Archive for 06/13/10

default

PAS kini bukan lagi parti Islam , mahu letak calon bukan Islam sebagai calon PAS

on Sunday, June 13, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Selepas penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS baru-baru ini, PAS terus melangkah ke hadapan dengan membenarkan penyokong bukan Islamnnya bertanding menggunakan lambang parti itu dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata keputusan itu dibuat hasil keputusan mesyuarat majlis syura - badan tertinggi dalam parti itu - kelmarin.

"Bagaimanapun mereka hendaklah faham pada ajaran Islam serta bermoral tinggi," katanya menjelaskan syarat-syarat yang dikenakan bagi melayakkan pemilihan golongan itu.

Abdul Hadi (gambar, tengah) bagaimanapun berkata jumlah kerusi dan kawasan pilihan raya yang diperuntukkan bagi golongan itu setakat ini masih dikenalpasti.




Komen PB

PAS kini sah bukan lagi mempejuangkan Melayu/Bumiputra ..demi kuasa mereka sanggup menggadaikan apa sahaja. Lebih baik PAS buangkan sahaja perkataan Islam pada parti mereka kerana kini PAS sudah meletakkan bukan Islam sebagai calon mereka untuk diangkat sebagai pemimpin .


amanat Hj Hadi kafirkan UMNO


Mana perginya amanat Hj Hadi dahulu yang melabelkan UMNO kafir kerana berkawan dengan MCA dan MIC ??? Hari ini PAS lagi advance dari UMNO mengangkat terus orang bukan Islam sebagai wakil PAS nanti dalam PRU 13 .

Adakah PAS sudah lupa dahulu semasa PRK Hulu Selangor , PAS hebat memainkan sentimen bangsa dan Islam apabila berkempen kepada orang Melayu supaya menolak Calon BN Kamalanathan kerana bukan Islam . PAS Cakap tak serupa bikin !!!!!!!!!!!

default

15,000 golongan muda hadir ke Rally 1 Malaysia

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

15,000 golongan muda hadir ke Rally 1 Malaysia
anjuran Pemuda BN

Najib serius ketika melawat ke BN Youth Lab










golongan belia Barisan Nasional membantah
kekejaman Zionis Israel terhadap penduduk
Palestin

ikon belia Aizat menyanyikan lagu untuk rakyat
Palestin dizalimi Zionos Israel








Pemuda MIC juga hadir Rally 1 Malaysia




nasi beriani percuma untuk 15,000 hadirin hadir









default

Kerajaan BN lebih baik memerintah , dunia mengiktiraf kejayaan Malaysia - Najib

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





KUALA LUMPUR 12 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi amaran kepada pembangkang supaya jangan sesekali memperkecilkan kemampuan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam mentadbir negara.
Perdana Menteri berkata, BN lebih tahu berbanding pembangkang bagaimana hendak membawa Malaysia untuk muncul sebuah negara berpendapatan tinggi bagi mencapai sasaran negara maju menjelang 2020.
“Jangan sesiapa cuba memperlekehkan Malaysia. Jangan pembangkang cuba mengutuk kita dan jangan ketua pembangkang hendak memperkecilkan kejayaan negara kita di bawah pimpinan BN.
“Kita lebih tahu apa dia (ketua pembangkang) buat. Malaysia telah berjaya, kita berjaya. Pembangkang menidakkan kita (BN) tetapi dunia mengiktiraf kejayaan Malaysia dan mengakui negara telah bangkit,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian semasa berucap merasmikan program Rally 1Malaysia, anjuran Pemuda BN, di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini hari ini.
Menurut Perdana Menteri, dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian negara, kerajaan menggunakan metodologi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) iaitu suatu pendekatan yang belum pernah dalam dunia dilakukan secara komprehensif dan menyeluruh.
“Hasilnya, belum pun sampai setahun lagi kejayaan melibatkan enam NKRA yang ditetapkan oleh kerajaan telah memperlihatkan hasilnya. Jadi siapa kata Malaysia tidak boleh berjaya.
“Kerajaan juga telah menggubal Model Baru Ekonomi (MBE) yang bukan sahaja bertujuan bagi melahirkan masyarakat berpendapatan tinggi tetapi turut berperanan membentuk bangsa Malaysia yang bertaraf antarabangsa,” jelasnya.
Dalam pada itu, Najib berkata, antara kejayaan lain yang dicapai di bawah pentadbirannya adalah, keupayaan melonjak negara untuk muncul sebagai negara ke-10 paling kompetitif berbanding tempat ke-18 sebelum ini.
Kata beliau, negara kini 13 tangga lebih baik berbanding Jepun dan tiada sebuah negara pun baik dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) mahu pun Negara-Negara Berkecuali (NAM) tersenarai dalam kedudukan 10 terbaik.
Pada masa yang sama, kata Perdana Menteri, kerajaan BN juga berjaya memulihkan semula ekonomi negara sehingga Keluaran Dalam Negara Kasar bagi suku pertama tahun ini mencatatkan pertumbuhan 10.1 peratus.
Jelasnya, kadar pertumbuhan itu merupakan antara yang tertinggi di dunia dan ia dicatatkan sewaktu negara maju lain seperti Greece masih terbeban dengan hutang, manakala, Portugal, Sepanyol dan United Kingdom masih berada dalam suasana ekonomi yang tertekan.
Menyentuh mengenai belia, Najib berkata, golongan muda negara ini perlu mempunyai tiga nilai utama dalam perjuangan hidup mereka iaitu idealisme, bersemangat berani serta bertenaga agar mampu membawa Malaysia ke era yang lebih gemilang pada masa hadapan.
“Para belia kalau hendak melangkah ke hadapan perlu mempunyai idealisme, jangan ada perasaan bimbang untuk menghadapi cabaran serta harus bertenaga kerana semangat inilah yang bakal menjamin masa depan negara,” katanya.
Link

Komen PB
APA YANG DIUCAPKAN OLEH PM DS NAJIB ADALAH TEPAT KERANA DISANDARKAN DENGAN FAKTA DAN SETERUSNYA MEMBUKTIKAN KEJAYAAN USAHA KERAJAAN BARISAN NASIONAL KEPADA NEGARA .

MALAYSIA MUNCUL DALAM SEBAGAI NEGARA KE 10 TERBAIK DUNIA PALING KOMPETITIF DAN PADA MASA YANG SAMA BERJAYA MEMULIHKAN EKONOMI NEGARA SEHINGGA KDNK NEGARA DALAM SUKU TAHUN PERTAMA 10.1 % .

ADAKAH KERAJAAN PAKATAN BOLEH LAKUKAN SEMUA INI ??? LIHAT DI SELANGOR DAN PP SENDIRI . KEMASUKAN PELABURAN ASING TELAH MENCATATKAN PENURUNAN SEJAK MEMERINTAH SELAMA LEBIH 2 TAHUN .

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.