatan rendah dan miskin yang ingin memiliki sebuah rumah sendiri tetapi jika larangan ini dikuatkuasakan maka mereka terpaksa membeli rumah di seberang kerana sudah tidak lagi rumah kos rendah .

Selain itu , larangan ini juga merupakan agenda halus Guan Eng yang meniru stail PAP di Singapura untuk mengusir Melayu di PP . Sudah lah kampung2 Melayu juga bakal dilenyapkan oleh DAP Zionis ini , ini pulak mahu halang orang Melayu yang kebanyakannya berpendapatan rendah ini daripada memiliki rumah di kawasan pulau .


Ini baru memerintah sebuah negeri , belum lagi DAP Zionis ini memerintah negara dan menerajui kerajaan pusat. Bayangkan lah bandar-bandar seperti KL , Putrajaya , Ipoh , JB , Shah Alam ini , tidak mustahil selepas ini mereka boleh buat larangan pulak pembinaan rumah kos rendah seperti PPR di bandar2 ini dengan alasan nampak daif, kotor dan mencacatkan pemandangan !!

Kerajaan Pakatan Rakyat sebenarnya adalah kerajaan yang tidak mendengar suara rakyat, tidak tolong rakyat , dan menindas rakyat !!





Komen Pemuda UMNO Prmtg Pauh

Ketua Pemuda UMNO Prmtg Pauh ,Sdr Zaidi Mohd Said hari ini menyifatkan cadangan ini merupakan agenda kerajaan negeri memisahkan golongan kaya dengan golongan miskin di kawasan pulau . Rakyat PP boleh menilai sendiri inikah yang dikatakan kerajaan yang berjiwa seperti yang mereka laung-laungkan selama 2 tahun memerintah negeri ini .














Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.